Hadiah Top Komentator Julai 2021 dari Blog anakomak Selamat Sampai || Alhamdulillah! Hadiah yang dinanti telah pun tiba. Dapat tiga parcel semalam, tapi parcel ni kubukak terlebih dahulu tau! Hihi~Kemain excited, bila bukak jer parcel, terus bertambah excited! Nampak ada namaku kat bag tu oi! Nice! 

Inilah hadiah sebagai top komentator bulan Julai di blog kak Ret atau nama panggilan lain @anakomak. Kali pertama jadi top komentator kat blog beliau, moga terus ada kesempatan untuk selalu singgah menyinggah dan drop comment... Ada masanya cuma sempat singgah, tak sempat nak campak komen. Huhu~

Jom tengok hadiah apa yang dikirim oleh tuan blog anakomak ni haaa~

Bag from Famsymall!! Kenal kan, online shop ni?

Siap ada nama Nona Sani tertera kat situ berserta dengan bag poket seperti dalam gambar.
I love it lahhh! Sebab ianya simple but nice dan tak terlalu full dengan corak. Selain tu, bag ni berbutang tapi tidak berzip. Tengok gambar di bawah, boleh pilih nak sangkut tali bag dekat lubang yang mana. Laras sendiri gitu.

Hehee~ Tak sabar nak guna dan OOTD! 


Thank You, noted!

Nona suka baca blog kak Ret sebab cara penulisan beliau yang santai dan bersahaja. Kak Ret banyak travel sana sini, seronok baca dan boleh jadi rujukan kalau one day bila dah boleh berlepas ke negara lain. Nona sure ramai kenal beliau, sebab kak Ret antara blogger yang aktif dan berpengalaman dalam dunia blogging. Jomlah terjah blog anakomak, baca kisah kehidupan kak Ret bersama dunianya, lebih-lebih lagi coretan tentang si comel, Uyum tuuuu..Hehee~

Moga si pemberi (Kak Ret/ anakomak) terus maju jaya, dilimpahan rezeki dan sihat selalu ye. Amin!















Notahati: Minggu ni agak penat sikit kerja sebab masuk 7 pagi untuk beberapa hari.