Hari Landskap Negara 2025 di Tasik Layang Layang, Pasir Gudang, Johor || Throwback cerita haritu semasa Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2025 yang telah berlangsung pada tarikh 25 hingga 30 Jun 2025 di Taman Bandar Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor. Ianya dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Aku excited nak pergi sini sebab kena dengan jiwa aku yang suka tengok keunikan landskap dan apa jua yang berkaitan dengan seni bina camni.. Tengok bolehlah. Nak buat dan cipta sendiri memang tak lah sekreatif tu.. Masuk adalah PERCUMA. Haa..dapat bayangkan tak berapa ramainya pengunjung bila FREE ENTRY.
Terdapat Pelbagai aktiviti seperti Pameran, demonstrasi, jualan, bengkel, pertandingan, persembahan artis, dan acara acara lain bagi memeriahkan HLN 2025. Tanaman bunga yang cantik cantik ditanam di sekitar kawasan pameran landskap! Ada hari aku pergi time siang, dan ada hari aku pergi waktu malam pulak. Hehe.. Saja nak tengok vibes siang dan malam. Seni bina Landskap pada waktu siang nampak lebih jelas reka bentuknya. Bunga bunga pun nampak kembang subur dan cantik pada siang hari manakala pada waktu malam pula suasana sekitar penuh dengan cahaya bersinar indah.
Tema sambutan Hari Landskap Negara 2025
Industri Landskap Pemacu Pembangunan MADANI
Terpegun! Bijak ya Otak manusia ni! Terbaiklah! Sila hargai penggiat landskap camni. Nampak cantik bila mendapat sentuhan dari mereka yang kreatif dan pencinta landskap.
Landskap yang dibina menggambarkan tempat tempat tertentu dalam sekitar Johor Bahru. Ada Batu Pahat, Labis, Yong Peng, Kluang Dan banyak lagi! Bila tengok Muar, rasa Macam nak pergi Muar ek.. Haha.. Tengok Landskap Batu Pahat, terasa Macam nak balik kampung nenekku la pulak 😄 Bukan tengok saja saja, dorang selitkan beberapa info tentang sejarah, budaya, apa yang menarik kat tempat tempat dalam Johor, Dan Macam Macam lagi plus ilmu pengetahuan berkaitan konsep Landskap. Tertarik jugak dengan beberapa keunikan landskap yang dicipta dengan menggunakan bahan terpakai.
SUBHANALLAH. Cantik ciptaan Allah! Tenang. Love the vibrant. Love the colours!
Pertandingan menghias atau membina landskap jugak diadakan. Bukan semua yang di situ join contest tapi ada beberapa kumpulan lah. Memang nampak usaha yang dilakukan secara bersungguh sungguh. Kreatif dan berbakat kesemuanya menghasilkan sebuah projek landskap yang indah dan WoW gituh!!
One of the winner yang super creative! Salute!
Ada hari datang ngan emak, ada hari datang ngan adik.. Ada hari, balik kerja pun aku sorang terus singgah ke sana! Alang alang tempatnya tu dekat ngan aku..Haaa, apa lagi.. Berkali Kali ler Nona pergi sana! Haha.. Part ni rajin pulak ek?!
Penat berjalan, Makan makan dulu atau sebelum berjalan, cari Makan dulu kat bahagian gerai jual makanan Dan minuman.
Ya, lain daripada lain. Perghhh banyak benda ye di sebalik kerja tapak yang diusahakan.
Suasana pada Malam Hari di sini.
Objektif diadakan Hari Landskap Negara
Dapat memupuk kesedaran masyarakat tentang peranan industri landskap dalam pembangunan bandar yang lestari dan mengiktiraf sumbangan penggiat landskap.
So far, aku rasa memang bagus ada pameran seperti ini. Maybe ada dalam kalangan kita yang berada dalam bidang ni, maka dapat mereka melihat sesuatu idea landskap yang boleh digunapakai untuk projek di kediaman atau tempat kerja memasing. Atau bagi mereka yang suka menghias rumah, ini adalah pengalaman dan sesuatu perkara yang memberi inspirasi buat ramai orang. Tiada yang mustahil. Realisasikan impian.
Untuk Nona, hanya mahu merasakan ketenangan melihat sesuatu benda, reka bentuk dan perkara yang unik, cantik, berseri dan indah! Syukur masih boleh melihat kebesaran Allah di dunia ini. Love sungguh 💜 Next time nak pergi lagi kalau ada event macamni.. Masuk dalam list. Dapatlah healing sekali ek!
1 Comments
Cantik! Akak memang suka tengok landskap yang cantik2 😍
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .