Order Kek Aiskrim Durian Musang King Sempena Birthday ||  Kek Aiskrim atau Kek Sejuk Beku selalu jugak menjadi pilihan keluargaku bila ada sambutan hari Lahir. Kadang kadang makan kek moist, ikut mood Dan bajet semasa. Hihi...

Dari kecik, kalau beli kek Aiskrim, mesti beli kat satu kedai ke area Masai tu.. Design yang sedia ada jela senang... Paling menarik ada bunga dua tiga ketul atas kek... Tapi sekarang bila dah dewasa ni, teringin pulak kek Aiskrim yang lain design atau perisanya.

Jom aku throwback sikit kek Aiskrim yang aku pernah order sebanyak dua kali setakat ni sempena hari lahir mereka yang kusayangi. 

Kek Aiskrim Durian Musang King

Kek Aiskrim

Kek Aiskrim Durian Musang King

Comel kan. Aku suka sebab nampak simple tapi ceria. Kek ni bersaiz kecik Dan masa tu ready made. Selamat ada stock kat tempatnya. Tak perlu pening pening order last minute 😂 Tapi lagi elok kalau order awal Dan tidaklah terlalu last minute, kan.

Ternyata, sedap! Ye, memang sedap betullah rasanya! Terngiang ngian duriannya kat mulut sekarang ni.. Hihi.. Parents aku pun suka! Dorang cakap kek Aiskrim yang menyelerakan. Birthday abah pada bulan Puasa haritu, so aku belikan kek Aiskrim Durian Musang King yang bersaiz kecik dulu buat rasa rasa. In case sedap, boleh try again 😂

Next, selain daripada flavour Durian Musang King, aku pernah jugak order perisa Kek Aiskrim perisa Choc Kit Kat untuk birthday my mom last year 🩷

Kek Aiskrim Choc Kit Kat

Pink, of course pilihan saya yang cute!

Kek Aiskrim

Nampak tak timbul timbul serpihan coklat Kit Kat kat situ? Menyelerakan sungguh uii ❤️ Aku suka sangat design, warna Dan flavour kek ni! Yuhuuuu!

 Nanti birthday sendiri ingat nak order lah kek Aiskrim design comel comel. Hahaa.. Tak padan dah masuk 3 series ek Nona 😂 

Kek Beku

Ini bag yang digunakan untuk menyimpan kek Dan kita boleh dapat terus bag nya. Time kita pickup, dia akan bagitau, condition kek tahan beku lebih kurang selama sejam dalam beg ni. So pepandai la kita check jarak Dan timing kita ye. 

Kek Beku

Macamni bungkusan special buat birthday person! Overall, semua memuaskan hati Dari start order sampai dah siap kesemuanya. Love it lah! 

Kek Beku

List flavour yang diberikan camni sebelum aku buat Tempahan kek beku. Korang suka flavour apa?? Bolehlah try order untuk birthday ker, anniversary ker atau apa apa tujuan yang berkaitan ler.. 

Kat mana ek ni?

Area Masai atau Sierra Perdana, JB. Ada jugak area Bandar Baru Uda sana. 

Helo helo je Kek Beku : 016737940




Notakaki: Terliur pulak tengok kek birthday. Tunggu bulan September birthday mak lagi 😄