Hak Perempuan Setelah Bercerai

Hak Perempuan Setelah Bercerai

Hak Perempuan Setelah Bercerai || Hai, mulakan Isnin dengan info tentang hal ehwal orang dewasa ✅ Jodoh itu rahsia Allah. Ada masanya jodoh terhenti setakat yang telah ditentukan.. Ada je sebab musabab bila datangnya ke arah perceraian. 

Nauzubillah. Topik ni salah satu topik sensitif terutamanya dalam kalangan wanita kan. Seringkali terjadi dalam dunia perkahwinan.. 

Siapalah saya netizen nak mempertikaikan perkara berkaitan kesilapan yang menyebabkan perceraian ni.. Setakat mengumpat, bergosip dan at the end doa bebaik jela untuk mereka yang terlibat. 

Namun begitu, bila perceraian berlaku. Selain daripada memerlukan support orang sekeliling, apa yang pihak perempuan sebagai bekas isteri kena tahu lagi?? 

Berikut perkongsian dari Facebook empunya Azizul Zairi. "Ramai perempuan masih samar-samar hak mereka selepas bercerai boleh dituntut di mahkamah. Bukan soal 'move on' tapi harus ingat ini soal kelangsungan hidup bekas isteri dan hak anak-anak. Ini wajib kita tahu."


👉 MUTAAH.

✅ Mutaah ialah sejumlah pemberian harta di mana bekas suami wajib memberi kepada bekas isterinya yang pernah disetubuhi jika perceraian itu bukan berpunca dari isteri dan bukan kematian suami. (Tanpa sebab munasabah).

✅ Mutaah menggambarkan penghargaan kepada bekas isteri yang telah berjasa untuk suami dan anak-anak sepanjang tempoh perkahwinan. 

✅ Seksyen 2 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa mut’ah adalah bayaran saguhati yang diberi dari segi Hukum Syara’ kepada isteri yang diceraikan. Bekas isteri boleh memfailkan ke mahkamah bagi menuntut mutaah dengan menyatakan jumlah yang dirasakan relevan.


👉 NAFKAH IDDAH.

✅ Nafkah Iddah ialah nafkah yang wajib dibayar kepada bekas isteri di dalam tempoh Iddah Raj'ie disebabkan sesuatu perceraian, seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut Hukum Syarak.


👉 HARTA SEPENCARIAN.

✅ Harta sepencarian ialah harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.

✅ Harta sepencarian ini boleh dituntut oleh suami atau isteri di Mahkamah. Harta sepencarian termasuklah wang ringgit, harta alih, harta tak alih atau apa-apa aset yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan. Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.


👉 TUNGGAKAN NAFKAH.

✅ Tunggakan nafkah ialah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suaminya dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut dimana-mana Mahkamah Syariah.


👉 TUNGGAKAN NAFKAH ANAK.

✅ Tunggakan nafkah anak boleh dipohon kepada Mahkamah apabila suami atau bekas suami telah gagal melaksanakan satu perintah nafkah anak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Tunggakan tersebut boleh dipohon dari tarikh kegagalan membayar perintah nafkah anak tersebut.


👉 HADHANAH.

✅ Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.

Mengikut Hukum Syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuatkuasa, ibu adalah yang paling berhak bagi menjaga anak-anaknya yang masih kecil (di bawah umur 7 tahun bagi lelaki dan 9 tahun bagi perempuan).


👉 NAFKAH ANAK.

✅ Nafkah anak ialah suatu nafkah wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain.

Nafkah anak ini termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan perubatan sekadar mencukupi mengikut kemampuannya.


👉 HAK TEMPAT TINGGAL.

✅ Seseorang perempuan yang diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dalam pekahwinan selama tempoh edah.


Okay, itu saja perkongsian yang dicopy dari orang lain 😅 Kepada para wanita yang bercerai hidup dengan suami, fahamilah hak perempuan setelah bercerai ✅

Richiamo Coffee

Ni haritu... aku stress baca pasal kisah DDNK kan.. So balik kerja terus ke Richiamo Coffee....  Lepastu donut seketul aku take away.. Kahhh! Dah kenapa ek stress pasal rumah tangga manusia lain 😂


Notakaki: Semoga Perkahwinan Semua Readers dan Kenalan saya dilindungi Allah, tabah dalam ujianNya dan kekal selamanya... 




Post a Comment

5 Comments

  1. Harap2nya bukanlah untuk publisiti bisnes je buat benda2 sensasi ni. apapun, perkongsian yg menarik dan membuka mata wanita yang dianiaya pasangan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuhhh... Saya setuju!! Harap bukan ler... Kan..

      Ya.. semoga buka mata wanita yg dianiaya...

      Delete
  2. tak kawen pun kena tahu jugak.. skrg byk rumah tangga mcm2 jenis kes. paling tak suka campur tgn org ke 3

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .