Trailer Operasi X Movie Terbaru 2018 Yang Gempak ! Buat Aku Tertanya-Tanya Kesudahannya !


Operasi X Movie || Inilah Filem Terbaru 2018, baru je dilancarkan pada 1 November ni , buah tangan dari Dream Pictures Production . Aku terus tengok trailer, semangat betul  dengar music nya yang rancak tuu !

Image result for operasi movie x

Barisan pelakon ? Awie, Aaron Aziz, Hairul Azreen pun ada lahh ! Bukan main-main nama retis yang terlibat.. Mesti  cerita ni banyak scene gelak-gelak dan aksi wooo sebab aku dapat tengok ada aksi Awie dalam trailer ni macam kelakar , marah pun ada…

Ada yang belum tengok lagi ke trailer nya ?
Nah, aku share...... Bergaya ahhhh abam Aaronn~ Awie pun dah berwarna rambut tuuu..hehe


Ehhhh, Tok Adi pon adaaa?? Haaaa, watak apa la tu, duk tengok-tengok je…. Hehee, Tak sabar nak tahu watak Nasir Bilal Khan dalam movie ni…huhu....Seorang bapak ke? Atau bos jugak?

Aksi tembak menembak, ada bom, memang bagi effect pada aku untuk tahu penyebab dan kesudahan semua perkara tu berlaku……. Elemen cemas, dan aksi tu yang bertambah buat aku rasa nak terjah pawagam. 

Trailer dah nampak terbaikkk, camana movienya pulak eh ? Bolehkah menempatkan kedudukan dalam Filem Terbaik 2018 ? Tengok komen kat Youtube, banyak yang spoilkan mood aku, geram je..hahaa…Tapi aku tetap nak tengok jugak, sebab taste orang berbeza…………..Yang pasti, terselit pengajaran dalam setiap kisah.

~Go, Nona, Awie tengah tungguu tuuu! Hahaha~


Jom tengok abungan bersama pelakon hebat seperti Aaron Aziz dan Awie, menjadik ke tidak ?

Antara Pelakon di dalam Operasi X Movie :-


Dato Aaron Aziz,
Dato Awie,
Datuk Yusof Haslam,
Nasir Bilal Khan,
Gbob,
Hairul Azreen, Hefny Sahad,
Nashra Shah,
Rahhim Omar, Hanna Aqeela, Rafizah Shima,
Zaidi Omar



Sedikit sinopsis Operasi X Movie :-

ASP Redzuan sudah tidak percaya lagi dengan pegawai polis lain apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato` Mokhtar dan Tuan Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut.

Info sinopsis :- OPERASI X MOVIE








6 comments:

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐