Throwback Hadiah Birthday 2025 || Nona tak buat entri birthday diri sendiri ye tahun ni. Entah apa yang disibukkan sangat ek. Hiks. 08 Mac merupakan tarikh kelahiranku ke dunia. So today, Nona nak buat throwback Hadiah Birthday 2025 sebelum Masuk ke Tahun 2026. Bukan nak riak atau menunjuk nunjuk ui tapi nak ramai ramai doakan si pemberi hadiah yang baik hati. Selain tu, bolehlah bagi idea kat korang untuk hadiah birthday atau hadiah anniversary atau apa apa jela yang bersesuaian. Huhu.. Sesungguhnya, hadiah perempuan memang Banyak pilihan! Geram nengok kadang!
Terlebih dahulu, nak wish diri sendiri. Happy Belated Birthday to you, Nona! Semoga Allah limpahkan rezeki buat Nona pada tahun 2025, panjangkan usia Nona sehingga ke tahun 2026 Dan tahun seterusnya, dilindungi Allah selalu Dan yang baik baik saja mendatang dalam kehidupan seorang Nornaqiyah. Aamin! Terima kasih mengaminkan doaku!
Black & Gold.
Thanks my family for the
exclusive bouquet! Thanks emak dan abah kerana melahirkan serta membesarkan Nona dengan penuh tanggungjawab. Yih, sebak pulak bila fikir usia memasing semakin lanjut! 🥺 Memula bersama gituh!
Alhamdulillah for all the birthday gifts and presents to me! Nona suka betul semua hadiah yang diterima. Made my day!
Tak kisah lah Mahal atau murah harganya, kecik atau besar, sikit atau banyak, branded or not, ianya still menceriakan hari hariku Dan aku appreciate sangat! Hehe.. Besar pahala you all happykan orang... Selepas shoot gambar hadiah hadiah ni, actually ada lagi yang beri hadiah. Mintak maaf kalau ada tertinggal gambar hadiahnya. Sambung compile gambar hadiah kat bawah ye:
From Rabitah& Fatin
Bila tengok belon Purple ni semula, teringat aku dengan
Kisah viral, sampaikan ramai gelarkan aku sebagai
Akak Purple. Rupanya petanda nak jadi akak Purple ke Tahun ni 😄 Thank youuu!! Beautiful moment!
Nice!
Semoga si pemberi hadiah dalam gambar di atas dipanjangkan usia ke tahun 2026 Dan seterusnya. Aamin! You know who you are (Sekiranya baca blog ni la 😄)
Hadiah: Jam tangan Dan gelang cantik cantik brand
FILA,
Telekung travel, Bouquet Bunga wangi, Dan pelbagai barangan harian (Bag travel, stoking, stongan, baju tidur, brooch)
Cantik Dan cute
Semoga si pemberi dilimpahkan rezeki pada tahun 2025 ni. Aamin!
Elegant
Semoga si pemberi hadiah dilindungi Allah Dan dipermudahkan urusan! Aamin!
Sweet Dan Wangi!
Semoga Allah serikan kehidupan si pemberi hadiah hadiah di atas.
Hadiah:
Bouquet coklat bersama sama notebook Dan sticker comel, cadar Dan perfume.
Kek coklat menemani hari ulang tahunku! Actually sebiji kek tu aku order beli sendiri, tanpa bagitahu family and dah bagitau dorang jangan beli apa apa kek. Tup tup surpriseeee! Tak sangka ada jugak! Hiks.. Semoga yang memberi birthday cake haritu dikelilingi dengan orang yang baik baik dalam hidup kalian.
Jika ada yang tertinggal gambar hadiahnya, Nona mintak maaf tapi Nona tetap doakan semoga Allah kurniakan kebahagiaan, kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi hari hari korang semua wahai di pemberi hadiah! Terima kasih, syukran jazilan buat yang mendoakan Nona secara terang terangan ataupun jauh dari sudut hati yang paling dalam. Diam diam doakan pun bagus gak. Semoga segala doa doa baik tersebut berbalik kepada kalian semula malah lebih baik lagi di masa hadapan. InshaAllah! Korang sangat bermakna okayh?! Hugs!
Sekian cerita throwback hadiah Birthday 2025. Nona loves you all lahhhh! Ayuh doa baik baik untuk perjalanan kehidupan Dunia akhirat kita semuaaa!
Notakaki: Teruskan melangkah tanpa putus asa!!
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .