Spend Time Main Pickleball kat D Pickle Zone Johor Bahru || Pickleball time! Pertama kali nak try sukan permainan pickleball ni! Disebakan aku pun dah lama tak bersukan plus alang alang cik Sun dari KL turun JB, kita ajak lah dia jadik cikgu Pickleball! Nampak dia salu update main pickleball 😅 Apa salahnya ngajak, kan~ Baru lah faham sikit bila diajar depan depan. Direct tanya soalan walaupun ujung ujung macam pening nak ikut rules nya ek.. Hahaa.. Kita cuba je.. Ops, bukan sebab game ni tengah viral tapi sebab memang tak pernah try lagi dan baru tahu kewujudannya dalam dunia sukan ni..
Nona and lain lain spend time main pickleball kat D Pickle Zone, Johor Bahru weekend haritu. Lokasinya kat Plentong, Masai nun. Ni antara tempat paling dekat ngan aku yang ada inside dan outside court. At first, pilih court luar tapi bila sampai sana, kak Ajan tengok betapa panasnya cuaca plus kami order court dari pukul 9 pagi sehingga 11 pagi...Fuhhh.. Pasti lebih bertambah kepanasannya! Kann?? Tak naklah rentung semata sebab main pickleball..Kahh! Kami amek satu court je. Baru nak belajar..Kan..
First time join the hype. Selfie satu lah!
Peralatan yang digunakan dalam pickleball
Tapak court
Net
Bola
Paddle (Raket)
Kedudukan Net pickleball tak sama Macam badminton. Takda space di bahagian bawah. Terus jejak ke lantai. Bolanya jugak bersaiz kecik Dan mudah melantun tapi tak setebal atau sama jenis Macam bola tenis Dan tidak jugak sekcil bola ping pong. Bola pickleball bukan jenis berbulu, ianya diperbuat daripada plastik dan mempunyai lubang tapi kalau kena mata, mau bengkak gak mata tu!! Manakala Raket pulak biasanya diperbuat daripada gentian kaca atau grafit.
Lepas kak Sunah bagitahu cara cara Dan pantang larang bermain sukan Pickleball, Aku jadi speechless seketika. Haha..Ternyata sukar bagi diriku. Macam gabungan antara tenis Dan ping pon la pulak ek cuma ada perbezaan tertentu. Aku memang kurang minat main ping pong Dan tenis. Haha..And lebih mencabar Sebab bola tu ringan serta mudah terlantun lantun ke sana sini kalau tak reti mengawalnya. Erk.. Jauh dia lari..Bukan setakat court sebelah..Boleh jadi court Hujung lagi. Jenuh nak kejar ye.Mujurlah belah belakang dorang ada letak Macam jaring atau penghadang so bola terstop dekat area berdekatan aje.
Walaubagaimanapun, bila tengok balik orang lain yang pro main, kita slow slow adapt cara permulaan balingan bola, menyambut Dan membalas balik pukulan Dari pihak lawan. Cuma part bila bola tak dapat disambut oleh salah satu pihak, giliran siapa kena serve dulu, siapa kat dalam atau Hujung kotak, itu Macam Macam blur blur lagik. Kalau Masuk pertandingan, aku kena ada partner yang faham ni baru tak terlalai rasanya. Kahhh!
Kak Eda in action. Baju pink tu adik aku. Dia memang suka test benda benda baru Gini.. Bila semua orang dah Penat, kami test lagi main Dua orang. Dia baling kat aku, aku pass kat dia balik..Training gituh. Not bad bila dapat kawal lantunan bola Dan saling membalas dengan jayanya. Ewahhh! Maybe can try again, exercise more Tapi harganya pun agak pricey la to me. Huhu..Sesekali boleh layan. And buat masa ni, Nona prefer main Badminton rasanya..Haha.. At least ada experience how to play Pickleball kan?! Ilmu guys!
Court Rules D Pickle Zone
Bola Takleh disewa. Kena beli terus. Sebiji RM15
Betul bak kata sis Lin, Nona nak bergambarr je lebihh 😂 tQ kak Sunah ajar kami! Hihi..
With Blogger
kak Suzie,
Cik Sun,
Huda,
Kak Eda dan kak Ajan. Jom set game?? Next time?? Ehek! Oh ya, thanks to kak Sunah dan Huda sebab belanja roti serta air energertic iaitu 100 plus pada hari kejadian! Alhamdulillah berjumpa kita ya, mengeratkan silaturrahim dan melepaskan rindu! Auuu! Itu lebih penting la ekk~
Info Book Court
Alamat D Pickle Zone
PTD 75289, Jalan Harum Utama, Taman Perindustrian Sri Plentong, Permas Jaya, 81750 Masai, Joho
Sosial Media D Pickle Zone
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .