Sarapan Mihun Dan Mee Goreng Di Hujung Minggu  || Hujung Minggu pastinya ada pelbagai aktiviti dilakukan. Antaranya mencari makanan kat luar (Tidak memasak). Seperti emak, kami mesti akan keluar mencari makanan bila tiba hari Ahad. Kecuali Kalau ada event kena bergegas ke tempat lain. So harini aku beli breakfast Dan bawak balik ke rumah. Aku sarapan simple simple je. Kalini sarapan Mihun Dan Mee goreng di hujung minggu 👍 Tapi dicampurkan sekali dengan sambal ikan bilis Petai, sedikit campuran kacang panjang dan Tempe.

Bersyukurlah Masih boleh bergerak keluar rumah, mencari makanan yang disukai Dan masih ada Rezeki untuk menikmati makanan serta udara di luar sana. Jangan kufur nikmat. Aku ikut je mak aku nak pergi kedai makan yang mana. Aku boleh layan rentaknya..hehe.. Selagi ada masa bersama. Hargai...

Mee Goreng

Bungkus half Mihun, half lagi Mee goreng bersama sama sambal Petai ikan bilis Dan campuran sayur kacang panjang dengan Tempe. Alhamdulillah kenyang Dan cukup tenaga untuk sambung kerja rumah Dan kerja blog. Cuba menyiapkan sebaiknya. Kita yang manage masa, tinggal boleh disiplin atau tak ✅



Notakaki: Tengahari nanti nak makan apa ek 😂