Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya||  Baru baru ni Nampak seorang selebriti bercerita tentang neraka Al Hutamah. Beliau ingin menjual kasut yang telah lama dimilikinya tapi jarang dipakai. Neraka Al Hutamah ada disebut di Dalam surah Al Humazah iaitu surah ke 104 di Dalam Al Quran.

Surah yang ringkas dengan sembilan ayat sahaja tetapi Mempunyai makna yang padat. Jom Nona share harini buat peringatan kepada diri sendiri juga. Baca Dan hafal pun lagi bagus!

Al Humazah

وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ 
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

الَّذِي جَمَعَ مَالا وَعَدَّدَهُ 
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;
يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ 
Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

كَلا لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ 
Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ
 Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?
نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ
 (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ
 Yang naik menjulang ke hati;

إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ
 Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ
 (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang


 Al Humazah bererti pengumpat dan diambil dari ayat pertama surah ni. Kandungan surah ini adalah ancaman Allah terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan Allah!!

Allahu. Nauzubillah.. Lepasni nak cari apa apa barang yang Banyak terkunpul tapi pakainya tak pun, nak Lepaskan pasa orang lain la. Huhu..