Kuterima Suntikan Pertama Vaksin Masuk Ke Dalam Badan

Kuterima Suntikan Pertama Vaksin Masuk Ke Dalam Badan

Kuterima Suntikan Pertama Vaksin Masuk Ke Dalam Badan ||  Alhamdulillah! Setelah diswab (Baca SINI) , kini badanku bersatu dengan cecair vaksin Coronavac, pengeluarnya Sinovac... 

Alhamdulillah. Company aku dah susun siap siap schedule masa dan tempat untuk divaksin buat kami warga pekerja. Tunggu my sejahtera tak panggil panggil maka aku follow je apa yang pihak management dah aturkan. 

Family aku suruh ambil terus, jangan tolak walaupun tempat cucuk ni mengambil masa dalam sejam lebih untuk sampai. Maka aku pun terpaksa bersetuju aje sebab aku salah seorang yang keluar masuk kilang..Kan.. Dorang risau lah...

Aku sempat habiskan tonton final acara berbasikal dalam sukan olimpik, lepastu barulah gerak. Hahaha..  Perjalanan ke tempat PPV je yang lama, tapi proses kat sana sangatlah cepat, teratur dan teliti. Bestlah gini! Tak stress pun! Orang pun tak ramai tadi. 


Alhamdulillah!

Team Coronavac
Team Sinovac
Team Done Dos Pertama Vaksin

Aku tanya di kaunter penerangan (sebelum cucuk vaksin) : Kalau nak derma darah selepas vaksin, kena ambil masa berapa lama?

Jawapannya ialah selepas seminggu inject vaksin, barulah kita dibenarkan menderma darah. Tapi make sure dah rasa stabil keadaan badan. 

Tahniah Nona..

Ya, kat sana ada tiga booth, semua booth aku nak posing! Hahah..


Hm.. Terpaksa buka hati terima vaksin masuk ke dalam badan demi diri sendiri, dan negara.  Ewah! 
Tempoh masa yang diambil untuk dos kedua bagi Sinovac ialah selepas tiga minggu. Nampak gayanya, sebelum habis bulan Ogos ni, lengkaplah kedua dua dos masuk badanku ini..Fuh! 

Dalam keterpaksaan tu, aku sempat beli blaus vaksin, selesa behtul! Risau gak kalau zip tetiba rosak ker lepas cucuk...Nak kena adjust tudung kang..Hahaaa.. Tapi so far so good la.. Nanti cerita lagik pasal ni di lain entri yer.

Okaylah, sekian kisah aku dicucuk vaksin.. Dah rasa lenguh tangan dan badan. Mengantuk pun iye jugak.. Lapar sangat? Tak rasa pun..Hahahaa..

Harap takda rasa nak demam.... So, u guys done? 










Notahati: Moga Malaysia kembali pulih. Rindu nenek!






Post a Comment

16 Comments

  1. Belum dapat tarikh lagi.. :) Bestnya dah vaksin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. best, best! Moga berkesanlah Vaksin ni pada badan saya... serammm sangat woooo...

      Delete
  2. saya dapat sinovac pun takde kesan sampingan selepas suntikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jika begitu.. saya ada sikit .. panas kejap dah malam tu..

      Delete
  3. Alhamdulillah dah vaksin, melalui organisation lagi cepat..ada blaus untuk vaksin, menarik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Ya, agak mudah melalui company.. hehe...ada blaus untuk vaksin.. saja beli..

      Delete
  4. ha'ah betul seminggu lepas vaksin baru boleh derma. Haritu dah menderma rasa ringan badan hehe. jauh jugak ea sampai sejam kena pergi ke sana. Demi vaksin digagahkan jua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee.. demi vaksin, kugagahkan jua... huhu... ohh.. dah menderma ue... Tahniahhh

      Delete
  5. Alhamdulillah. Yeay! Kita geng CoronaVac Sinovac. Sama jugak lenguh tangan dan mengantuk masa 1st dose. Tapi kejap je lah. Semoga semuanya baik baik je. Aaminnn...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, kita sama geng lah. Kita sinovac juga. Btw, kemain tajuk macam aku terima nikahnya pula. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Hahahaa.. Ya.. macam kuterima nikahnya ekk..

      Delete
  7. Alhamdulillah Tahniah Nona! So proud of youuuuuuu !

    nanti saya dos kedua baru nak posing2 dekat booth tu heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thank youu.. Hehe.. proud of you tooo... Ok, sila ambil gambo bebanyak kat booth tu yee.. Hehe

      Delete
  8. Alhamdulillah setel dah satu dos, tinggal satu je lagi. Harap harap tak de dah dos ketiga dan seterusnya hehehe. Semoga dipermudahkan segala urusan nona.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Amin.. Amin! Tak nak la bebanyak kali pergi cucuk.. dahlah jauh satu hal.. hmmm

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .