Pengalaman Melihat LIVE Depan Mata dan Membantu Wanita Bersalin Tepi Jalan || Hai, salam viral! Ewah! Ini merupakan salah satu pengalaman yang berharga bagiku dan aku sendiri tak dapat lupakan. Lebih lebih lagi bila dah viral sebagai akak Purple, semakin tak lupa kejadiannya 😅 Kisahnya camni.. Pada hari Ahad, 10 Ogos lalu, Nona baru balik dari kerja dan majlis kahwin, aku nampak ada beberapa payung duduk kat tepi jalan. Kufikirkan dorang payungkan orang yang accident jatuh motor ke apa, sebab time tu masih hujan gerimis. So tak terfikir la nak tengok apa bendanya plus rushing untuk ke event lain kan.. Benda biasa, kalau dah nampak ada yang membantu, kutak berapa amek tahu dah. Selfish ke ek? 😅
Tiba tiba ada sorang laki Indian ketuk tingkap kereta time kereta aku tengah berhenti kat Trafik Light area Pasir Gudang (Baru bertukar lampu merah dan keretaku berada paling hadapan). Fuh, orang tu mintak pertolongan. Dalam otak Aku?? Alamak, dia nak suruh buat apa pulak ni. Kena anto gi Hospital ke (KPJ dekat je). Masa tu tak dibagitau lagi kes apa. Dua tiga kali jugak fikir nak turun ke ni? Sampaikan abang Indian tu tukar tanya orang belakang, dia tanya 'ada orang perempuan tak dalam kereta?' Aku dengar dia jerit gitu. Aku pun tanya balik, kenapa tu?? Dia jawab: "Ada orang nak beranak! Baby dah nak keluar sangat!" Gulp! Siyess ah dalam hati aku!
Blurr oi nak buat apa tapi terus ketepikan kereta. Aku nak luangkan sikit masa sebab takut nanti teringat ingat pulak aku tak tolong orang yang bebetul memerlukan. Tambahan lagi tak pernah tengok orang bersalin LIVE.. Inilah masanya~

Difahamkan sebelum kejadian, ibu dan bapa bayi park tepi jalan sebab si ibu dah menangis nangis tak tahan nak bersalin. Dorang memang on the way ke hospital tapi tak sempat sampai lagi.
Masa aku turun kereta tu, akak Indian baju kuning namanya Bhavani tengah nak keluarkan bayi. Ya, awal awal tu dah ada tanya kalau aku leh sambut baby, err memang daku surrender. Tak berani ui. Ada terpeleot kepala budak tu kang. Dengan darah darah ya lagi. Ish... Ngilu! And at the same time, akak tudung coklat tu berada di situ. Teruslah pass baby kat akak tudung coklat pulak lepastu. Wow! Aku dapat tengok LIVE Baby keluar tapi dah part Hujung Hujung tu. Pastu tengok kejap kejap je.. Risau termimpi pulak malam Nanti.. Ada amek gambar buat kenangan? Tidak time baby keluar tu..Hoho..
Jujur cakap, aku salute gila dengan dorang! Tanpa memikirkan benda lain, niat dan berharap baby tu keluar dengan selamat aje. Hatiku tak seberani mereka.... Kerja di belakang tabir jela Nampak gaya.
Apa aku boleh bantu? Apa kita boleh tolong selain daripada sambut dan pangku baby Jika berlaku Hal macamni? First, standby kan payung. Susun payung di sekeliling tempat bersalin. Masa aku turun memang dah berpayung tapi side sebelah je banyak, so orang laki suruh tambah payung sebab ternampak sikit kot. Jadi sesiapa ada payung, kena keluarkan lagi, bolehlah tutup aurat si ibu bersalin.

Kedua, bagi semangat dan support si ibu yang tengah panik, dan malu tapi terpaksa keluarkan baby kat tepi jalan. Betapa penting sokongan dari orang sekeliling agar selamat kedua duanya. Tenangkan si ibu untuk teran dan jangan bagi dia pengsan. Sebabtu korang nampak ada akak tu yang tolong kipas kipas kepala serta baca baca zikir dan doa. Aku pun beralih alih. Dari pegang payung, pindah ke kepala emaknya pula. Ada sorang laki Indian suruh bacakan doa. Haha.. So kami Sama sama berzikir. Baca kekuat supaya si ibu sedar kami ada bersamanya. Dia tidak keseorangan melalui fasa kelahiran anak pertamanya. Push! Push!

Masa baby keluar, zikir sepanjang masa untuk si anak dan baby. Masing masing memang takda pengalaman langsung dan ini first time bagi kami. Dapatlah aku tengok orang lahirkan baby LIVE serta nampak camna bentuk tali pusat tu depan mata sendiri. Terasa jakun pulak. Syukur!! It is a baby boy! Abang grab tu dok ulang ulang cakap: "Yay! Baby dah selamat keluar!" Haha..

Sebelum baby dipangku ke akak tudung coklat, dorang mintak kain supaya senang nak pegang baby dengan lebih selamat.. Licin kan baru lepas keluar dari rahim. Ha.. Kalau nak tahu, Kain yang digunakan masa pangku baby tu, aku guna baju ku yang ada dalam kereta. Alang alang memang bawak pakaian spare, so gunakan sebaiknya.. Biasa kalau ada hal hal or sambung ke event lain, memang aku standby baju lebih. Mudah dan cepat. Tak perlu balik rumah.
Lepastu dengar si ibu cakap sakit lagi. Ah sudah! Kalut balik! Aku fikir sebab tertarik tali pusat yang ada kat baby dan bersambung dengan ibu. Tapi rupanya ada uri tertinggal dalam perutnya. Fuhh! Lepastu dia teran lagi. Haaa..Barulah keluar semua isi tu. Tapi nampak dari riak muka akak tudung coklat tu dia cakap yang uri macam dah pecah sikit kat dalam perut. Yih, seram ek!
Settle keluar semua, dapat tahu kena ikat tali pusat dalam anggaran 6 inch dari rahim, so kena cari tali.. Mak ai, aku pun terfikir nak dapat mana pulak tali. Lupa aku ada safety shoes tapi tu pun tak bersih. Tibber abang Grab dok korek korek dalam bag Grab dia, jump tali kasut bersih!! Whoaaa.. Memang ditakdirkan betullah! Terus laju Puan bidan terjun tadi ikat tali pusat tu. Hehe.. Tahu tak, part ni..aku siap call akak tempat kerja aku yang pernah beranak dalam kereta. Ada info cakap, tak perlu ikat tapi takkan aku nak bergaduh pulak pasal ni, jadik ikit je cakap nurse tu. Settle! ✅
Lepas keluar uri, and baby dah selamat, kami nampak si ibu shaking. Menggigil tangannya.. Dalam hati aku yang paling dalam.. Ish..tak nak lah tengok sesiapa mati depan aku time aku berdekatan tu. Janganlah harapnya. Tapi lepastu dorang mintak air manis. Aku teringat air kotak yang baru dapat dari jemputan kahwin. Air kundur pun layan jela, asalkan air manis katanya.
Kami percik percik air ke muka si ibu supaya sedar dan tak pengsan kat situ. Aku siap tanya, nak letak baby nama apa..bla bla..Ada yang suggest air suam tapi mana nak dapat kat tepi jalan tu. Huhu. Hulur kat si ibu supaya minum slow slow. Penat berjuang..Kan?? Besarnya pengorbanan seorang ibu ye... Sobbss!
Ambulans belum sampai setelah 15-20 minit kat situ. Tambahan pula hari Ahad. Memang agak lambat sikit dorang cakap. Dan Time tuh baru nampak muka lakinya, bapak baby tu. Muka panik dan lega sikit tengok baby dorang. Aa..tak rekod moment tu! Waktu ni, dah start bertambah orang turun situ nak tengok kejadian apa. Ramai lah pakcik dan abang abang turun. Ada yang nak amek gambar. Time ni cuba gak halang tapi dorang cakap tak amek gambar apa pun, cuma muka baby je...
Bagi aku, orang laki diperlukan dalam kes camni untuk tolong tahan kereta dan minta pertolongan sebanyak yang boleh. Mereka pun orang yang terawal memulakan langkah.. Tak mungkin ada yang turun kalau takda yang panggil, ketuk ketuk tingkap kereta. Betul tak? Kalau aku, segan jugak ye.. Takut kena seret dengan kenderaan lain pun ye jugak.

Setelah beberapa minit menunggu, ambulans pun sampai. Pergh... lega! Actually nak terus gerak lepas dah selamat beranak semua tu, macam tak nak tunggu ambulans tapi sebab ada payungku kat situ, so tunggulah sampai si ibu dibawa masuk Van Ambulans. Serba salah tau nak gerak di saat orang lain masih menunggu. Allahu.. Time tu aku sempat bagitau PR yang aku akan datang lambat sebab ada emergency case. Mujurlah dia okay je..
Reaksi Nona Masa Cerita Viral Keluar
At first, member bagitau keluar kat group taman perumahan dorang. Aku dah krik krik tengok video penuh. Huh.. Nampak macam kalut betul seorang akak Purple ek! Mesti kena kecam nih plus menonjol gak dalam video original tu.. Kenapa ler ada orang post part aku camtu. Ish! Aku pun tak banyak rekod video or gambar time kecemasan. Tak lama lepastu,keluar video kat Tik Tok Akak Tudung Coklat tu pulak. Tapi versi dah diedit berserta lagu. Video simple dan menyentuh hati. Em..still nampak hakak Purple kelam kabut ek! Kahkah! Sempat emo jap! Confirm family aku tahu cepat ni lagi lagi adik aku tuh 😁
Tapi bila fikir balik, memang aku nak cari semula orang yang dah bersalin tepi jalan tu. Nak jumpa semua heroes pada hari tersebut sebab aku rasa macam aku yang terpaling awal balik lepas ambulans datang tu. So ada hikmah dan bagus video ni viral. Barulah jumpa akaun hero hero lain. Nice! Seperti mention dalam MHI, Kami dah ada group named as 'HEROES'. Hihi. I like it! Apa yang penting, ibu dan baby selamat. Tidaklah sad ending.. Kan?
Cuma tuhlah, sebelum lebihh viral, aku ada reply awal awal kehadiran aku dalam video Tik Tok viral dan explain sikit tentang situasi aku time tu. Bukanlah tidak membantu at all ye.. Cuba bayangkan kalau dalam video tu aku cuma sibuk merakam aje. Lagi haruu! Hahaha..
Tak sangka ye selepas perkongsian video kat Group Whats App dan kat Tik Tok, ianya jadi semakin viral di banyak page dan website seluruh Malaysia! Termasuk siaran TV dan Radio! Wow! Ibunya belum dijumpa tapi banyak jemputan untuk hero hero pada hari kejadian. Alhamdulillah. Ada dapat jemputan dari pihak MHI TV3 tapi Nona tak dapat hadirkan diri but hero lain done diinterview. Last minute sungguh. I kenot lah youu..
Keadaan Ibu Dan Baby Terkini
Syukur ibu dan baby selamat. Mereja dalam keadaan Stabil setelah dipantau lama akibat kehilangan banyak darah semasa proses bersalin. Biarkan mereka berehat dulu dengan tenang. Tak nak lah ganggu privasi kalau si Ibu belum nak berjumpa sesiapa.
Hatiku meronta nak tengok baby yang lahir haritu tapi kena faham situasi seorang ibu yang baru lepas berjuang melahirkan seorang putera.
Sedikit Pesanan
Apa yang telah ditakdirkan, pasti bertemu jalannya. Bila orang betul betul meminta pertolongan di jalan raya, perhatikan dulu keadaan sekeliling. Rasa dan nampak selamat, barulah turun membantu. Kita niatkan cuba sebaik dan semampunya walaupun tak berapa berani. Dalam keadaan terdesak, kadang kadang sebenarnya kita mampu melakukannya. Next, Cepat cepat call pihak hospital untuk memulakan langkah sambut baby semasa ketiadaan warga medic di situ. Lagi satu, tolong selalu standby payung dalam kereta or payung lipat kat motor 😂
Seperkara lagi mengenai bangsa Dan agama. Dalam keadaan terdesak Dan melibatkan nyawa, tak perlu kisah bangsa apa pun yang membantu. Bagi Nona, bila dah tahap terpaksa, tak Kisah sesiapa pun Nona suka orang tolong asalkan tak culik anak aku time lahir! Kira cukup baik ada orang sudi nak selamatkan si ibu Dan baby. Syukurlah!
Perkongsian Viral di Sosial Media


1 Comments
Syukur selamat semuanya. tahniah juga kerana menjadi heroes di hari kejadian dan sememangnya pengalaman ini tidak akan dilupakan bahkan akan menjadi cerita sampai bila-bila.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .