Terjumpa T-shirt 'BRAVO' || Yaaaa.. bagi yang nak tahu, aku masih dalam tempoh kuarantin dek kerana dijangkiti virus Covid. Hm... Aku masih Perlukan Doa Kalian.... 

Kuarantin kat bilik sendiri dalam rumah ni je...Aku cuma tak boleh keluar dari bilik sendiri.. pergi ruang tamu bawah tu pun takleh.. So sementara banyak masa ni..aku saja tengok apa ada dalam tong yang dah lama tak dibukak tu.. Terjumpa baju masa PLKN dulu. Kat sana ada team Alpha, Bravo, Charlie dan Delta! Lol. Varian delta....Tibberr! 

So aku adalah wirawati yang tergolong dalam kumpulan Bravo. Masih segar dalam ingatan aku, ada budak lelaki ni (Indian) ditugaskan menjadi komandor dalam team kami. Suaranya je yang menjerit 'Barisss Sediaaaaa!'. Sampai satu tahap takda suara, ganti pulak dengan orang lain. Semangat lain macam bila masuk sini yer... Takut takut pun ada jugak. Hahaha.. 

Bayangkan, subuh subuh pun kena kawad pergi surau...Dah amek wudhu pun leh terkentut balik oi.. Banyakk gila kenangan!

Wirawati Nona dari team Bravo!!

 10 tahun berlalu...
I masih pegang gelaran 'Cik' tau!

Ada sesapa reader saya bekas wira atau wirawati PLKN ke? Nona PLKN Ulu Pari, Rembau, Negeri Sembilan. 
















Notakaki: Rindunya kenangan masa muda mudi dulu, seronok selalu...