Bufet Ramadan 2024 Murah Ala Kenduri di Suasana Suites Hotel Johor Bahru || Dah jumpa buffet Ramadan Murah yang bakal dipergi time berbuka Puasa Tahun 2024 ni? Jom try buffet Ramadan Ala Kenduri di Suasana Suites Hotel Johor Bahru! Bukan sahaja makanannya sedap, tapi jugak harga yang berbaloi baloi dengan menu yang tersedia. Harga EARLY BIRDS di bawah RM90?! Ehhh, murah dah harga tu kat JB ni..
My first time jejak kaki ke sini and Nona can see the view yang cantik Dari kafe atas. Lokasi kafe di tingkat 33A. Jangan tekan tingkat 33, nanti keluar keluar lift nampak bilik bilik je 😂 Bila sampai level 33A, masuk kafe, terus nampak viewnya yang cantik! Bak kata sis Lin, kayangan gituh!
Okay, kat sini, kebanyakan menu akan bertukar tukar setiap hari kecuali Empat menu utama yang dinyatakan (seperti dalam poster) memang akan ada setiap hari ye. Tempat duduk terhad kepada 70 sehingga 80 orang sahaja dalam satu masa (iftar time) untuk mengelakkan daripada kesesakan sebelum berbuka puasa.
Empat Menu Utama Yang Confirm Ada di Suasana Suites Hotel Setiap Hari dalam Buffet Ramadan 2024
Antara Menu yang korang akan jumpa dalam seminggu tu (Rotation menu):
- Mee Goreng
- Daging Salai Masak Cili Api Berkentang
- Udang Goreng Lada Hitam
- Ikan Tenggiri Gulai Nenas
- Shawarma
- Dan aneka Kerabu serta sambal.
1 Comments
salam ramadhan dan selamat berpuasa nona :)
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .