Majlis Perkahwinan di Penghujung November 2025 || Kami satu family berkunjung ke majlis perkahwinan kawan abah aku. Adik ipar je tak ikut sebab kena kerja. Lokasi majlis di area Eko Perniagaan, Pasir Gudang. Cuma hall yang ni aku tak pernah lagi masuk. Semakin bertambah wedding hall kat sini ye. Macam dah lama nau aku tak gi majlis kahwin area situ..
Menu berat macam biasa ada Nasi Beriyani, nasi putih Dan lauk pauk lain. Namun yang Lebih menarik perhatianku ialah menu Roti Puri Dan Lempeng. Aku pun dah agak lama tak makan roti Puri makan haruslah try both. Kemain banyak aku makan ek.. Memula makan Lempeng Dan roti Puri then lepastu makan pulak Nasi Biryani! Phew~ Kenyang sampai malam hari!

Nice decoration. Pengantin belum sampai time ni.. Apa pun, semoga Allah panjangkan jodoh kedua Dua mempelai Dan pernikahan dibina sentiasa diberkatiNya.. Aamin!

Roti Puri bagiku agak banyak minyak tapi lembut. Aku lagi suka Lempeng sebab Lempengnya didatangkan dengan sambal tumis hijau serta sambal merah yang sedap!! Eh tapi boleh je roti puri tu makan dengan sambal sambal tu jugak. Hehe..
Roti Puri & Lempeng Mak Bunga 🌸

Aiskrim flavour Vanilla Cookies plus flavour jagung! Combine sekali..Haha.. Mantap! Love it!
Wedding Doorgift yang pelbagai Dan bermacam macam. Ada telur pindang, air kotak, bag, jajan seperti gula gula, dan kerepek. Bila ditanya anak nombor berapa yang kahwin ni...Oh, anak tunggal rupanya.. Mesti agak sedih betul ek bila nak lepaskan satu satunya anak perempuan kepada lelaki lain yang bergelar suami buat si anak. Huhu.. Alhamdulillah.. Selesai lunch kat rumah pengantin..
Actually agak ralat Tak dapat ke team building event yang dianjurkan company aku semalam sebab Salah satu jari aku semakin membengkak Dan bernanah ui! I need to do something about my finger sebab Memang dah tak comfortable lah gitu..



15 Comments
Bulan Disember pun ada lagi jemputan... Last call! hehehe
ReplyDeleteWhoaa..Mantap...hehehe..
Deletesemoga jari tu ok ok dan baik baik sahaja..
ReplyDeleteAis krim tu nampak sedap !!
Iye..Sedap!
DeleteTerima kasih..Aamin!
Wajib tu ada aiskrim
ReplyDeletePemanis mulut org kata
Nak lg Disember meati lg byk
Majlis kan cuti sekolah
Mesti gilang-gemilang majlis perkahwinan sebab anak tunggal.
ReplyDeleteSaya tidak pernah jumpa lagi lempeng di majlis perkahwinan.
Sedap nya menu tu, pastu memacam pulak dapat goodies nya tu
ReplyDeleteCakep dekorasinya, roti puri itu apa sama dengan panipuri yang sering akun tonton di youtube, street food di India ya.. Sepertinya enak lembut dan gurih.
ReplyDeleteEs krimnya bikin ngiler.
ReplyDeleteUnik ada roti puri lagi kat majlis perkahwinan.
ReplyDeleteThat title sounds so romantic—a beautiful winter wedding! I'm struggling with deadlines right now, though. I really need to find some expert nursing dissertation writers UK to help me finish my final project before I can even think about celebrating. Hopefully, I'll be done in time to enjoy the holiday season, maybe with a nice party!
ReplyDeletedah lama tak nampak telur pindang tu
ReplyDeleteSy nk kahwin jugaaa
ReplyDeleteKahwin lahhhh 🤣🤣
DeletePaling suka kalau datang wedding ada sedia eskrim 😍😍😄. Pasti itu yg saya ambil dulu.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .