Salam Aidiladha 2026/1447H

Salam Aidiladha 2026/1447H

Salam Aidiladha 2026/1447H ||  Syukur. Bertemu lagi dengan Raya Qurban Tahun 2026 ni. Semoga amal ibadah kita diterima Allah. Semoga doa kita pada hari Arafah dimakbulkan. Amin. Semoga mereka yang menunaikan haji dirahmati Allah dan yang membuat Qurban tahun ni diberkatiNya jua. Aamin!

Al Fatihah buat yang telah meninggal Dunia. Raya Aidiladha kalini, kami tak balik kampung nenek sebab sehari aja cuti. Beraya ler kami kat JB ni. Semangat aku nak tengok lembu kena Korban sebab kalau balik kampung, just duduk rumah, tidaklah ke tempat sembelihan. Seronok tengok ramai orang bersama sama sembelih lembu sambil takbir. Alhamdulillah. So, menu apa sempena raya Haji ni??

Raya Aidiladha

Menu kami harini ialah nasi impit, ayam sambal, kuah lodeh, kuah kacang, kuih bakar, Lemang Periuk Kera dan kek Coklat Melting dan Popia Carbonara. Dah lama teringin Lemang Periuk Kera. Dapat jugak akhirnya. Hehe.. Alhamdulillah ya Allah. 

Raya Qurban

Simpan Kenangan 2026.

Semoga panjang usia berjumpa lagi raya Qurban 2027 pulak. Aamin ya Rabb! 




Post a Comment

0 Comments