Lirik Lagu Haruman Terindah Nyanyian PU Lokman Naufal

Lirik Lagu Haruman Terindah Nyanyian PU Lokman Naufal

Lirik Lagu Haruman Terindah Nyanyian PU Lokman Naufal  || Lagu yang sedang naik kembali walaupun dah 6 tahun berlalu. Rupa rupanya lagu ni dibuat Dan dicipta liriknya dari Encik Mimpi. Sedap alunan muziknya. Aku suka dengar bila berkumandang kat Tik Tok mahupun radio. Dan selalu orang ambil sedikit bait liriknya untuk buat content tentang kesusahan.. Tapi kalau nak tahu, maksud sebenar lagu ni tentang Rasulullah. Lirik Lagu Haruman Terindah Nyanyian PU Lokman Naufal telah ditukar beberapa ayat untuk menceritakan tentang pengorbanan Rasulullah S.A.W ❤️ Baru tahu pasal ni bila dengar sesi interview antara Radio Zayan dengan penyanyi lagu Haruman Terindah, PU Lokman Naufal harini.  

Di mana Encik Mimpi? Beliau dah tak nak berkecimpung lagi dalam industri hiburan. So inilah antara lagu yang dicipta oleh Encik Mimpi di penghujung kariernya sebagai anak seni. Kini beliau sedang giat dalam urusan perniagaannya. Wow...Baru tahu perkembangan terkini Encik Mimpi. Okaylah, Jom hayati lirik Dan alunan Muzik lagu Haruman Terindah ni. 

Tajuk Lagu: Haruman Terindah

Pencipta Lagu: Encik Mimpi

Penyanyi: PU Lokman Naufal

Terlena sudah ketika dibuai cinta

Hilang tenggelam dimamah waktu yang mencengkam

Kasihku padamu takkan sedikit pun terpadam

Dilimpahi hujan dilanda mentari aku tetap ada.. 


Redupnya jiwa memandang warkah mu oh cinta

Terasa bagai ku mampu hidup selamanya

Rinduku padamu akan ku sirami benihnya

Agar tetap tumbuh membunga mewangi

Haruman terindah..


Chorus: Walau mungkin ditimpa tengkujuh cuba merosakkan tanahnya

Walau kemarau menimpa cuba mengeringkan daunnya

Namun percayalah kasih yang selain Tuhan

Tak ada yang mampu merampasnya ho


Walau mungkin di suatu hari kan mulai merubah warnanya..

Cinta yang terus setia kan mencari cara mendebunga

Hingga ke akhirnya waktu kau genggam tangan ku

Menuju kita ke syurga..


Walau mungkin ditimpa tengkujuh cuba merosakkan tanahnya..

Walau kemarau menimpa cuba mengeringkan daunnya

Namun percayalah kasih yang selain Tuhan

Tak ada yang mampu merampasnya


Walau mungkin di suatu hari kan mulai berubah warnanya..

Cinta yang terus setia kan mencari cara mendebunga

Hingga ke akhirnya waktu kau genggam tangan ku

Menuju kita ke syurga..


Haruman Terindah

YouTube Lagu Haruman Terindah



Post a Comment

4 Comments

  1. mama tak dengar lagi lagu baru ni

    ReplyDelete
  2. sedap pulak dengar lagu ini..layan di jiwa tatkala di waktu petang begini

    ReplyDelete
  3. Located in Ajman, GMU is a well-known medical schools in dubai with a diverse student population. It offers a range of programs in medicine, dentistry, pharmacy, and other health sciences, contributing significantly to healthcare education in the region.

    ReplyDelete
  4. "After using cer 100 for six months, I can vouch for its protective qualities. Even my hairstylist noticed the improvement in my hair’s condition

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .