10 Jenis Maksiat Batin

10 Jenis Maksiat Batin

10 Jenis Maksiat Batin || Terbaca perkongsian di Facebook tentang maksiat Batin. Bila sebut batin, pastilah sesuatu tentang dari dalam diri sendiri yang tidak terlihat ramai. Hanya tuan empunya badan mengetahui. Disebabkan aku tersentap dengan pesanan tersebut, maka aku share sekali kat sini ye ✍️

Maksiat ni ada dua jenis. Maksiat zahir dan maksiat batin. Oh, Rupanya maksiat ni bukan makna bila kita buat dosa je. Tapi meninggalkan suruhan Allah pun adalah bentuk maksiat. 

Pokok

Gambar tiada kena Mengena. Saja tepek untuk ketenangan mata

Apa itu maksiat zahir?


Maksiat zahir ni perlakuan dosa yang dibuat secara zahir. Boleh dilihat dengan mata kasar. Contoh tak tutup aurat, tak solat, tak puasa, mendekati zina, mengumpat, mencuri dsb nya. 

Maksiat Batin ni pulak maksudnya maksiat hati. Iaitu segala dosa & kecelaan yang muncul disebabkan penyakit hati. Manusia mungkin tak nampak, tapi jelas dapat dilihat oleh Allah.

10 JENIS MAKSIAT BATIN


Disebutkan oleh Imam Ghazali dalam Kitab Arba’ Fi Ushuluddin 10 perkara: 

1. SYARAHUT THA’AM
Banyak makan. Keterlaluan 

2. Syahrul Kalam
Banyak bercakap perkara sia-sia

3. Gadhab
Kuat marah

4. Hasad
Dengki akan orang lain yang beroleh nikmat

5. Hubbul Jah
Cintakan pangkat kebesaran dan kedudukan 

6. Hubbun Dunya
Cinta akan dunia

7. Al bukhlu wa hubbul mall
Bakhil kedekut & cintakan harta

8. Takabbur 
Membesar diri

9. Ujub
Terpesona & merasa kagum akan diri sendiri

10. Riya’
Melakukan ibadat / sesuatu perkara bukan kerana Allah tetapi untuk menunjuk dan mendapat pujian manusia. 

Maksiat batin memberi kesan buruk pada akhlak. Hati yang penuh dengan sifat terkeji akan terzahir akhlak yang buruk. Yang akan merugikan dirinya di dunia dan akhirat. 

Nak menghakis sifat tercela ni perlu lalui proses pembersihan jiwa. Dan Allah menjanjikan kejayaan kepada mereka yang berusaha kearah itu.

“Demi jiwa manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya, Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya,” (al-Shams, 91: 7-10)

Bila kita tak usaha membersihkan hati, maka sangat mudahlah kita tergoda dengan bisikan syaitan dan iblis untuk berbuat mungkar. 

Moga kita sentiasa kuat muhasabah dan kuat mujahadah membersihkan hati dari 10 perkara mazmunah ini. 

*
*

Kuliah Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh - Masjid Negeri Perak, 14/11/24

Jazakallah Khair ustaz yang menyampaikan ilmu ini.

 

Post a Comment

4 Comments

  1. Thank you utk sharing kak. Reminder kan buat kita semua utk fokus juga menghilangkan maksiat hati. Banyak memang.. terkadang manusia sering sekali iri dengki, tp di depan orang lain menunjukkan rasa senang melihat temannya berhasil, tapi di dalam hati jealous.

    Semogalah kita bisa menjadi orang yg benar2 pure ikut bahagia melihat keberhasilan orang lain.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas sharing nya Mbak.
    Sekadar mengingatkan kembali akan hal-hal yang tampak kecil, tapi ternyata itu adalah maksiat bathin.

    Salam,

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .