Family Day Di Tg Sutera Resort, Kuala Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor

Family Day Di Tg Sutera Resort, Kuala Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor

UPDATE ENTRI SEMULA PADA 27/09/21:

Tempat ini telah diperbaharui, penulis hanya mengupdate semula info tentang contact number dan media sosial yang lain. Kini ianya kelihatan semakin cantik dan menarik!!  Namanya juga telah berubah menjadi Sea Horizon ResortInfo yang diupdate berada di hujung entri ini.

REMINDER:
Gambar pada masa dahulu tidaklah begitu cantik ye atas faktor kamera dan cahaya.

===============

Lokasi Family Day Event di Tanjung Sutera Resort || Siapa baca entri sebelum ni tentang Family Day Kilang tempat Nona bekerja, confirm dah tengok aktiviti yang kami lakukan dengan meriahnya.

Family Day 2017 telah berlangsung di Tanjung Sutera Resort, Kuala Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor. Kini pada 2021, namanya telah berubah dan banyak lagi perubahan yang menarik telah dilaksanakan. Patutlah seperti kukenal bentuk dan kawasan sekitar kolam renang ni masa nampak kat Facebook page baru-baru ni.

Kembali ke entri asal:

So Nona nak review tempat penginapan kami sepanjang dua hari satu malam di sana.


Dari atas (tempat makan), boleh nampak tempat parking, parking bahagian dalam ni , muat untuk kurang daripada 10 kereta kalau tidak berhimpit. Tapi jangan risau, jalan sikit depan tu ada tempat parking besar...confirm muat banyak kereta.


Inilah dewan makan. Permandangan dari luar.

Nak jelas lagi? Ini diaaa (Credit : Google)

 

Ok, jom tengok our suite, tempat yang membuatkan tidurku lena !

 
Ini pandangan masuk pintu dan di sebelah kanan.

Meja dan kerusi rehat juga disediakan. Memang ngam !

 
Ini pandangan masuk pintu, dan di sebelah kiri.


Ada lebih dari 3 jenis bilik / suite untuk dibook. Nak menghadap mana? Tasik atau arah lain? Pilih je ! Ianya sesuai untuk sesiapa saja sama ada berdua atau beramai-ramai. Di sebabkan aku dan beberapa member yang masih single, kami dapat bilik family suite, muat untuk 8 orang. So ada 8 Katil Single ok ~


 

Tengok tuh air-cond. Fuhh, sejuk gila memalam, nasib baik ada kipas atas jugak.


To me, Special Thing about this suite :-
  • Bilik yang sederhana besar
  • Aircond dan kipas atas yang cukup menyejukkan
  • Dua toilet. Toilet yang luas.
  • Cermin ada tiga.  (Puas hati nak belek muka)
  • 8 katil single ( muat sorang satu katil)
  • Kerusi dan meja rehat disediakan di ruangan tengah
  • Arah kiblat telah ditandakan (Senang nak solat)
  • Almari disediakan.
Cuma langsir tu, harap dapat dibaiki, sebab macam tak cukup lebar atau agak jarang to us lah...
Pasal tu satu je aku tak berkenan. Yang lain is da bomb ! I love !



Walaupun ada berlaku black out, tapi telah diatasi sebelum malam menjelma.

So apa lagi yang best kat sana? Haaaaaaaaaaaa.. ini dia....:


1. Kolam Renang

 

Best betul berendam, satu kolam dewasa, satu kolam kanak-kanak. Enjoy!


Ko tengok muka memasing....Muahahahaa~


2. Tempat untuk berkayak.


Syok lah bila lumba berkayak...Walaupun KALAH. haaha.
Aku tak pernah main kayak kot ! And this is Great Experience ! Memupuk keberanian, dont worry, safety terjaga.



3. View yang cantik

 

Memang mendamaikan jiwa kalau berdiri betul-vetul depan view nih.
Rasa rileks tau. Dan hati pun berkata :-
'Semoga masalah pergi menjauhhhh...........'


4. Dewan disediakan

 
Here.
Kami buat aktiviti di dalam ni... memandangkan hari tu cuaca hujan di luar..
Kejap berhenti, kejap hujan balik.
Nak tahu aktiviti apa yang kami buat ?  Klik LINK 


5. Padang 

 

Yes, hujan dah berhenti, kami turun padang !
Aktiviti tarik tali berlangsung dengan jayanya ! Hehe

Dan kalau orang laki nak main football pon takde masalah.



6. Makanan Memuaskan 

Ok, bagi aku, tempat makan dan makanan sangat penting bila pergi ke sesuatu tempat. Yela, dah buat macam-macam aktivti, confirmlah lapar...kan :)

Jom tengok kepuasan aku makan kat sini.

 
Yes, ni view dalam tempat makan, air sejuk disediakan selama dua hari berturut-turut dan ada tiga jenis.
Air panas juga disediakan, kita boleh buat sendiri sama ada teh, kopi, susu atau apa sahaja kat kaunter tuh.


 

Lunch

 Breakfast.

Dinner, aku tak snap kerana berlaukkan barbeque menu.


Ok, salah satu reason i said i am satisfied with this place is because makanannya kat sini tersangat banyak, dan mereka sentiasa topup kalau dah berkurang....

Tak perlu ler nak limit-limit makan dan tak payah fikir seperti ini.
 
"Ala...nanti orang belakang cukup ke nak makan nih.... "

Menu memang tak sebanyak macam kat hotel ye.Tapi lebih daripada lima menu jugak untuk lunch! Huhu~Set breakfast pon tak mengecewakan.. terasa berbaloi sungguh !! Siap boleh tapau bawak balikkk !!!!! Serious okay. The best ever bila food cukup untuk semua perut orang, muka pun ada senyum ~


Overall, I love this place, takda nyamuk gigit pon..even dari luar nampak macam banyak nyamukk~
Pokok Kelapa banyak di sekitar. Boleh petik dan minum.



Sesuai untuk bawak family datang sini...tapi diingatkan, tempat ni agak jauh dari kawasan luar...kedai pun tak ada di sini atau berdekatan ... Opps, line handphone?

Don't worry, line handphone clear, siap boleh buat LIVE okehh ~

Haa...Berbukit-bukit jugak kereta mendaki untuk ke sini bagi mendapatkan keseronokan bercuti..Hehe..

So,

THIS PLACE IS
SUGGESTED !!!


Any questions or ask for quotation, sila contact seperti dalam gambar di atas.


Plan Your Best Trip Now!



UPDATE INFO PADA 27/09/21

 📍 Lot 901, Kuala Sedili Besar, Kota Tinggi

☎ 012 771 9200

🌐 http://www.seahorizon.my/

📧 seahorizon.resort@gmail.com


Facebook Page Sea Horizon Resort,

https://www.facebook.com/seahorizonresort


Instagram Sea Horizon Resort,

https://www.instagram.com/seahorizonresort


#VisitJohorFun #VisitJohorResort #SeaHorizonResort


Sumber:

https://www.facebook.com/1176578865691999/posts/5108012569215256/












Notahati: Hope next year pun tempat okay, and ada event family day lagi :) AMIN

Post a Comment

6 Comments

  1. bestnya! takpernah buat family day, nampak bilik tu selesa dan yang bestnya ada 3 cermin haha takyah berebut

    ReplyDelete
  2. wow...cantik tempatnya... mmg sejuk mata memandang... aktiviti pun byk

    ReplyDelete
  3. Waww bestnyaaa. View cantik, suite selesa. Yg best ada kayak, feveret! Dan paling penting makanan! Fuhhh terus rasa nak booking jugak.

    ReplyDelete
  4. kerenn


    daftarkan diri anda sekarang juga di situs dominoqq yang aman dan terpercaya hanya di http://180.215.13.115

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .