Ebook Bidadari Depan Rumah Karya Wannie Nordin

Ebook Bidadari Depan Rumah Karya Wannie Nordin

Ebook Bidadari Depan Rumah Karya Wannie Nordin || Ebook Bidadari Depan Rumah ini mengisahkan tentang kehidupan Ayaz Aydin yang berjiran depan rumah Dalia Aamina. Sikap mereka sangat berbeza perangai, dan minat terhadap pembelajaran. Dalia Aamina seorang anak Guru Disiplin tetapi sering lambat bersiap ke sekolah dan crush dengan sepupu Ayaz iaitu Mukhlis manalala Ayaz Aydan digelar budak nerd semasa di sekolah.

Suatu hari, terdapat majlis reunion sekolah. Mukhlis membawa Dalia Aamina bersama! Ya, menjadi pasangan kekasih. Namun begitu, Ayaz Aydin bengang. Terdapat rahsia yang Ayaz Aydin tahu tetapi tetap disimpan rapi. Bermula lah eoisod seterusnya yang lebih mendebarkn Dan mencuit hati. Bagaimana ia terbongkar? 😁 

Bidadari Depan Rumah


REVIEW BIDADARI DEPAN RUMAH

Jalan cerita yang ringan tapi Nona suka endingnya. Puas hati dapat kenakan semula si penipu. Syok jugak kalau dapat seorang yang berawatakan seperti Ayaz Aydin ni, nampak nerd tapi handsome, bijak, bertanggungjawab, dan kadang kadang kelakar jugak! Pakej suami mithali! Dalia Aamina ternyata buta dalam menilai cinta. Dia tak sedar, rupamya dialah bidadari sang hero selama ini. 

Penulis berjaya membuat Nona rasa menyampah dengan watak Mukhlis. Sumpah seranahh untuknya. Haha.. Tapi Nona tersenyum senyum sewaktu babak manis antara Ayaz Aydin dengan Dalia Aamina. Simple je tapi nampak istimewa Tau. Hehe.. Time dorang bergaduh pun rasa comel. Kah! Nak tahu apa, kena ler baca ebook ni ye!


PENGAJARAN DARI EBOOK BIDADARI DEPAN RUMAH

1. Kejar Cita Cita Barulah Cinta

2. Jangan suka mainkan perasan perempuan

3. Jadilah Lelaki Bertanggungjawab

4. Jangan Lawan cakap mak bapak


Bagi yang ingin mendapatkan Ebook BIDADARI DEPAN RUMAH, boleh contact Kak Ida +60 18-661 6108 . Nona share sebab Nona suka ❤️ 

Post a Comment

1 Comments

  1. Inipun endingnya happy yaaa. Bagus lah, jadi walau emosi dah diaduk2 pas baca, tetap saja endingnya bikin tenang 😄. Jangan sampai ending jelek, yg ada makin emosi 🤣

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .