Layankan Tekak dengan Muslim Home Made Sushi by Kouno Sushi

Cuba Rasa dengan Muslim Home Made Sushi by Kouno Sushi || Baru-baru nih, aku ke Tasek Layang-Layang Pasir Gudang (Parking area yang berdekatan toilet). Niat nak jogging, tapi tak jadik sebab tengok ramai orang.. HAHAHAHA!

So, apa aku buat is pergi ke stall makanan kat situ. Dengan niat nak beli ayam goreng rm1 je.. Tapi ternampak stall sushi, teruss teringin. Apa yang menarik dengan sushi ni sebab ianya hasil tangan dua orang wanita muslim yang original dari Jepun tapi dah menetap di Malaysia sekarang ni. Jangan risau, senang je nak berkomunikasi sebab gaya percakapan mereka seperti dah lama tinggal di sini. Ramah pun ramah tau...


Ada banyak jenis sushi antaranya, sushi jagung, sushi ketam, sushi sotong, EH.. macam-macam lah! Kalau tekak melayu, bolehla try sushi otak-otak.. Ngeh-ngehhh-ngehh...Nak makan dengan kuahnya, or mayonis? Pilih je...... Dah, tengok apa pilihan aku sebagai percubaan..

Untuk aku yang suka seafood, Sushi Obor-obor tuh kena dengan tekak aku. 
Memula seram jugak, mana tahu kalau pelik sangat rasa! Kan. Tapi sebab namanya cuba rasa. Haruslah aku mencubanya! 

Ngap! Ngap! Ok, sedap.. Yang obor-obor tu rasa macam sotong sikit. Aku suka.. cuma yang jagung tu, aku bagi adik aku, sebab dah kenyang..nanti lain hari boleh singgah beli cuba lain jenis pulak.

Sushi kat situ, ada yang 2 biji, RM 2, ada yang RM4 , 2 biji.
Harga berlainan ikut jenis. 

Puas hati dapat ngap! Lama tak makan sushi!

Buat masa ni, dorang dibuka setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

AND

Bagi yang nak ushar time bila mereka tutup or bukak kedai, jadual mereka...or nak buat tempahan....

Segala info ada di FACEBOOK:


Email :
 kouno.sushihouse@gmail.com

Handphone No :
016 792 8672





14 ulasan:

  1. wahh original Japanese tu! jarang nak jumpa...untung ko non! nak pergi la beli kalo ke pasir gudang next time

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.....
      ajom lahh singgah nantii.hehe

      Padam
  2. sedapnya.. kalau dekat, memang tiap2 mggu terjah.. peminat sushi. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, woww..minat sushi eh...untung kalau dekat nih.hehehe

      Padam
  3. Macam tau2 je dah lama tau tak makan sushi. Mengundang betol laa haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa..apa lagi..singgahhh lerrr! P cari sushi cepat!

      Padam
  4. Balasan
    1. Ya, ada yang kena tekak, memang sedappppp aje tau!

      Padam
  5. menarik ini..

    kalau dikomersialkan lebih jauh..boleh jadi kaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tuh! SSetujuuu, setujuu! KAYA JADIKNYA NI..KENA LEBIH SIKIT MARKETING..HEHE

      Padam
  6. Nona, kata nak belanja Sis...hahahaha

    BalasPadam
  7. Terliur. Tapi kenapa jauh sangat 😅

    BalasPadam
  8. If you're trying to lose fat then you absolutely have to try this totally brand new custom keto diet.

    To create this service, licensed nutritionists, fitness couches, and top chefs joined together to produce keto meal plans that are powerful, decent, economically-efficient, and satisfying.

    Since their launch in January 2019, 100's of clients have already completely transformed their body and health with the benefits a smart keto diet can give.

    Speaking of benefits; in this link, you'll discover eight scientifically-certified ones given by the keto diet.

    BalasPadam

Thanks For Coming !
Please Left a Comment and Support.
Be careful and Pray the Best.