Naik Feri MDM Expres 03 ke Batam

Naik Feri MDM Expres 03 ke Batam

Naik Feri MDM Expres 03 ke Batam || Hi, kalini Nona nak cerita pasal Percutian Nona dengan member ke Batam baru baru ni. So ini kira Kali Kedua Nona ke Batam cuma kalini siap tidur kat sana. Tak Balik hari macam sebelumni. Huhu.. Kami pergi secara DIY Selama tiga hari Dua malam 😄 

Alhamdulillah. Seawal 7 pagi dah menapak ke Terminal Feri Pasir Gudang. Jadual Naik Feri MDM Expres 03 pada jam 8 pagi. Feri dalam keadaan baik. Tiada kes kerosakan atau delay Macam Kali pertama Nona ke Batam haritu.. Lega rasa. Tiket pergi ke Batam kami buat tempahan dengan agen iaitu PTT Tour (One of kenalan Member tempat kerjaku). Tidak secara walk in ye, risau tiket habis cepat. Al maklumlah..cuti sambung dengan cuti Maulidurrasul..

Feri MDM Expres 03

Feri yang kami naiki. MDM Expres 03.

Boarding Pass

Ambil gambar untuk dihantar ke Pak Supir (Driver) kat Batam.

Aku suka feri ni sebab di bahagian atas tu agak luas, Dan kita boleh bergambar beramai ramai. Heehe. Ada sesetengah feri, ruang atas tu agak terhad atau kecil jadi tak boleh nak duduk atau lepak kat bahagian atas luar feri tu secara beramai ramai. Kalau kat bahagian dalam Feri, keadaannya agak sesak serta penuh. Ngam ngam ye saiz tempat duduk tu untuk aku.. Ini rasanya sama je macam Feri lain haritu yang aku Naik. Keadaan kat dalam Memang camni rasanya. Kerusi pun rapat rapat. Ada sikit ruang tuk berjalan Dan simpan luggage. Lepastu nanti ada orang jual makanan macam jajan atau Pop Mee dalam Feri. Hehe..

Selfie

Selfie atas Feri is a must ✨ Aku duduk je bahagian tepi Feri ni sambil menikmati view Dan angin laut yang indah. Subhanallah! Lepas dah siap bergambar bagai dengan kawan kawan, aku mintak nak stay atas tu sebab nak duduk hadap laut. Panas tu Memang ler tapi aku membelakangi cahaya matahari.. So tak terasa sangat. Muka ditiup angin sepoi sepoi time tu. Syok la.. Rasa nak terlelap pun ada.. Eheee.. Seram time Feri kuat memukul ombak tu. Risau ek melayang Feri. Haha..

Holiday

Kami, Team wanita. 

Cuma mak Member je takda dalam gambar ni. Simpan as kenangan Ogos 2026 ✨Semoga semua dalam gambar di atas dipanjangkan usia ke tahun 2027 Dan kuat semangat selalu menempuhi Kehidupan. Aamin! 

Laut

View laut yang mendamaikan jiwa. Puas haritu nengok ni Selama beberapa jam atas feri. Love it. Subhanallah. Alhamdulillah.. Syukurlah saya tak mabuk laut sangat haritu. Kiranya saya tenang di laut ek 😄


Nota: Nona Cuba untuk settlekan cerita pasal Trip ke Batam ni cepat cepat yer sebab nak transfer gambar Dan video ke lain lokasi. Hihi..




Post a Comment

0 Comments