Percutian Menarik : Tak Rugi Singgah Bukit Gambang Safari Park !

Soalan aku terjawab, aku dapat tengok depan mata sendiri, apa yang best dan beza kat Bukit Gambang Safari Park nihh..

TERNYATA ADA KELAINAN !! 
TAK RUGI AKU MASUK BGWP (Bukit Gambang Safari Park)


`1.WILD SAVANNAH

Ni aktiviti rare.. Tengok haiwan menaiki tram atau ATV ? Pilih, pilihh..hehe~
Nah, di sinilah kelainan berbanding safari yang aku pernah singgah sebelum ni.. First time, I Tengok depan-depan track naik ATV berjalan dalam safari........... ATV tu ialah :-

Baca pengalaman Ain Di SINI 

Naik mende alah kat atas ni, sambil tengok haiwan haiwan yang mungkin boleh mengejar tuan ATV ni...fuhhhh~

Best Tengok Haiwan Buas Secara Dekat, Syok  !

Haiwan yang pernah dan tak pernah aku tengok , banyak kat sini... Paling aku excited dengar ngauman Mr Lion ! Tak kisahlah kat mana pon, aku mesti suka dengar ngauman singa...hehe~

 
Bila singa tu pusing, aku pon terus bertentang mata ngan diaa.... sangat aummm! haha


Haiwan lain pon banyakk :-




2. BANYAK SHOW  YANG BOLEH DITONTON BERSAMA SI KECIK
Yes, Tak sah kalau takde show kan~ Show ni semua menarik, dan akan buat anak-anak terpegun! Aku pon excited okayyy !

A~   PREDATOR NO-HUMAN CONTACT-SHOW

Predator Arena

Besar gila tengok skrin kaca tu.....besar.. macam tengok wayang tapi lagi besar dari skrin wayang..ehehee.. Kami dihidangkan dengan persembahan dari haiwan  seperi harimau, singa, landak and lain-lain.. Apa haiwan-haiwan tu buat ? ?


Ada yang masuk ke dalam kolam untuk dapatkan makanan, fuhh..time lompat jangan cakap..takut aku kalau terlepas keluar dari skrin kaca tuh woi !

Ada yang lalu jerr..tunjuk diri...sebab nak orang puji comel..kekeke~

Sambil haiwan haiwan beraksi, someone akan explain tentang kebolehan haiwan-haiwan tersebut, shelf life dorang, and banyak lagi info lah~

B~   WONDERFUL BIRD SHOW

Forest Arena

Aku setuju ianya wonderful ! Masuk-masuk je aku tengok hiasan dalaman .. Whoaaa..besar jugak, cuma takda skrin kaca yang besar macam kat show sebelum ni.... Instructor di hadapan akan bagi arahan kepada burung-burung untuk mengira, terbang ke penonton, menunjuk diri saja pun ado !


Kredit Pic : Kak Sunah Sakura

Why the bird fly to her? HEHEE.. Sebab kakak manis tu pegang duit warna hijau... RM5. Tugas burung ni ialah tolong collect duit sumbangan untuk membantu pusat pemuliharaan burung di Malaysia. Burung ni dapat detect duit kaler hijau dan merah only.. Means note RM5 dan RM10.. Terbaik orang yang mengajar burung ni kan.. Haha !!


C~  AFRICAN YABARA FIRE SHOW

Best ! Aku terbeliak tengok orang makan api..selalu tengok kat TV je....Hm, budak-budak? Lagilah sukaaa ! Semangat duduk kat bahagian depan, sampai terasa haba nya api tu..kekekee~

Dorang bukan makan api je, buat lawak pon pandai ok~


HUWARGHHHHHHHHHHHHH!


Lagi, lagii..haha



D~  TARSAN ADVENTURE SHOW

Village Arena

Tak sangka, impian nak jumpa tarzan depan-depan dah terlaksana weh! Best persembahan dorang, siap berpaut pada akar kayu, sebijik terbang macam tarsan... hehe..cuma takde scene lalu kat air masa aku nengok ni..heee~ Orang yang sama je buat persembahan kat sini..hewhew~ Penceritaan berbeza , mesti terselit perubahan storyline tau taip kali kalau pergi sini..

3. NIGHT JUNGLE 

Ok, jom tengok haiwan memalam pulak...ada yang bangun tidur bila malam menjelma....ada yang sambung tidur, ahahah~ 

Antara haiwan yang aku jumpa, khinzir liar afrika, black panther, kangaroo putihh....tapir..pelbagai jenis kucing, Ehh, banyak lagi yang memang jarang aku jumpa. Ciptaan Dia yang Esa kan memang pelbagai !

 
It is Tapir there !

Gambar di bawah, sebelum ke bird show, kami tengok bear first....Comel sangat ! 
Rasa nak bawak balik, buat bantak peluk woi ~



4. DINING WITH WHITE LIONS

Yeehaaa....makan sambil tengok singa putih berkeliaran ! Lagi best duduk dekat dengan cermin tuh~ Hehee~Tapi time aku datang ni, singa putih is sleeping.........time tidur kan, tak bolehla nak kacau...


So inilah gambar dari Mr Gugel. Agak besar ruang makan ni...... Selesa sangat tau ~


See, the white lion tengok pengunjungnya....Haha~


5. BELI GIFT UNTUK KESAYANGAN

Image result for simba hill gift shop bukit gambang 

Rugi pulak tak beli apa apa kat sini.hari tu ada baju T-shirt clearance stock, RM 10 je mek !
Aku dah beli barang lain kat gift shop lain....so konon tak nak beli lagi...............sobbs !
~Siapa nak pergi..i nak kirim..hahaa~

==============================

Ok lah, sebenarnya, banyak gila aktiviti lain yang dah tersenarai kalau ke sini.........Tapi kita singgah mana sempat jela... Janji ENJOY TOGETHER !

So, anyone yang nak jugak tengok semua nih depan-depan mata, yang nak tahu more ....
jomm simpan info di bawah :-

Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang

Waktu Operasi:
Selasa - Khamis 12.00 pm - 9.00 pm
Jumaat - Ahad 10.00 am - 9.00 pm
Cuti Umum dan Cuti Sekolah 10.00 am - 9.00 pm
Isnin - Tutup

Tel: +609-5488000/8111/8112/8113
Hotline: +6016-9884769
Fax: +609-5486666
Email: enquiry@bgrc.com.my

Facebook:
BGRC

Taman Safari Bukit Gambang

Website:


Harga Tiket dengan 0% GST:
Dewasa 13 tahun ke atas: RM 63.00
Kanak-kanak / Warga Emas / OKU: RM 43.00
Kanak-kanak tinggi melebihi 90 cm sehingga 12 tahun
Warga Emas 60 tahun ke atas
Kanak-kanak tinggi bawah 90 cm masuk PERCUMA.

Tiket Kombo ( Taman Safari + Taman Tema Air )
Dewasa: RM 88.00
Kanak-kanak / Warga Emas / OKU: RM 58.00
Untuk Disewa:
Baby Stroller (RM15 + RM15 deposit)
*Wheelchair disediakan atas permintaan ~

-------------------------------------
Keep It Up Bukit Gambang Resort City !

-------------------------------



Kredit Beberapa Pic : Sis Sunah, Sis Lin, Sis Dilah

8 ulasan:

  1. wahhh.. bestnyer blogger2 dpt berkumpul camni :)

    BalasPadam
  2. best kannnnnn..nak pergi lagi jalan2 dengan nonaaaaa

    BalasPadam
  3. Rindu sama singa dan harimau hehehehe

    BalasPadam
  4. mesti kanak2 seronok dpt tgk haiwan dari dekat..

    BalasPadam
  5. ain bukan takutt nengok lionn..tengokk muka ain dok jelir lidah sambil bawak atv.hahahhhaa....

    BalasPadam
  6. semuanya bestkan...rasa nak repeat pegi sana lagi

    BalasPadam
  7. macam best je view dr kaca tu.puas hati tengok

    BalasPadam

Thanks For Coming !
Please Left a Comment and Support.
Take Care!