Realiti Penyakit Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Realiti Penyakit Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Image result for kanak=kanak mental
Realiti Penyakit Mental dalam Kalangan Kanak-Kanak || Penyakit mental kian meningkat saban tahun. Pada tahun 2016, kajian terhadap pelajar yang menuntut di sekolah bawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia telah menunjukkan bahawa 2 daripada 10 pelajar sekolah di negara ini mengalami gejala penyakit mental yang serius.
Bukan senang buat ibu bapa untuk tahu berkenaan dengan risiko anak untuk mendapat penyakit mental. Ia merupakan keadaan kesihatan yang kebiasaannya tidak terzahir pada rupa luaran. Jika ia tidak dibendung, mereka boleh didiagnosis dengan penyakit mental kronik yang boleh mempengaruhi kualiti hidup mereka kelak.
Artikel ini akan mengupas tajuk penyakit mental dalam kalangan kanak-kanak. Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.

Kanak-kanak 10 tahun ditemui mati tergantung

Hancur hati seorang ibu apabila melihat anaknya mati tergantung pada pemegang tangga. Hakikatnya, percubaan untuk membunuh diri (sama ada berjaya ataupun tidak) dalam kalangan mereka yang menghidap penyakit mental agak tinggi.
Anak yang berusia 10 tahun itu tidak mempunyai rekod penyakit mental. Tiada bukti keganasan seksual mahupun perbuatan jenayah telah direkodkan dalam laporan bedah siasat. Punca pemergiannya hanyalah disebabkan oleh gantung diri. 
Ini bukanlah kali pertama kes menyayat hati sebegini terjadi. Beberapa kes cubaan bunuh diri oleh kanak-kanak pernah berlaku kebelakangan ini. Ingat lagikah anda akan kes kanak-kanak perempuan yang cuba untuk terjun daripada tingkat 19 selepas bertengkar dengan ibunya? 
Apakah yang telah terjadi? Adakah kita terlalu memberikan tumpuan kepada risiko untuk orang dewasa membunuh diri walhal anak-anak juga mengalami kemurungan dek tekanan hidup? Peristiwa sebeginilah yang menjadi bukti bahawasanya jiwa anak-anak muda sedang bergolak.
Masalah yang dialami oleh mereka seperti buli, perceraian ibu bapa dan kehilangan insan tersayang membuatkan perbuatan menamatkan hidup seakan-akan alternatif yang munasabah. Mereka lebih rela untuk mengambil jalan mudah daripada menghadapi stigma yang kian menebal dalam kalangan masyarakat.
Ada sahaja yang tidak kena. Mengaitkan penyakit kemurungan dengan gila tidak akan membantu mana-mana pihak. Gejala tersebut perlu dirawat dan jika ibu bapa mendapati terdapat kelainan pada corak tingkah laku anak, bawalah mereka berjumpa dengan doktor. Kesihatan mereka jauh lebih penting daripada maruah keluarga yang sering dianggap akan tercalar dek diagnosis penyakit mental.

Jumlah kes bunuh diri kian meningkat di Malaysia

Menurut Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NMHS) 2017, terdapat peningkatan pada peratusan individu yang berusia di antara 13 hingga 17 tahun daripada perspektif tingkah laku bunuh diri. Anda perlu tahu bahawa tingkah laku bunuh diri ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:
  • Idea ingin bunuh diri: Hanya timbul idea untuk membunuh diri
  • Mempunyai perancangan untuk bunuh diri: Mempunyai idea dan perancangan berkenaan dengan kaedah untuk membunuh diri
  • Cubaan bunuh diri: Melaksanakan perancangan bunuh diri. Ia boleh berjaya atau gagal
Menurut NMHS 2017, prevalen individu yang mempunyai idea untuk bunuh diri meningkat daripada 7.9% (2012) kepada 10%. Prevalen bagi mereka yang merancang pula meningkat daripada 6.4% (2012) kepada 7.3%. Bagaimana pula dengan cubaan untuk membunuh diri?
Peratusan prevalen bagi mereka yang cuba untuk membunuh diri meningkat sebanyak 0.1% (6.9%) daripada nilai peratusan NMHS 2012. Dalam kalangan 10 hingga 40 cubaan membunuh diri, 1 kes berjaya. Bunuh diri merupakan antara 10 punca utama kematian di dunia.
Bukan semua orang yang membunuh diri mempunyai masalah kemurungan. Ada yang mengalami diagnosis penyakit mental yang lain. Namun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kemurungan merupakan punca utama kepada terjadinya permasalahan ini.

Bukan di Malaysia sahaja, penyakit mental kian teruk

penyakit mental
Jika anda beranggapan bahawa peningkatan kepada kes bunuh diri ini khusus buat negara Malaysia sahaja, anda silap. Negara maju seperti England juga mengalami permasalahan yang sama. Peratusan kanak-kanak yang mendapatkan rawatan penyakit mental meningkat sebanyak 50% pada tahun 2018 berbanding dengan tahun 2015.
Syarat yang dikenakan kepada kanak-kanak yang boleh dirawat dikatakan tidak masuk akal. Kira-kira ⅓ daripada jumlah pusat kesihatan di England tidak akan memberikan rawatan kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai penyakit mental tahap serius. Secara asasnya, jika tiada cubaan membunuh diri, tiada siapa pun akan mengambil kisah.
Peningkatan pada masalah kesihatan mental di negara tersebut berpunca daripada tekanan untuk mendapatkan prestasi cemerlang dan perkara yang berkaitan dengan media sosial. Kekurangan jumlah pusat kesihatan yang berperanan dalam merawat gejala kesihatan mental pada peringkat awal boleh menyebabkan komplikasi kronik.
Bayangkan, kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda awal penyakit mental disarankan untuk mendapatkan bantuan daripada badan amal kebajikan. Masalahnya, kebanyakan gerakan tersebut hanya boleh memberikan khidmat kaunseling memandangkan mereka kekurangan doktor pakar yang berlesen untuk merawat pesakit tersebut.
Kaji selidik yang telah dijalankan oleh badan amal YoungMinds telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai penyakit mental tidak mahu berkongsi perasaan mereka dengan keluarga, guru atau rakan-rakan. Antara faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan mental mereka adalah seperti berikut:

Buli di alam maya

Jumlah kanak-kanak yang berusia di bawah 11 tahun yang mendapatkan rawatan penyakit mental pada tahun 2018 di England meningkat kepada 31,531 daripada 21,125 pada tahun 2015. Perkara ini dilihat sebagai sesuatu yang serius memandangkan guru dan pekerja sekolah seringkali menemui pelajar yang menghantukkan kepala ke dinding berikutan tidak dapat mengawal tekanan emosi.
Selain daripada sebab yang dinyatakan di atas, kegiatan buli di alam maya juga memainkan peranan penting dalam peningkatan kes penyakit mental tersebut. Antara gejala yang boleh dialami oleh mereka yang melalui keadaan tersebut adalah:
  • Mengalami tekanan emosi selepas menggunakan telefon pintar atau internet
  • Tidak bergaul dengan keluarga, rakan-rakan atau melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sosial
  • Tidak mahu bercampur dengan kanak-kanak lain di sekolah
  • Prestasi menurun dan cepat mengamuk di rumah
  • Mengalami perubahan pada mood, tingkah laku, tidur dan selera makan
  • Berhasrat untuk tidak menggunakan telefon pintar atau komputer
  • Gelisah atau melatah tatkala menerima pesanan ringkas di telefon atau e-mel
  • Tidak mahu berbual mengenai aktiviti di alam maya (media sosial dan sebagainya)

Konklusi

Jika anak anda menunjukkan sebarang gejala atau perubahan pada tingkah laku, jangan membuat sebarang tindakan melulu berasaskan anggapan. Bawa mereka berjumpa dengan golongan profesional untuk khidmat nasihat dan pemeriksaan kesihatan. Ingat, penyakit mental tidak khusus buat golongan dewasa sahaja!
Image result for kanak=kanak mental
INFO FROM : Hello Health Group 

Post a Comment

8 Comments

  1. Semoga keluarga kita dijauhkan dari penyakit begini..

    ReplyDelete
  2. semoga kita dijauhkan dari sebarang penyakit.

    ReplyDelete
  3. Allahu. terima kasih atas perkongsian. sangat bermanfaat untuk kita ambil tahu

    ReplyDelete
  4. Nona...ko kena buat persediaan tau sebelum kahwin, kang ada anak, kena banyak bersabar ya...ehhhhhh

    ReplyDelete
  5. Do you understand there's a 12 word phrase you can say to your man... that will trigger deep emotions of love and instinctual attraction to you deep within his chest?

    That's because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's impulse to love, worship and care for you with all his heart...

    12 Words That Fuel A Man's Love Instinct

    This impulse is so built-in to a man's mind that it will make him try better than before to take care of you.

    In fact, fueling this dominant impulse is absolutely essential to having the best ever relationship with your man that as soon as you send your man one of these "Secret Signals"...

    ...You will soon find him open his mind and soul to you in such a way he haven't experienced before and he will distinguish you as the only woman in the world who has ever truly interested him.

    ReplyDelete
  6. As claimed by Stanford Medical, It's really the one and ONLY reason women in this country get to live 10 years longer and weigh an average of 19 kilos lighter than us.

    (And by the way, it has NOTHING to do with genetics or some secret exercise and really, EVERYTHING about "how" they are eating.)

    P.S, What I said is "HOW", not "what"...

    CLICK on this link to see if this little questionnaire can help you discover your real weight loss potential

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .