Bufet Sentuhan Ramadan, Tanjong Puteri Golf Resort pada Hari Ke-10 Puasa

Bufet Sentuhan Ramadan, Tanjong Puteri Golf Resort pada Hari Ke-10 Puasa

Bufet Sentuhan Ramadan, Tanjong Puteri Golf Resort pada Hari Ke-10 Puasa || Haritu Makan Berbuka Puasa berhampiran tempat kerjaku iaitu Tanjong Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, Johor Bahru. Dapatlah cuci mata tengok orang main golf petang petang tu. Hehe.. Tempat berbuka memang open, tidak beraircond tapi angin sepoi sepoi petang tu buat rasa tenang Dan damai je.. Budak budak diberi mercun pop pop time datang tu so bolehlah dorang bermain kat Kawasan sekitar sebelum tiba waktu berbuka puasa. Nice kan..

Banyaknya menu kat sini ui! Tak sangka harga camtu, dapat menu yang banyak Dan sedap! Tidak mengecewakan saya nampaknya ek... Ni kalau nak repeat pun rasa berbaloi. Huhu..

Ramadan

Cantik view di kala senja.. Love betul!

Kambing Golek
Kambing Golek!

Nasi Arab
Menyelerakan! Time balik tu tengok nasi habis licin! Hehe..

Lauk Pauk
My favourite on that day! Lauk pauk ada beberapa Jenis kat sini. Sila makan semua! Haha..
Selain Itu, menu pembangkit selera seperti murtabak, roti canai Dan satay pun turut tersedia. Bubur lambuk kat sini sedap! Member siap tambah Dua kali! Ehhh..sup keting pun ada!  Aku suka candawan enoki Goreng kat sini! Nyummm! 

Ulam ulaman
Aneka ulam ulaman, rojak Dan kerabu.

Kek Lapis

Aneka Dessert, kuih muih Dan buah buahan tidak dilupakan..

Coklat

Minuman

Of course lah minuman yang bermacam macam! Minuman ada, minuman Sejuk pun ada. ABC atau Cendol? Pun ada Tau!!!! Tak sesiap datang sebab banyak betul pilihan makanan Dan minuman kat sini ye .. 

Buka puasa

What I'm eat...For berbuka puasa..Hehe... Gambar lain kat Facebook Nona okay..

Sis Lin

With sis Lin yo ✌️ Thank youuuuuu!!!!!

Info Lanjut Pasal Bufet Sentuhan Ramadan: 

Golfer’s Cafe, Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang, Johor
📅 Tarikh: 20 Februari – 18 Mac 2026
⏰ Masa: 6.30 petang – 9.30 malam

📞 Untuk tempahan dan pertanyaan:
Khadijah: 017-753 2711
Hazirah: 018-366 2811
Farhan: 012-784 2711
F&B: 018-239 3511
Tel: 07-271 1888

Info Tambahan: Setiap hari jam 8pm akan ada pertunjukkan bunga api, aiskrim dan bunga api POP-POP percuma untuk kanak²  yer!!!!
👍Parking free
👍Surau ada disediakan









Post a Comment

0 Comments