REVIEW MOVIE TALBIS IBLIS || Setelah sebulan movie ni berada kat pawagam, baru sempat tengok sejurus selepas habis event 'Happy Birthday Fanpekka' haritu. Alang-alang dah duduk dalam Aeon Jusco Tebrau, singgahlah tonton wayang terus.. Sorang sorang pun jadik. Seram jugak masa sampai dan duduk panggung yang kosong tu sebab takda orang langsung (Hari bekerja). Pulak tu tengok movie pasal cerita seram. Apalagi, laju aku keluar dari panggung, tunggu orang lain masuk dalam, baru aku masuk semula! HAHA.
Okay, berbalik pada movie Talbis Iblis, lakonan Nasha Aziz, Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan Amir Nafis sebagai watak utama. Secara jujurnya, tidaklah begitu menyeramkan atau terlaluu best cuma boleh nampak beberapa pengajaran dan dapat buat aku terkaku untuk beberapa scenes lah. Jap, sebelum tu, apa tu Talbis? Talbis dalam makna lain ialah tipu muslihat.
Di awal cerita, memang slow sikit tapi tetap ada elemen elemen mengejutkan dan of course buat aku tertanya-tanya. Kenapa si Hajar lakonan Azira Shafinaz ni tak nak baby tuh? Apa kaitan Mak Ju lakonan Nasha Aziz dengan Nasir lakonan Zul Arifin? Kenapa dan bagaimana itu ini, banyak jugaklah soalan misteri yang akhirnya terungkai tapi at the end..bebetul part last, tetaplah menggerunkan weh! Terfikir aku, sekiranya aku berada di tempatnya, apa aku akan buat??
Suasana memang suram, mendung, dan sepi la banyaknya dalam ni..Time terkejut terkejut punya part baru rancak sekejap. Kalau tak fokus dan tak minat, mau tertido menunggu setiap scene. Kahhh!
Part paling aku suka bila dada atau jantung si Arshad lakonan Amir Nafis dicucuh dengan puntung rokok yang sedang menyala setelah ditikam. Adoiihaiii! I terasa tau. Then time Hajar tidur. Memacam dimimpikannya..Fuhhh! Dan dalam movie ni, takda ustad ustad bagai tau. Nak tahu apa, gi tonton sendiri eh..HAHAHA.. Konon tak nak spoiler. Apa yang penting, pengajaran yang aku dapat ialah, jangan pernah cuba cuba untuk buat perjanjian dengan syaitan dan iblis walau[un dalam keadaan terdesak. Hm.. Namun begitu, yang telah tertulis tetaplah dah tertulis. Kita redha dan jalani kehidupan sebaiknya.
Watak Zul Ariffin pulak, tak terlalu banyak dialog. Rasa macam nak suruh dia cakap banyakk lagi! HAHA.. Yang lain, lakonan okay dan sesuai dengan perwatakan memasing..huhu..
2 Comments
Selamat menonton di pawagam sensorang
ReplyDeletehahaha..dah Selamat 😂
DeleteThanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!