Iftar 2025 dengan 'Flavours of Nusantara', Legoland®, Johor || Jom beriftar di Legoland?! Tempatnya selesa dan ceria suasananya! Dah nama pun Lego, kan? Berwarna warni and dekat meja pun ada kertas aktiviti yang disediakan jika ada kanak kanak ingin mewarna, atau menconteng atau menjawab soalan yang diberikan seperti 'Word Search'. Best! Selain keselesaan, kesedapan menu pun penting! Kat sini, mostly menu sedap dan tidak mengecewakan! Tahun ni, kalau korang nak masuk SEA LIFE Legoland sebelum waktu berbuka puasa, ada harga diskaun tau! Cuma top-up RM30 je then dah boleh masuk SEA LIFE dari jam 4PM-6PM pada hari dine in nanti. Ada apa kat SEA LIFE? Haaa, dalam SEA LIFE ada pelbagai hidupan laut. Beautiful! Subhanallah!
Apa menu yang ada ye? Nah, terdapat lebih daripada 150 jenis menu bakal dihidangkan buat para pengunjung!! Wow! Antaranya Asam Pedas Claypot dan Chicken Pasu Rice.
Selain itu, ada menu Special of The Day tau! Menu bakal bertukar tukar antara Tender Lamb rack in Bamboo, succulent Lobster Lemak Salai, dan Zesty Freshwater Prawn Tom Yum in coconut. Setiap family atau meja yang booking, satu kupon istimewa diberikan untuk kita redeem salah satu menu Special of The Day tersebut. Nona haritu redeem Tom Yam Udang dalam Kelapa tu! Hehe.. Jom scroll tengok apa lagi menu menarik.

2 Comments
bestnyeee. lama tak makan buffet Legoland
ReplyDeleteKannn! Best! Memang best!!!
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .