Doa Selepas Wuduk (Dalam Teks Arab Dan Rumi)

Doa Selepas Wuduk (Dalam Teks Arab Dan Rumi)

Doa Selepas Wuduk (Dalam Teks Arab Dan Rumi) || Mengambil wuduk adalah salah satu daripada syarat Sah solat. Jika tiada wuduk, Maka tidak sahlah solat yang didirikan sama ada solat Wajib mahupun solat Sunat. Terdapat syarat Sah berwuduk yang perlu diketahui Dan doa yang dikhususkan selepas mengambil wudhuk. Harini Nona nak share Dan mengajak korang aca doa selepas wuduk (Dalam Teks Arab Dan Rumi) ni nanti setiap kali selesai mengambil Wuduk. 

Bagaimanapun, tidak diwajibkan untuk membaca Doa Selepas Wuduk, cuma terdapat kebaikan jika membacanya. Ya, jika kita berdoa bererti memohon sesuatu kebaikan dariNya yang Maha Esa ✅

Mengambil Wuduk

Gambar Dari Kashoorga

Syarat Sah Berwuduk

  • Islam.
  • Mumayyiz / tamyiz iaitu dapat membezakan yang mana baik dan buruk (Telah berusia antara tujuh hingga sembilan tahun).
  • Tidak berhadas besar seperti haid, nifas, dan junub.
  • Berwuduk dengan air yang suci dan menyucikan.
  • Tiada penghalang air sampai ke kulit, rambut dan kuku seperti cat, lilin, pewarna kukuh, eyeshadow, pemerah pipi, getah, tatu, gincu bibir, dan sebagainya.
  • Mengetahui mana yang wajib dan mana satu yang sunnah.

Doa Selepas Wuduk Dalam Teks Arab


Doa Selepas Wuduk

Doa Selepas Wuduk Dalam Rumi


“Asy hadu an laa Ilaha illallahu. Wahdahu laa syarikalah. Wa asy hadu anna Muhammadan ‘abduhu warasuluh. Allahummaj ‘alni minat tauwabin, waj ’alni minal mutatahhirin. Waj ‘alni min ‘ibadikas solihin.”


Maksud Terjemahan Doa Selepas Wuduk


Terjemahan Doa Selepas Wuduk

Kelebihan Membaca Doa Selepas Wuduk


Diriwayatkan daripada 'Uqbah bin Amir RA, daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda,

"Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa,

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

Maksud: Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad ialah hamba Allah SWT dan utusanNya) kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu." - HR Muslim (234) -

Sumber: Website mywilayah.com

Doa Selepas Wuduk

Sebagai peringatan sebab selalu terlupa. Bolehlah try tampal doa selepas Wuduk depan toilet kat rumah macamni. Automatik bila nampak akan terus terbaca depan tu... Selalu jugak jumpa doa selepas Wuduk dilekatkan kat dinding luar toilet sekolah ataupun surau. Good inisiatif! Kan ❤️

Kesimpulan

Amalan membaca Doa Selepas Wuduk boleh dijadikan rutin harian setiap kali selesai mengambil Wuduk bagi mengumpul pahala untuk diri sendiri. Sampaikan Dan berkongsilah info berguna serta bermanfaat ini buat semua rakan taulan Dan sanak saudara 

Post a Comment

4 Comments

  1. tqqq Nona peringatan
    sedikit tambahan setiap kali wudud setiap anggota badan kita niatkan utk kebaikkan
    contoh bila kaki niat moga Allah mudahkan utk titian sirat nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whoa.. Baik..Terima kasih peringatannya. Nantii Nona tambah dalam entri di atas .

      Delete
  2. Biasanya saya hanya ucap pelan"atau dalam hati saja

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .