Lirik Lagu Nur Nilam Sari Nyanyian Awie WINGS

Lirik Lagu Nur Nilam Sari Nyanyian Awie WINGS

Lirik Lagu Nur Nilam Sari Nyanyian Awie WINGS|| Baru baru ni selalu terdengar kawan kat tempat sekerjaku menyebut 'Pinjam Seratus Nur Nilam Sari....'. Kadang kadang dia saja mintak aku: 'Pinjam Seratus'. Ah sudah, kenapa pulak ni?? Rupa rupanya tengah trend kat Tik Tok lirik lagu Nur Nilam Sari versi perubahan ayat 'Pinjam Sinarmu Nur Nilam Sari' kepada 'Pinjam Seratus' Nur Nilam Sari. Err... Lagu ni dah lama dulu dah tapi bila viral, barulah ramai ambil tahu kisah sebenar di sebalik lirik Lagu Nur Nilam Sari Nyanyian Awie WINGS ni.

Tahu tak? Lagu Nur Nilam Sari ini adalah berkisarkan tentang seseorang yang penting dalam kehidupan seorang M.Nasir iaitu anaknya yang bernama Nur Nilam Sari. Lagu Nur Nilam Sari ini dicipta ketika anaknya, Nur Nilam Sari berusia lapan minggu Dan dijadikan lagu sebagai melahirkan rasa bersyukur si bapa dengan kehadiran puteri mereka yang dinanti nantikan dalam keluarga mereka. Ya, sebelum kelahiran seorang Nur Nilam Sari, terdapat empat orang anak lelaki dilahirkan oleh arwah isteri M Nasir yang bernama Allahyarham Junainah (Nana) Dari kumpulan Ideal Sisters suatu ketika dulu. Arwah meninggal beberapa bulan selepas kelahiran Nur Nilam Sari disebabkan penyakit lelah. Al Fatihah buat Allahyarham Junainah Dan Loloq (Pencipta Lagu berdasarkan kisah sebenar M.Nasir). Semoga diampunkan segala dosa mereka. Aamin!

Sumber info: bebasnews

Pinjam Seratus

Sampai begini pun ada. Jumpa kat Instagram ✅

LIRIK LAGU ORIGINAL NUR NILAM SARI

Tajuk Lagu: Nur Nilam Sari

Lirik Lagu: Loloq Dan ada perubahan sedikit oleh M Nasir

Penyanyi: Awie WINGS


Pinjam Sinarmu Nur Nilam Sari

Buatku Merempuhi Malam

Kabus Berlabuh Bagaikan awan

Mengaburi Penglihatan


Menyekat maksud di sempadan

Redup yang kupasangkan angan


Sekadar berhasrat

Berlindung dalam lena

Pejamkan mata untuk

Kulupakan sengsara


Berapa kerdipan

Melaraskan jiwa

Menyusuk ke arah asalku


Senyumanmu satu azimat

Buat diriku yang hina

Manusia terpinggir melara

Tak pernah kenal erti bahagia

Namun kumasih gembira

Bagiku rahmat semuanya


Senyumanmu satu azimat

Buat diriku yang hina

Manusia terpinggir melara

Tak pernah kenal erti bahagia

Namun kumasih gembira

Bagiku rahmat semuanya


Oh mungkin kalau nasib ku berbeza

Aku 'tak mampu

Menilaikan dikau


Hoo, aku berani

Berani aku

Katakan dirimu itu

Dewi kayangan


Senyumanmu satu azimat

Buat diriku yang hina

Manusia terpinggir melara

Tak pernah kenal erti bahagia

Namun ku gembira

Bagiku rahmat semuanya


Peperangan yang melanda

Diriku ini sudah berakhir

Oh berakhir

Kepahitan dulu bertukar menjadi

Sebuah sejarah dan kenangan, manis


Senyumanmu satu azimat

Buat diriku yang hina

Manusia terpinggir melara

Tak pernah kenal erti bahagia

Namun kumasih gembira

Bagiku rahmat semuanya


Senyumanmu satu azimat

Buat diriku yang hina

Manusia terpinggir melara

Tak pernah kenal erti bahagia


⏩ Jom dengar lagu popular zaman berzaman ni, lagu Nur Nilam Sari di Youtube ✅ Aku suka lagu lagu M Nasir. Penuh jiwa, makna Dan rentaknya yang sedap Didengar pada telinga. Paling favourite lagu Mentera Semerah Padi Dan Hati Emas 🫶 Ops, sebelum Berakhir entri ni, korang tahu tak M Nasir bakal mengadakan konsert bulan November depan? 

KONSERT M.NASIR- KONSERT GENDANG PATI

Konsert Gendang Pati

Dapatkan tiket Konsert Gendang Pati segera, aku tengok banyak dah sold out tuh, ramai peminat M Nasir, kan 🤩


Post a Comment

15 Comments

  1. Pinjam seratus lagi viral ya...padahal lirik lagu nya cukup bagus

    ReplyDelete
  2. Owhh nur nilam sari u nama anak m.nasir

    ReplyDelete
  3. ah ah..viral plak sekarang ni kan
    pernah dgn cerita pasal lagu ni..

    ReplyDelete
  4. trending betul lagu ni...
    mula2 pelik gak..kenapa kat ruang komen ada je komen Pinjam Seratus,
    Cuya memg tertinggal bas time tu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..Tetiba trending ek... Akak pun tahu sebab kawan duk lah ulang ulang ayat ni .. Baru lah check Tik Tok 😂

      Delete
  5. lagu sedap sedap digubah jadi tah pape. aishhh...

    ReplyDelete
  6. dulu ciknur sukaa lagu ni siap rekod he hee
    tiba2 tup viral kat tik tok pinjam seratus

    ReplyDelete
  7. sekarang ni lagu2 lama viral balik dekat TT. lagu ayu mayuni pulak si buaya cinta. hahahaha. ada je kan netizen ni.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .