Aloe Vera Sunscreen SPF50 Yang Tidak Menyumbat Pori dan Mesra Wuduk

Aloe Vera Sunscreen SPF50 Yang Tidak Menyumbat Pori dan Mesra Wuduk

Aloe Vera Sunscreen SPF50 Yang Tidak Menyumbat Pori dan Mesra Wuduk|| Hai semua readers! Semoga sihat ya. Sekarang musim panas berdenting kalau kat Johor nih. Kadang-kadang turun hujan jugak. Memang kena banyakkan minum air masak dan vitamin agar terlindung daripada pelbagai penyakit. Haa, itu untuk dalaman.

Dari segi luaran pula, jangan lupa memakai sunscreen tau! Seperti yang diketahui ramai, sinaran UV kat luar sana memang tinggi. Sinaran UV boleh mengakibatkan jeragat timbul, dan kulit menjadi rosak jika tidak dijaga atau dikawal. Ini yang tak best, kan??

Harini Nona nak share sunscreen apa yang Nona sedang guna. Perkenalkan seperti dalam tajuk, Aloe Vera Sunscreen, Hansaegee Nature! Nona gunakan sunscreen ni sebagai rutin harian sebelum pergi kerja ataupun keluar rumah. Adakalanya waktu malam pun Nona guna sebab nak lindungi dari cahaya lampu rumah.. Hehe.. Best tau sebab ianya mesra wudhu!

Aloe Vera Sunscreen

ALOE VERA SUNSCREEN HANSAEGEE NATURE


Bahan-bahan di dalam Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature.

Glycerin, Water, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Allantoin, dan banyak lagi.

Sunscreen ni selamat digunakan kerana ianya:

  • Alcohol Free
  • Paraben Free
  • Allergen Free
  • Silicon Free
  • Sulfate Free


Fungsi Utama Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature:

1. UV Protection (Lindungi dari sinaran UV)

2. Soothing Skin (Melegakan Kulit)

3. Makeup Base (Alas sebelum make up)

Sunscreen Hansaegee Nature

Teksturnya ringan, tidak berminyak, dan mesra wudhu. Mesra wudhu tu apa? Produk yang mesra wudhu ialah produk yang teksturnya sebati dengan air, tidak kalis air dan ini bermakna, ia mudah dicuci.. Yes, apabila ia mudah dicuci, tak perlulah kita gunakan make up remover lagi. Jimat masa jugak.. Betul tak..?

Sunscreen Mesra Wudhu

Terdapat sebahagian orang yang kurang berminat atau tak suka guna sunscreen langsung atau apa-apa perlindungan muka sebab malas nanti leceh nak kena bersihkan sunscreen yang ada pada muka menggunakan cleansing oil, cleanser atau micellar water. Nona tahu, ada yang kurang rajin bab tu, kan. Especially me. Huhu..

Hal ini takkan berlaku pada Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature sebab ianya mudah dicuci, dek kerana teksturnya yang ringan tuh. Ada beberapa sunscreen yang Nona tengok mempunyai tekstur yang berminyak, boleh menyebabkan liang pori tersumbat, dan ini semestinya tidak sesuai untuk kulit muka dan time nak solat, kan.

Sometimes pulak, kulit muka rasa pedih pedih bila sapu sunscreen yang berminyak tuh.. Muka pun berminyak dan liang pori tersumbat, boleh buat stress!

Hansaegee Nature

Botol pun ringan. 70 ML di dalamnya tau. Senang nak bawak ke mana-mana pun.

Pengalaman Nona menggunakan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature:

Best! Best! Selesa dan seronok gunakan sunscreen brand Hansaegee Nature nih sebab ianya mesra wudhu tau! Nona memang seorang yang tak berapa rajin nak guna make up remover ke apa, lagi lagi kalau setakat keluar rumah nak singgah kedai runcit sekejap, dah sapu sunscreen awal awal lepas bangun tidur kan… then balik rumah terus je cuci muka ni, kerja mudah! Kalau kat tempat kerja pun sama. Contohnya dah malas nak sapu krim atau foundation, Nona lelaju dap dap sunscreen kat muka kan, so time nak Zuhur tu just cuci muka macam biasa je, tak guna make up remover or tisu basah at all. Nice, nak solat pun senang! Kerja Nona pulak memang jenis kena cepat, bahagian production..of course perlukan sunscreen yang senang digunakan camni ui!

Bila pakai sunscreen, Nona mesti tak nak yang melekit, baru lebih sedap nak buat aktiviti seharian, kan. So sunscreen ni memang sesuai sangat dengan kulit semua orang! Kalau tercari-cari sunscreen yang tak melekit, tak menutup liang pori, tak mengeluarkan warna putih yang aneh kecerahannya, boleh calm kan muka (tidak merengsa kulit), dan mesra wudhu terpaling penting, confirm kena guna dan try Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature yang ni okayh!

Sunscreen Hansaegee Nature

Sunscreen Mesra Wuduk

Not oily. Terbukti, not oily!

Next, masa cuci muka tu, Nona gunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature. Ia diperbuat daripada Korea, dengan menggunakan Aloe Barbadensis Leaf & Tea Tree Leaf Oil. Siang dan malam guna, barulah kulit ada improvement. Disebabkan Aloe Vera sunscreen ni mudah dicuci dan mesra wudhu, Nona terus je cuci muka dengan cleanser ni, settle rutin harianku!

Cleanser Mesra Wudhu

Inilah Aloe AC Clean Bubble Cleanser Hansaegee Nature

Hansaegee Nature

Combination dua barang ni sangat memuaskan hati.

Cara penggunaan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature:

  1. Picitkan sunscreen secukupnya pada jari.
  2. Sapu rata ke seluruh wajah.
  3. Gunakan pencuci muka dari Hansaegee Nature setelah selesai penggunaan sunscreen pada hari tersebut.

Mudah je..Bukan sahaja mudah tapi best jugak bila dah meresap ke dalam muka, Nak tahu apa improvement lain, kena keep consistent menggunakannya...

Jika berminat untuk dapatkan Aloe Vera Sunscreen Hansaegee Nature yang mesra wudhu ni, sila refer info di bawah.

Hansaegee Nature


Brand : Hansaegee Nature

Website: http://www.hansaegee.com/shop

Beli Aloe Vera Sunscreen: https://hansaegee.com/product/aloe-vera-sunscreen/

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature






Post a Comment

7 Comments

  1. Bagus produk ni, bukan setakat sunscreen, makeup base dan moisturiser sekali. 3-in-1.

    ReplyDelete
  2. bagusnya x payah pakai remover.. cuci pakai pencuci muka pun dah ok kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaaa.. tak perlu pakai remover lagi... terus je guna air... nak guna pencuci muka terus puj takda hal..

      Delete
  3. produk hansaegee ke.. patutlah mmg bagus produk dia.. yg penting mesra wuduk

    ReplyDelete
  4. dulu busyra penah try produk ni.. best!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .