Makan Ambuyat Malamni

Makan Ambuyat Malamni

Makan Ambuyat Malamni || Hai! Quick Update! Harini Makan malam dengan Menu Ambuyat. Lama tak Makan Ambuyat. Rindu! Nampak ada orang jual kat Facebook baru baru ni...Laju daku PM seller! Hahaa.... Nak buat memang tak reti ah ..

Siapa tahu apa itu Ambuyat? Ambuyat ialah Salah satu makanan tradisional istimewa kat Sabah. Ya, first time aku try masa food review...Sedap jugak ek?! Sejak tu, kadang kadang kalau terjumpa kat memana carnival, aku try beli. Harga agak pricey tapi sesekali bolehlah layan~ Hehe..

Ambuyat diperbuat daripada isi dalam batang pokok sagu atau nama lainnya rumbia. Warnanya putih Dan teksturnya likat seperti gam. (Berkanji). Ya, rasanya memang kosong je. Tawar sebab akan dimakan dengan kuah pelbagai rasa. Tapi ada jugak  dimakan bersama hidangan sampingan seperti ikan singgang, sayur goreng, limau kasturi Dan lain lain. To me, it's one of rare thing tapi sedap! I loveee it!

Ambuyat

Kejadian sebelum dituang kuahnya. Sayur, jagung, kacang, limau purut Dan Ambuyat itself! BERGABUNG!

Ambuyat

ZOOM In lagi lah!

Kuah Sayur

Letak kuah dalam mangkuk! Panaskan before eat sebab Ambuyat ni deliverynya siang...tapi malam baru kumakan.. Haha....

Ambuyat

Mix semuanya. Pergh.... Mantabbbb lahhh! Ada Pedas sikit tapi Pedas manja je.. So far aku Makan licin lah ye..Maksudnya, sedap pada tekak saya la.... Hihi...Boleh repeat Nanti!! Orang Pasir Gudang, kalau nak beli.. Atau Teringin Makan Ambuyat ni, bolehlah contact seller ni... Lonnie, +60 14-315 6076.

Sekian cerita Makan Ambuyat Malamni. Alhamdulillah! Syukur!




Post a Comment

0 Comments