REVIEW MOVIE :- Merungkai 'Misteri Dilaila'

Review Filem Misteri Dilaila|| Misteri Dilaila mengisahkan sepasang suami isteri yang pergi bercuti untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mereka di rumah peninggalan family Dilaila. Pengarah filem ni Syafiq Yusof memberikan hadiah terbaik dengan menggabungkan artis artis ternama seperti Zul Ariffin, Dato Rosyam Noor, Elizabeth Tan, Sasqia,  Namron dan ada beberapa orang lagi...

Ok. Tu je sinopsis pendek. Aku suka tempat yang digunakan dalam filem ni iaitu Fraser Hills. Cantik.... Teringin nak pergi tapi entah bila. Rumah dalam tu siap ada tempat unggun api tu.. Klasik.


Apa yang aku boleh bagitau, filem ni bukan kisah hantu semata mata tau. Lebih berkisarkan tentang misteri tu sendiri... Bikin pening kepala otak aku..jantung pun kencang je sepanjang layan movie ni...tak termakan jajan aku kat tangan...hahahaa...


Kalau tengok trailer, member aku tanya..mesti sebab ada dua Dilaila kan..yang baik dan jahat... Atau mesti sebab...ada orang dengki dengan kebahagiaan dorang?

Semua salahh... Ada plot twist dalam movie ni...tapi siapa dapat tangkap ayat tu masa awal movie ni..mesti at the last korang terfikir... Dan betul...itulah jawapannya.


Ada scene lawak..memang lawak habis...Dato Rosyam dengan gaya yang sempoi...tak semua serious dalam filem ni...haruslah diselitkan dengan lawak lawak dari dorang...
Ehh..rasa nak tergelak balik sekarang...

Ok la...aku bagi review pun macam tergantung eh...Haha.. Yang pasti...apa yang aku fikir tu pun salahh jugak.... Lain jadiknya tau.

Banyak scene mendebarkan...sampaikan scene siang hari pun adik aku terjerit sebab terkejut..haha..

Part darah keluar dari kepala tu dan tiba2 menjerit tuu..  aku seram...
Selain tu, aku suka part last yang tak disangka...tak tahu kalau aku jadi watak dalam tu..sama ada aku menyesal ke aku meremang...susah woo nak explain... Masih terfikir sebenarnya..dan aku dapat rasakan..ada siri kedua...sebab ending tu habis dengan persoalan jugak .. Haihh~

Next, aku suka pengajaran dalam cerita ni... Jangan mudah percaya pada cerita atau berita sebelum siasat terlebih dahulu..

Aku bagi 10/10 untuk filem seram Melayu gini. Tabik hormat Syafiq Yusof!  Clap, clap!!!!


So...siapa belum tonton? Pergilah terjahhhh sana ... Nanti share...apa yang best bagi uolz dalam movie ni..huhi


*About ada dua version, im not sure..tgv or mbo? Sebab aku tengok kat Superstar Cinema..haaha..baru punya...area Today, Masai. So version mana aku tengok ea..Entah nok*

4 ulasan:

  1. Hahahaha ko tengok version mana pun tak pelah Nokkk, janji tajuk filem sama hahahaha

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum nona...mcm best jer cite ni..bila la dpt layan agaknya...

    BalasPadam
  3. akak tak rasa ada siri kedua, sebab yang akak tengok tu da habis...akak tengok V2

    BalasPadam

Thanks For Coming !
Please Left a Comment and Support.
Be careful and Pray the Best.