Makan Salmon Grill kat Der Cabin Seri Alam

Makan Salmon Grill kat Der Cabin Seri Alam

Makan Salmon Grill kat Der Cabin Seri Alam || Terasa Macam dah lama tak makan ikan Salmon Grill  kat Der Cabin nih. Rindu ek. So baru baru ni menyinggah kejap untuk Makan malam. Kenyang mandi Manda kat Legoland, balik tu lapar ler. Suggest Makan Der Cabin Seri Alam sebab teringat ingat pulak keenakan Salmon grill kat sini. Hehe.. 

To be honest, aku suka Makan kat sini sebab Harga nya lebih murah berbanding dengan kedai lain yang aku pernah pergi. Dan ikannya tak bau hanyir. Cuma haritu, takda pulak lemon untuk diperah sekali. Maybe sebab dah dimasak sampai takda bau hanyir and dah ada kuah sedap untuk dimakan bersama 🤩 Ker..aku lupa memang tak pernah dibagi lemon tu. Adeh.. Oh ye.. Harga terkini dah makin naik berbanding Dua tiga Tahun lalu, tapi SST Masih 6%. Ehek..

Ikan Salmon Grill

Aaaa.. My favourite! Siap ada mashed potato jugak!! Pricey pun aku layan je kalau dah ngidam tuuu! Bukan selalu..Haha..

Der Cabin Seri Alam

Ikan Salmon

Bagi orang lain try rasa ikan Salmon. Dorang leh cakap, rasa Macam ikan goreng biasa je?? Hahaa.. Tapi khasiat dia Berbeza sikit dengan yang lain lahh.. Kandungan kolesterol, Dan Lemak lebih rendah, and then protein lebih tinggi. Ahgitu.. Google sendiri kayh! Apa pun, aku tetap suka Salmon Grill kat Der Cabin nih. Aku tengok Der Cabin ni selalu full kedainya. Jarang nak Nampak takda orang langsung kecuali time Covid dulu.. So far Masih bertahan Dan diterima ramai menunya. Love it! 






Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .