Jarang Tak Repeat Snek Berpantang Vegilicious dari Suraya Mothercare!

Jarang Tak Repeat Snek Berpantang Vegilicious dari Suraya Mothercare! || Hai semua! Moga baik baik je di musim perayaan dan hari hari seterusnya. Minum air masak kena banyak okayh! Harini nak share kisah haritu, Nona tersuka dengan hidangan raya masa singgah beraya ke rumah blogger sis Lin. Ya, seperti biasa, aku mesti nak try kuih raya yang dihidangkan sebab time raya je bebetul makan kuih raya, jarang makan time lain 😅 

Tetiba krup krap makan satu jenis kerepek ni.. Rangup, tak pernah lak jumpa kat rumah orang lain 😂 Ehhh, bila ditanya, snack perisa peria rupanya!!! Selalu orang dalam pantang kena telan menu menu bersama peria nih guys! Tapi kalini jumpa time hari Raya guys! Haha..  Ngap sekali, eh sedap pulak. Aku pun apa lagi, ngap lah berkali kali tapi tak sampai habislah keropok orang tu 😂 Hmm, tak puas makan orang lain punya. So dapatkan info dari sis and order... Fuh, laju je sampai rumah sebab tengok tempatnya pun dekat je (Malas ek nak pick up sendiri ~) 

Vegilicious

Tadaaaaa! Inilah sneknya! Puas hati bila dapat kat tangan dalam keadaan baik Snek Pantang Vegillicious nih. Ops, bukan setakat perisa Peria aku try tapi mix dengan yang lain sekali 😂 Teringin awaknya!

Tanya mak aku, dulu ada tak set camni, mak cakap dulu kalau nak makan makanan pantang gini, kena goreng sendiri ingredients, dan sayur sayurannya seperti petola, perisa atau bawang putih. Err.. segalanya sendiri buat lah.. Haaa, nampak tak sekarang ada improvement dah! Benda dah mudah, apa salahnya Cuba yang memudahkan 😬

Jom tengok lima jenis perisa apa yang ada dan dah selamat aku mencubanyaa meskipun aku bukan dalam tempoh berpantang 😂 Ni lepas raya kena order banyak sikit, nak diet gituh! Hahahaa~

Vegilicious

Hamek, terus makan dengan nasik! Menyelerakan tekakku! Makan snek bersama sama ikan masak singgang haritu.. Kemain Nona nak feel berpantang jugak 😆 Gaul semua terus mantap jadiknya!

Okay, Zoom In sikit:

1. Lobak Putih Goreng

Lobak Putih Goreng


2. Petola Goreng Rangup

Petola Goreng


3. Serunding Halia Ikan Bilis

Serunding Halia


4. Peria Goreng Rangup

Peria Goreng Rangup


5. Bawang Putih Rangup

Bawang Putih Rangup

Nyum! Tak henti henti nak makan Dan makan lagi! 😆 100% premium quality ingredients nya 💥

Wow, semua sedap dengan rasa sayur yang sebenar dari Cameron Highland (CH),  bukan setakat tepung je semata mata. Contohnya untuk perisa bawang putih rangup, memang kuat rasa Dan baunya. Ada yang rasa pedas light light jugak gitu.. Huhu~ Aku suka lobak Putih, bawang putih Dan peria ✅ 

Oh ya, kandungan bahan bahan kat dalamtu pun menyihatkan dan memang sesuai untuk orang berpantang. Bila namanya proses berpantang, haruslah makan makanan berkhasiat, tidak terlalu berminyak atau 'tajam'. Yess, snack ni boleh dibuat kudap kudap kat rumah time pantang atau saja saja nak kunyah kat rumah atau time berpicnic.. Mana mana pun boleh. Confirm memuaskan Dan Berbaloi harga ✅ 

Selera memang bermacam macam kan kalau dalam confinement day, tapi tak dibenarkan makan sesuka hati, so apa kata try jer Snek Vegillicious Dari Suraya Mothercare nih 🤩 Rangup pun rangup, cukup rasa Dan jimat masa! Tak perlu lah leceh leceh nak sediakan sayur, masak, goreng Dan simpan sesikit masuk telap. Kan!!! Boleh lebih fokus kat anak atau urusan lain. Hihi ~

Snek Berpantang

Bersih, Selamat Dan Menyihatkan ❤️

Suraya Mothercare

Aku suka sebab kat hujungnya pulak jenis berseal gitu. Lepas dah bukak makan, seal elok elok semula Dan nanti nak makan sekali lagi, lebih senang boleh tarik je zipper tu.. Hihi... Tak lemau pun bila nak makan di lain waktu ✅ 

Kenapa Nona PILIH Snek Vegilicious?

⏩ Trusted. Jualan melebihi 100 000 pcs di Shopee sahaja! 🤩
⏩ Snek pantang paling popular di Shopee
⏩ Mudah untuk ibu berpantang 
⏩ Ada 5 jenis pilihan sayur yang berkhasiat
⏩ Rasa yang sedap menyebabkan kunyahan tak berhenti 
⏩ Anak tak makan sayur jadi suka makan sayur
⏩ Dengan rasa sayur sebenar dari Cameron Highland bukan tepung semata mata
⏩ Jimat masa penyediaan menu sayur



Snek berpantang Vegilicious

Ngam tagline yang digunakan kat kotak tu: 'Jarang Tak Repeat' sebab memang terasa nak lagi dan lagi lepas dua tiga suap!  

Lebih menarik, kan.. Boleh beli ala carte atau beli set, nanti dapat kotak macam tu sekali 😬

Lagi satu, aku rasa lebih percaya dengan dorang bila tahu tentang ni: Pada tahun 2022, Suraya Mothercare Group Sdn Bhd telah menerima award dari Pa & Ma sebagai Jenama Pilihan Berpantang Mobile tahun 2022 💥 Amazing!


Info lanjut tentang Suraya Mothercare:

Mommies semua nak tahu tak Suraya mothercare bukan saja terkenal dengan Snek pantangnya tapi ada juga menyediakan perkhidmatan Confinement Lady (CL) yang bertauliah dan berpengalaman. Para CL akan datang terus ke rumah mommies mengikut pakej yang mommies book tau, mereka ada lebih 100 orang CL seluruh Malaysia, nyatakan lokasi sahaja.

Antara pakej mereka yang disediakan ialah

Pakej Day Care : 8.30 am - 4.30 pm
Pakej Halfday masak / tanpa masak
Pakej stay in Malaysia
Pakej stay in overseas
Pakej urutan prenatal
Pakej Penutup pantang
Pakej Keguguran

ATAU

Berpantang tetapi tiada yang masakkan? Pakej makanan pantang pun ada tau. Sedap-sedap belaka, boleh usha-usha dgn customer service mereka (COVER JOHOR BAHRU)

Ini no contact sekiranya mommies nak usha-usha dulu




Oh ya, kalau korang berminat untuk menjadi agent, boleh refer info di bawah:

PAKEJ AGENT jika Kamu Berminat Nak Jadi Part of The VEGI TEAM:

⏩ Snek sayur sedap modal RM 208 sahaja dapat 20 pieces.

⏩ Coaching, bahan marketing, reward and training disediakan untuk semua. 


Yang penting, seperti tagline dorang:

'BerpantangTenang'. Selamat berpantang dengan tenang bagi ibu ibu yang bakal melahirkan Dan kepada mereka yang berniat nak berdiet secara sihat 💥 

Okaylah bakal mommy or mommy out there, jangan lupa, dapatkan snek berpantang cenggini okkayh! Nikmati sepanjang tempoh berpantang...Ha gitew! 😊






Post a Comment

14 Comments

  1. hahaha terkejut kita , ingat nona yg bersalin tadi hehehe fuh kusss semangat :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa..Kussss semangat!! Jangan maciammm maciammm Kak Ret 😂

      Delete
  2. Sedapnya lobak putih dengan petola tu

    ReplyDelete
  3. Unik pula makanan begini dikomersilkan.

    ReplyDelete
  4. menarik
    satu kemudahan utk yg bersalin
    siap menu berpantang tak payah susah2 lg ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, menarik kan!! Hehe.. Senang gitu... Alhamdulillah dipermudahkan...

      Delete
  5. Sedap jugak dpt set begini buat kudapan sehat. Nak tnya, mangkuk dpt sekali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Dan sihat 😍 Yihhh, mangkuk mana dapat sekali 😂

      Delete
  6. Vegilicious dishes can be made with a wide range of ingredients, such as vegetables, fruits, legumes, nuts, seeds, and grains. Some popular examples of vegilicious dishes include roasted vegetables, vegetable stir-fry, lentil soup, quinoa salad, tofu scramble, and vegan burgers. If you want a dissertation proofreading cost UK.

    ReplyDelete
  7. sedap kan.. senangnya nak makan sayur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedappp! Ha ah, senanggg nak makan sayurrr ❤️❤️

      Delete
  8. sekarang ni senang kan, semua ada & ready made..siapkan duit je ..settled semua.

    ReplyDelete

Thanks For Coming!
Terima Kasih Kerana Singgah!