Tengok Buaya kat Teluk Sengat Crocodile Farm, Johor || Teluk Sengat Crocodile Farm atau Teluk Sengat Crocodile World atau Taman Buaya Telur Sengat merupakan salah satu tempat menarik di dalam Johor yang boleh dilawati bersama-sama family tersayang. Bawak kids datang sini, pasti dorang teruja! Teruja tengok MR Buaya~ Nona pun agak lama tak tengok buaya bebetul depan mata. Itu yang semangat jugak nak tengok buaya kat Teluk Sengat Crocodile Farm, Johor nih selepas balik dari percutian kat Arena Sepang Resort last year.. Ups, dah tahun 2023 baru share kisah tahun 2022. Tapi jangan risau, tempat ni Masih dibuka tahun ni ye.
Di Teluk Sengat Crocodile Farm, terdapat pelbagai spesis buaya Dan pameran buaya serta jualan barangan berkaitan buaya seperti minyak buaya. Tiada haiwan lain yang dipamerkan kat sini. Hanya buaya tau! Nona seronok tengok time buaya menyambut makanan yang dicampak Dari atas?! Nice betul! Berebut rebut macam nak terngap muka member.. Yang ganas ganas la syok sikit nak tengok! Kan!
Lokasi Teluk Sengat Crocodile Farm
Teluk Sengat, Johor
Pintu masuk Dan kaunter pembelian tiket
Aaa... Ko rasa dia tidur mati ke??
Aaaaaaaaa! Ternganga semua ya!
Kenapa Buaya Menganga Mulut?
Buaya adalah haiwan reptilia berdarah sejuk, maka sebab itu buaya perlu menstabilkan suhu badannya apabila berada di daratan.
Ya, semasa di dalam air, buaya hidup dengan suhu air yang dingin, kemudian bila suhu badannya mulai menurun, buaya akan naik ke daratan untuk panaskan badannya. TAPI jika suhu terlalu panas, mulutnya akan dibuka untuk turunkan balik suhu badan mereka agar tak terlalu panas semasa kat daratan. Haaa begitulah infonya ye!! 😄 Bukan nganga sebab nak terus Ngap makanan aje! Kahkah!
Selfie satu! Masa ni aku dah terbayang bayang kalaulah terjatuh ke bawah tu...Tapi nampak masih selamat. Tak pernah ada kes merbahaya setakat ni.. Hihi..
Jantina Buaya Bergantung Kepada Suhu?
Menarik info ni! Jika suhunya ialah 31.6 celcius ATAU ke atas Maka akan menetaskan anak Buaya jantan. Jika suhunya di bawah 31.6 celcius, kebanyakannya menetaskan anak Buaya betina
Di sepanjang laluan akan ada info info menarik tentang buaya macamni. And aku teruja sebab ada benda yang aku baru tahu! Hahaa..Selama ni takda amek peduli pun! Oh ya! Setiap buaya kat sini ditanam dengan microcipnya tersendiri supaya senang dicari di mana keberadaan dorang dan dapat mengesan jika ada yang mati ker...Bagi memudahkan proses pengasingan nanti.
And kalau nak tahu, wujud buaya kurang upaya. Ekornya takda. Kesian tengok. Yang mana kurang upaya, pihak sana dah Asingkan tempat tinggal berlainan dengan yang sempurna kejadiannya ✅
Harga Bayaran Masuk
Pada tahun 2022, ini harganya. Murah Dan berbaloi! Pasal tu ramai je orang kat Teluk Sengat Crocodile Farm ni ye. Ramai rupanya suka tengok buaya! Hehe.. Buaya ni takpa, jangan buaya darat! Okayhhh! Buaya darat tu lain ceritanya..
Selepas jalan tengok semua buaya, pameran, Barangan yang dijual di kedai cenderahati, Dan puas bergambar, barulah boleh balik 😁 Bagi aku, tempatnya tak besar sangat seperti Taman Buaya lain yang aku pernah pergi tapi sesuai dengan harganya. Taklah terlalu penat nak round sana, sebab tak jauh sangat jarak perjalanannya. Aku ulang, ianya menarik sebab time buaya diberi makan tu, seronok tengok!
Boleh jugak Kalau para pelanggan nak bagi sendiri makanan buaya Dari atas. Dapat tengok berulang kali dorang lompat rebut makanan! Hehe.. Okay, bagi sesiapa yang nak singgah rasai sendiri pengalaman kat tengok buaya kat Teluk Sengat Crocodile Farm, bolehlah refer info di bawah:
Alamat Teluk Sengat Crocodile Farm
Kampung Belading, Lots 1289 & 1290, Jalan Sembilang, Teluk Sengat, 81900, Johor
Waktu Operasi
Dibuka SETIAP HARI
Dari 9 pagi sehingga 6 Petang
Facebook
6 Comments
belum sempat jejak kat sini lagi...
ReplyDeleteSuka jugak tengok buaya tapi ngeri.
ReplyDeletePernah pergi Jong's Crocodile Farm di Sarawak, siap bagi makan ayam lagi kat buaya kat sana tapi bukan ayam hidup la hehe. Bagusnya tempat ni byk info pasal buaya dipaparkan dekat sini.
ReplyDeletepernah gi gak sekali dulu.. menarik jugak & banyak buaya nya...
ReplyDeleteseram juga tengokbuaya...nampak ganas
ReplyDeleteSaya pernah pergi ke penangkaran buaya yang di Medan. Itu terbesar di Indonesia. Memang seram lah liatnya. Aneka jenis buaya ada di sana. Dah terpikir saja, jangan sampai ada yg lepas, Krn lokasinya dekat dengan perumahan😅.
ReplyDeleteTak berani dekat2 , saya pun suka terbayang bagaimana kalo sampai jatuh dekat mereka 🤣
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .