REVIEW FILEM : Operasi X Movie Memang Filem Terbaru 2018 Yang Santai


Santai Dengan Operasi X Movie ||  Yeehaaaa, done ! Masa tengok trailer hari tu  (ENTRI DI SINI) , aku dapat agak movie arahan Sandosh Kesavan mesti genre aksi dan bersahaja sebab kehadiran Awie dalam movie nih.. Sekali memang ngam si Belut ni tetap poyo dalam watak jahatnya weh ! Hahaha~ Awie dalam ni sebagai Mr Belut, membawa watak antagonis. Opss, teruss ke watak Awie pulak... hehe~

Al-kisahnya, Dato Aaron Aziz sebagai ASP Redzuan ni kehilangan member baik dia, so dia cuba menjauhkan diri kat tempat lain, tempat tu cantik! I suka ! Then Dato Yusuf Haslam datang cari dia untuk teruskan misi menumpaskan geng si Belut nih.... Nampak tak, pihak polis berdedikasi dan always berusaha untuk menghapuskan penjenanayah di muka bumi ini. 

Bermulalah saat dorang susun strategi untuk menumpaskan sesama dorang, antara polis dengan geng Belut. Scene tembak menembak, kejar mengejar, letopkan bom., tipu menipu, Apa aku boleh cakap, memang kelakor and santai ! Dalam ni ada watak polis nama Pablo, Janggut, Ali Mat dan Nash. Setiap kali berbual, ada je lawak dorang buat.. Kerja tetap kerja...cekap pun cekap... 



Lagi part aku suka is watak Mr Belut, yang dilakonkan Dato Awie, memang tak kering gusi lah  bila dia bukak mulut... Haihh, MEMANG MARAH NAK BALAS DENDAM, tapi marah yang masih sempat berlawak weh... Macam tak takut tengok dia marah... 

Bayangkan, sikap poyo yang memang sebati dengan dirinya, selfie antara AWIE DENGAN AWIE. Haha ! Dalam gangster dia tu, ada hati nak belajar tarian salsa woi! Tergelak akuu..Dalam wayang pun orang duk gelak..hahaha~ Cikgu Salsa rupanya adalah……………….? Hehe~ Terjah sana.

Dang geng Belut dalam nih, bila dah tersalah maki orang tak bersalah, dorang mintak maap banyak kalii ! Bagussss~ hehe... (Part marah tauke kedai cincin tuu )

Ok, selain dari tu, watak yang aku tunggu tunggu ialah watak yang popular dengan gelaran Tok Adi aka Nasir Bilal Khan, ok, dia bukan bapak kepada memana watak ataupun bos....hehe..nak tahu sapa, kena terjah Operasi X Movie nih sendiri tau.

MUSIK DAN JALAN CERITA

Yes, aku suka dengan sound yang digunakan.. Ngam, cantikk~ Part sedih, part cemas dan part semangat nak berlawan. Jalan ceritanya ringkas, padat dan santai, bagus lah ada tunjuk system hacker dalam movie nih, macam cite orang putih aku nengok bila ada watak hackers nih..

Emm.. Cuma time Aaron Aziz kena tembak kat bahu and kaki tu, aku tengok macam tak sakit sangat je.. Memang camtu ke keadaan kalau kena tembak bahagian situ? Aku rasa should be tak boleh berdiri or jalan terencot langsung..

 
Awie kena tembak pun aku sedih gak...dia tersalah faham, 
dan dia sangat sayang adik dia..hohoo ~

AGAK-AGAK AWIE MATI KER HIDUP LAGI? 

Next, part last movie nih, tak real api tuu…I don’t know why I kurang minat la part tu..ahahah~ Aku kalau boleh mengharapkan scene Aaron Aziz dengan orang tersayang dia…. Beramai-ramai or dengan Cikgu Ayu tu pun ok je.. EHH, NI FILEM AKU KER APA? hahaha!

PENGAJARAN

1. Menyimpan dendam dan menguruskannya dengan cara yang salah kelak membawa padah kepada diri sendiri. Jangan berdendam uolz. 

2. Perasaan dan sikap tamak yang terlalu besar akan memudaratkan diri dan orang sekeliling.

3. Jangan berputus asa terlalu lama. Sebagai hambaNYA, banyak tanggungjawab kita di dunia yang perlu diselesaikan. Jangan lari dari masalah, hadapi ia.

4. Hargai insan tersayang selagi mereka ada di sisi.

5. Percaya dengan takdirnya. Iman goyah penyebab kita putus asa dengan takdirNya, Jangan biarkan kepercayaan tu berkurang. Ingatlah, hidup dan mati kita, DIA Penentu segalanya.




Keseluruhan , Operasi X Movie ni memang antara Filem Terbaru 2018 yang santai dan sesuai diisi seluruh ahli keluarga.. Tak heavy sangat.. Keep support !



~Layari Web :-

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/operasixthemovie/

7 ulasan:

  1. Hahahha. . Kenapa rasa mcm poyo jer cete ni

    BalasPadam
  2. Sana sini Sis ko baca, memacam review dah..
    Kena tengok sendiri ni baru tau dan puashati..
    Bab Dato Awie tu jadi Sis ko teruja plak, sebab terbayang watak komedi dia dalam HKL, tup-tup masuk part aksi hahahaha

    BalasPadam
  3. suka tgk aron aziz berlakon..setiap kali dia berlakon mmg best..kali nie xdpt g wayang sbb ada bby..😅😅

    BalasPadam
  4. aha, kalo tengok filem ni, jangan put high expectation..gi untuk relax2 and release tension..nikmati aje kekomediannya..hahaha

    non, mana button share ko? takde pun?

    BalasPadam
  5. ooooo kat atas sekali..ok2 dah nampak..hahaha

    BalasPadam
  6. jommmm bacaaaa review dari ain pulakk..hahahhahaa...

    BalasPadam
  7. Baca karekter awie tu macam kelakar tapi ganas.. mesti menarik..

    BalasPadam

Thanks For Coming !
Please Left a Comment and Support.
Take Care!