Istimewa Nasi 7 Benua dalam 'Warna Warni Ramadan Buffet Dinner' di Grand Paragon Hotel, JB!

Istimewa Nasi 7 Benua dalam 'Warna Warni Ramadan Buffet Dinner' di Grand Paragon Hotel, JB!

Istimewa Nasi 7 Benua dalam 'Warna Warni Ramadan Buffet Dinner' di Grand Paragon Hotel, JB! ||  Hi, harini aku nak share pasal kesedapan menu kat Grand Paragon Hotel, JB untuk Ramadan Buffet Dinner yang bakal berlangsung tak lama lagi terutamanya menu istimewa kalini iaitu Nasi 7 Benua bersama sama Kambing Masak Merah, Grilled Lamb Kuzi with Pita Bread and mixed salad. 

Jap, Nasi 7 Benua camana? 7 flavour ke apa? Haa, rasanya kalau korang tengok warna warni nasi tu, korang boleh kenalpasti nasi jenis apa yang ada dalamtu.. Kesemua nasi mengikut Citarasa rakyat Malaysia di seluruh negeri tau ! Aku suka tengok warna warni Aidilfitri yang ada pada nasi 7 Benua tu 😍

Kambing

Nasi 7 Benua

Nasi Kerabu

Kambing Masak Merah

Kambing Masak Merah

Nasi 7 Benua terdiri daripada nasi Minyak,  Nasi Dagang,  Nasi Hujan Panas, Nasi Tomato, Nasi Beringin, Nasi Kerabu, Dan Nasi Minyak 😍 Hampir kesemuanya adalah nasi kegemaran Dan pilihan Nona time berbuka puasa pada bulan Ramadan πŸ˜ƒ Ops, bukan makn dengan Kambing Masak Merah je. Turut tersedia ialah Acar Rampai, Acar buah Dan Jelantah Timun.

Selain daripada tu, terdapat lauk pauk lain yang disediakan khusus buat semua yang hadir. Antaranya boleh scroll sampai bawah, manakala gambar selebihnya Nona letak kat Facebook ye.

Siput sedut

Siput Sedut Rebung Masak Lemak.
Sedap betul! Kuahnya tu secukup rasa, ada pedas pedas masin sikit πŸ‘ Lepas Maghrib, aku sambung menyedut lagi, nyot! Nyot!!!  

Fried chicken with lemon

 Fried Chicken with Lemon Sauce Chinese Style. 

Bubur lambuk

Bubur Lambuk Udang yang sedap! Pekat Dan padu rasanya 🀩 Bulan puasa sudah tentu bubur lambuk kucari πŸ‘

Sup utara

Sup Utara Berempah.
Dalam sup ni terdapat campuran daging, paru, gearbox kambing, babat Dan rusuk lembu 🀩 Sekiranya nak makan dengan Mee, pun ada tau!

Lagi apa yang ada? Ehhh, banyak lagi, berbaloi dengan harga. Lagi best kalau korang grab harga early Bird! 

Korang kena try Rojak Sotong XL with Kangkung, Fried Seabass dengan Mango sauce, Pucuk Ubi masak Lemak, Aneka Kerabu Dan salad, Daging Bakar berserta Chimmichuri Sauce, Chilli Crab with Mantou Dan lain lain πŸ˜ƒ Serious, banyak menunya cuma nanti beberapa menunya bergilir gilir dikeluarkan. Maybe harini ada, esoknya tu takda yang tu.. Tapi yang penting, menunya sedap sedap belaka pada tekak seorang Nona 🀩 

Kuih Koci

Kuih Koci.

Kuih dan desserts kat sini banyak jugak kuantitinya termasuklah kuih raya! Mood raya betul tengok Sarang semut kat sana 😁 Next, bermacam macam bubur disediakan untuk berbuka puasa nanti. Contohnya bubur pulut hitam, bubur durian kacang hijau, pengat nangka dan macam macam lagi. Air minuman pun pelbagai jenis so seronok lah nak memilih sebab banyak pilihan air. Hehee.. Haritu aku minum jugak air manis, sebab dah lama tak minum air tebu. Teringin betul!! 

Rambutan

Buah buahan kat sini pun boleh tahan meriah, terpegun tengok Rambutan dihidangkan sekali ek! Walaupun dah kekenyangan, aku sambung lagi makan buah buahan usai solat Maghrib sambil santai santai update apa yang perlu. Hihi.. 

Grand Paragon Hotel

Ruangan yang luas untuk semua orang makan sambil menikmati kemerduan bunyik angklung yang dimainkan kat sana. Salah satu sebab aku suka berbuka kat sini ialah kerana tempatnya tu besar, bumbung pun tinggi Dan pencahayaannya tu pun nice. Taklah berlampu suram or romantika tuhh. Surau ada kat level 3. Sila bawak telekung Dan sejadah sendiri sebab sini memang tak disediakan ye..  

Okaylah, secara overall, aku memang suggest tempat ni untuk kalian datang berbuka puasa soon! Ikhlas Dari hati, confirm tak sesia datang bersama family ke sini.

Sekian entri sampai sini Saja. Ajom try sendiri juadah Bufet Ramadan kat sini pulakπŸ˜ƒ Saya ulang ye, memang betul betul Istimewa Nasi 7 Benua dalam 'Warna Warni Ramadan Buffet Dinner' di Grand Paragon Hotel, JB! 

"Warna-Warni Ramadan Buffet" at Cafe Para Para, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Tarikh: 24 March 2023 - 21 April 2023
Masa : 7PM to 10PM

😍 Early Bird Promotion
✅ RM118.00 nett
✅ Purchase on or before 19 March 2023

Normal Price:

RM148.00 nett ( Adult )
RM74.00 nett ( Kid )( 6-12 yrs old)
RM98.00 nett ( Senior Citizens )


⏩ Untuk tempahan :+6016-733 7363 / +607-2685222 / +607-2685255 ⏩ Ruang solat disediakan (LEVEL 3, Sila bawak telekung Dan sejadah sendiri)
⏩ Email: info@grandparagonhotel.com.my




Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .