Throwback Kisah Picnic di Pantai Batu Layar, Johor

Throwback Kisah Picnic di Pantai Batu Layar, Johor

Throwback Kisah Picnic di Pantai Batu Layar, Johor || Pantai Batu Layar merupakan salah satu Pantai yang berada di Kota Tinggi, Johor. Pantai ini sering dikunjungi ramai untuk healing Dan sebagainya. Kami memilih Pantai private, di mana kami kena membayar sebanyak RM5 (per entry). Seawal pagi kitaorang gerak, aku ngan Marlissa join bukak pintu gate sebab jadi orang pertama sampai 😂 Jom, harini nak throwback kisah picnic di Pantai Batu Layar, Johor last month.

Kawasan Pantai kat sini agak bersih, viewnya pun cantik, pasir pantai tak terlalu kasar, sedap dipijak. Syok kalau angin sepoi sepoi tiup muka. Boleh tertidur! Berhampiran sini ada toilet tapi kena melintas jalan sebab toilet kat area luar. Ada bayaran masuk yer. Don't worry, tak jauh pun toilet dengan Pantai ni.  

Pantai Batu Layar

I love this picture! Sangat! 

Potluck

Baru sikit, belum tengok kat tikar lagi. Best betul tengok berbagai bagai hidangan yang dibawa. Well, off course aku suka nak try semua!

Potluck, bakar bakar Dan menggrill haritu.. Semua orang take part Dan bekerjasama. Ada yang bawak barang barangan Barbeque serta lain lain makanan Dan minuman. Memang meriah sungguh dengan makanan! Yang masaknya lain, yang order luar pun lain. Lepastu, siap ada menu breakfast Dan lunch! Wow! Tapi mengikut pengalaman aku, kalau picnic dengan mak mak, lagi lagi ada anak ramai..Memang auto meriah!!! Sampaikan ada yang bawak tong air basuh tangan! Hehe.. Nice!

Nona bawak apa? Kalini aku bawak kek batik buatan sendiri (Nak jugak mention 😂) , buah jambu Batu berserta Asam, kek Choc moist (beli kat Dessert Queen) Dan kek Pandan (Beli kat Kipmart). Tapi aku lagi teruja tengok akak akak bawak kuih muih Dan lauk pauk! Gigih ye Masak pepagi.. Nanti aku jadi mak mak, macamtuhlah harapnya 😁

Kambing Perap

Kambing! Lepastu Tabur cheese, makan lah kambing cheese di tepi Pantai! Ewah kau! Healing!

Selain daripada potluck, Membakar Dan menggrill kambing, Ayam, sosej, pepes Ayam, Dan otak Otak, kitaorang bakar jugak Marshamallow. Makanan budak budak muda zaman sekarang tapi aku yang dah tak berapa muda ni pun suka! Cuma Manis ler! Kalau sesekali takpa try... Gituh!

Marshamallow

Bukti hadir pada 23hb ✅

Seronok anak anak dapat bermandi Manda Dan main pasir kat Pantai Batu Layar nih. Aku tak berendam sebab kan busy nak makan Dan shoot video untuk content hari Merdeka 😂 

Fasiliti di Pantai Batu Layar (Private)

  • Toilet 
  • Tempat Barbeque
  • Tembok untuk Duduk atau Letak Barang
Picnic

Simpan sini sebagai kenangan.

Ini kisah pada 23hb Ogos, cuti public. Sebelum ke sini, aku berpicnic ke area Punggai terlebih dahulu dengan orang lain. Itu aku cerita nanti ye. Kiranya, dalam bulan 8, Dua kali aku pergi area Desaru.. Kemain! Dua kali jugak buat video menaiki jambatan Desaru berlatar belakangkan lagu lagu syahdu Dan sendu 😂 

Tak lama kemudian, ternampak berita pasal kematian beberapa orang pelajar kat highway Desaru.. Tibber seram.... Macam fobia nak 'potong memotong' kereta dah bila dengar berita tuh.. Mana taknya, situ cuma ada satu lorong pergi Dan balik..Itu pasal time nak memotong memang kena extra berhati hati.. Apa pun, yang terjadi tetap terjadi. Al Fatihah buat semua mangsa...

Settle berpicnic, kami mencari buah-buahan segar pulak. Alang alang dah sampai, Dan tempat yang ingin dituju ni sama hala perjalanan pulang, Maka kita terjah ke GBBS (Gerai Buah-Buahan Segar), Desaru. 

Gerai Buah Buahan Segar

Gerai Buah Buahan Segar (GBBS)

Pelbagai jenis buah buahan segar yang ada kat sini. Buah Oren, rambutan, naga, tembikai, roselle, limau Bali, Dan banyak lagi lah! Geram nengok! Pencinta buah mesti suka gila datang sini! Aku beli buah potong, Dan beberapa jenis lain sebab ada offer time tu. Share dengan Marlissa. Aku suka jambu air berwarna hijau tu!

Tak banyak pulak gambar yang aku ambil kat sini. Lebih kepada video je. Mungkin dalam mood malas Dan mengantuk time nih. Hahaa.. Dah kenyang makan tepi laut dengan angin Sepoi sepoi kan..

LONGAN BRAZIL

Gambar Dari Facebook GBBS
Besar betul longan, longan Brazil pun ada.

Bukan buah buahan je yang dijual, ada juga barangan seperti jajan Dan keropok kat sini. Bolehlah beli sebelum meneruskan perjalanan pulang. 

Jus Avocado

Kasik segar mata! jus Avocado Coklat! Ish, sedapnya! Boleh beli lain kali! 

Kalau nak ke GBBS, boleh type Waze Desaru Fruit Farm ye. Tak rugi singgah, bawak duit lebih je! Haha.. Alhamdulillah, selesai throwback Kisah Picnic di Pantai Batu Layar, Johor haritu.. 

 

Notakaki: Next, nak ke Pantai luar Negeri pulak lah 😄















Post a Comment

14 Comments

  1. Ini betul² meriah ni... paling best semua take part kan, lagi seronok rasanya.

    ReplyDelete
  2. Piknik dekat pantai itu memang best 👍👍👍❤️. Rasanya appetite pun naik walo mungkin makanan yg dibawa sederhana. Tapi view, angin sepoi dan lainnya bisa bikin rasa makanan 10x lebih enak ya kak 😄

    Teringin sangat piknik seperti ini juga. Dah lama saya tak piknik di pantai pula. Dulu sering zaman kanak2.. mama yg selakh masak semua masakan.

    Manteeep kuliner yang dibawa, bakar daging pula tuh 👍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa, bakar daging pun sedap! Ha ah, best kan..picnic kat Pantai 😍 Angin sepoi sepoi lagi Syok 👍

      Delete
  3. Pantai batu layar ni kalau time ombak kuat takut nak mandi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, saya takut jugak..tuh yang lebih buat aktiviti makan je..

      Delete
  4. Ramai juga sertai. Hehe betul banyak makanan. Kenyang betul. Balik mesti seksa memandu sebab mengantuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai...Meriah... Alhamdulillah..Lebih boleh bungkus bawak balik..Gituhh 😄

      Delete
  5. Dah lama tak pegi batu layar. Padahal satu daerah je hehehe

    ReplyDelete
  6. seronoknya piknik.anak anak kecil syok main pasir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Seronok!! Tuhlah..anak anak yang sukaa sangat 👏

      Delete
  7. byk org lemas kat pantai area desaru, pasir layar smpi tg balau tuuh., huhu

    meriahnyer bbq kat pantai., ;p

    ReplyDelete
  8. seronoknya bila dh ramai2 macam ni. baru tau ada Pantai Batu Layar kat Kota Tinggi. mama jarang ke sana

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .