Menu Berbuka Puasa Hari ke 9,10&11 Ramadan 2023

Menu Berbuka Puasa Hari ke 9,10&11 Ramadan 2023

Menu Berbuka Puasa Hari ke 9,10&11 Ramadan 2023 || Memula combine dua hari punya menu dalam satu entri. Harini kita gabung tiga hari punya cerita 😆 Janji update. Kan.. Haha..

Hari ke 9 Ramadan makan roti John, Nona Manis Dan sosej pulut. Kalau pergi mana mana Karnival, sosej pulut sentiasa menjadi my favourite ❤️ Teruja pulak nampak kat Bazar Stadium Pasir Gudang haritu. Roti John tu sedapnyaaa! Then satu kuih Nona Manis sebagai pemanis selepas buah Kurma..Hehe.. 

Ramadan

Lepas habis makan, mak bagitau ada bubur Lambuk waktu sahur punya tak habis 😂 Okay, ngap sikit..Kahh!

Hari ke-10 Ramadan, try dapatkan makanan free kat rumah Banglo area Bukit Dahlia.. Sis Lin bagitau info Dari Tik Tok, aku apa lagi, semangat lah nak try. Tambahan pulak tengah hujan lebat, so terfikir mesti tak ramai orang...Ehhh, dalah tafsiranku.. Tinggal sebekas je masa tanya tu.. Dapatlah Mihun goreng bersos Dan ada timun. Dalamnya tak lah banyak rencah pun... Sebab lapar, habis je dimakan ✅

Mihun

Beli kuih muih. Share ngan mak abah...Kuih keria tu lembut, sedapnya.. Pastu kuih Cara berlauk tu toppingnya pedas...Haha...Lagii aku suka!

Ok, hari ke sebelas Ramadan iaitu semalam, aku berbuka kat Persada Johor, nak try buffet Ramadan yang dianjurkan Restoran Zaituna. Sepanjang Ramadan ni dorang buat Buffet kat Persada Johor, bukan kat Restorannya.. So lebih luas Dan selesa lah nak makan berbuka situ 🤩 Ye awak, tekak nak makanan makanan Arab pulak oi~

Nasi Kabsa

Nasi Kabsa. Perh sedap, aku siap bawak balik! 😂 Daging tu lembut betul, kecur air liur aku bila menaip nih.. Ada lagi makanan lain, nanti aku cerita kat entri akan datang ye.. Berbuka puasa sekaligus celebrate birthday member. Ada benda lawak yang aku kena share sebagai kenangan kat sini..Hahahahaa 

Alhamdulillah kenyang dengan semuanya.. Cepat je masa berlalu ek..




Post a Comment

8 Comments

  1. Oo time ko mee hoon ekk.. masa ada kawan aku pergi, dapat nasi ayam.. rezeki ramadan kongsi bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Mihun..oo..sedap tu Nasi Ayam ❤️ Alhamdulillah..murah Rezeki yang memberi... Kan...

      Delete
  2. Semanis Cik Nona.
    Ada makanan percuma di Bukit Dahlia.
    Boleh tapau ya makanan buffet?

    ReplyDelete
  3. Macam2 variasi makanan berbuka puasa yg Nona post hehe. Suka tgk.

    ReplyDelete
  4. Antara Nona manis & Nona Sani siapa lebih manis...cia...cia...cia..
    Salam kenal & Salam ziarah dari PH ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee..Mestilah sayaaaa 🤭 Salam Kenal ye .Terima kasih sudi datang sini 😃👍

      Delete
  5. Sedap semuanya. Selamat berpuasa sis. ;)

    ReplyDelete
  6. Sedap..hee.. Alhamdulillah...

    Selamat berpuasa jugak ye .

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .