Kulit Wajah Terjaga dan Sihat dengan Set Pink Cosmoderm Perfect Balanced

Kulit Wajah Terjaga dan Sihat dengan Set Pink Cosmoderm Perfect Balanced

Kulit Wajah Terjaga dan Sihat dengan Set Pink Cosmoderm Perfect Balanced || Hi guys! Harini Nona nak share keterujaan Nona melihat set baru Cosmoderm Perfect Balanced yang berwarna pink untuk penjagaan wajah. Ya, Nona adalah salah seorang pengguna produk Cosmoderm selama beberapa tahun ni. Buat masa sekarang Nona guna Cosmoderm packaging berwarna kuning untuk kulit normal dan kering. Huhu..Kalau ada sale, laju jugak rembat..

Pada 27 Januari lepas, pihak Cosmoderm telah melancarkan produk terbaru untuk pengguna setia mereka, iaitu Cosmoderm Perfect Balanced


Apa yang menarik??

1. Packagingnya yang cute berwarna merah jambu

2. Isi kandungan utamanya terdiri daripada bahan Prebiotic dan Calamine. 

3. Ada nombor giliran pada keempat-empat barang di dalam set Cosmoderm Perfect Balanced ini untuk memudahkan pengguna memahami serta mengingati susunan penggunaannya.

4. Sesuai untuk semua jenis kulit, kering atau sensitif.

5. Buatan Malaysia dan telah diuji kaji sepenuhnya.


Apa itu Prebiotic dan Calamine??

Prebiotic : Sejenis bakteria baik yang membantu untuk menyeimbangkan mikrobiomia kulit bagi mengelakkan kemerahan dan mencerahkan kulit.

Calamine : Mengurangkan kerengsangan dan minyak pada kulit.


Chakkk! Pinkkkk colour! My Favourite weh!


1. Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser

Cleanser ini semestinya untuk mengurangkan minyak, mengawal pertumbuhan jerawat dan sebagainya.
Tapi yang lebih best apabila ianya bebas fragrance (wangian), paraben, artificial colourant pewarna buatan). Cleanser jenis krim tau. Memang sesuai untuk kulit kering mahupun sensitif. 




2. Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion

awa


Kandungan Calamine dan 20,000 ppm prebiotik di dalamnya dapat membantu melegakan kulit yang kemerahan, melembapkan, dan meningkatkan pertahanan semulajadi bagi mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit.


3. Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream


Iniilah cream untuk mengurangkan cela pada wajah~Terdapat Calamine dan 30,000 ppm di dalamnya untuk mengekalkan kelembapan pada kulit, melegakan dan membaiki daya tahan kulit.


4. Cosmoderm Perfect Balanced Sun Milk SPF 25PA++

Yes, before put other makeup on my face, let wear Sunscreen first!

Fungsi sunscreen untuk melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB. Bukan itu sahaja, sunscreen jugak boleh mengelakkan kita daripada terkena serangan kanser kulit! 

Ye, Nona dah start pentingkan penggunaan Sunscreen tau! Alang-alang sunscreen yang lama dah habis, terus guna sunscreen nih jer..Hihi~

Dermatologically Tested!

Senang ada nombor giliran mana yang nak kena pakai terlebih dahulu.
Lebih lebih lagi untuk mereka yang baru belajar tentang penjagaan muka buat pertama kali.  

Psssttt: Teringat zaman remaja aku masa fisrt time nak memahamkan mana satu skincare yang perlu ditepek selepas mencuci muka.


REVIEW NONA :
Aaaaaa, terasa cute bila pakai set ni dengan lengkap!
Confirm segar, kulit muka tak gatal, tak rasa melekit, dan tak berminyak..Masih ok setakat ni...Jomlah tengok sebulan dua ni, how its going.. Jika okay, kita teruskan.....

HARGA COSMODERM PERFECT BALANCED??

Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser : RM19.90

Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion : RM45.90

Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream : RM65.00

Cosmoderm Perfect Balanced Sun Milk with SPF25 PA+++  : RM60.00


Bagi yang ingin mendapatkan set pink comel dan cantik Cosmoderm Perfect Balanced ini boleh terus dapatkan info dan membuat pembelian di Watson, Guardian berdekatan atau layari website

 Shopee:

Facebook :

Instagram :




Post a Comment

9 Comments

  1. Non.. dah pakai muka jadi pink tak? hehehehe..
    Cantik pakaging dia.. kalau remaja ni suka laa warna dia kan..
    Sis pengguna setia Teatree facewash dia Non..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idok ler jadik pink.. bahahaha.. tapi rasa cute cute gituuuu. hehe

      Delete
  2. skin routine regime kena kuat ni tau hehe

    ReplyDelete
  3. Wahh nona ikut tema. Cantik warna packaging baru cosmoderm. Datang in one set better lah untuk skincare routine :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa.. kita ikut tema..comel rasaaa..ahahahaha.... Skincare routine yang sesuai tuk kulit

      Delete
  4. fuh pink ek. peh aku memang gumbira non masa dapat haha. selamat mencuba non

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa.. sangat gumbiraa hati ini.. nak guna pun sayang.. tapi dah cuba dah... nice lah.. sukaaaaa.. Hihi...

      Delete
  5. nanti lepas sebulan dua, review balik k... nak tauu howw u feel then baru nak beli

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .