Kata Kata Nasihat Hari Jumaat || Salam 1 Muharam 1447H. Semoga ada penghijrahan lebih baik dalam diri Dan kehidupan kita semua. Harini Nona nak share kata kata Nasihat yang Nona suka kumpulkan bila terbaca kat mana mana. Nona copy Dari beberapa Sumber kat Tik Tok, Instagram, Whatsapp Group Dan lain lain.
Kadang kadang terbaca Komen orang kat socmed, then aku suka ayat tu maka aku copy. So ini semua bukan ayat Dari Nona sendiri but I need kata kata Nasihat Dan positivity untuk kelangsungan hidup. Jom Hayati beberapa kolekai Kata Kata Nasihat Hari Jumaat yang aku jumpa Dan simpan.

1. Doa itu seperti benih. Ia ditanam dalam sabar, disiram dengan air yakin, dan akan tumbuh bila tiba waktu yang paling tepat,bukan bila kita mahu, tapi bila kita benar-benar perlu..
2. Tak semua luka perlu hilang untuk kau teruskan hidup. Ada doa yang lambat bukan kerana Tuhan lupa, TAPI kerana Dia sedang ajar kau jadi kuat dengan cara paling halus. Aku doakan, bukan agar kau cepat sembuh, TAPI agar hatimu tetap tabah, walau luka belum reda..
3. Kita mungkin diuji dalam cerita yang serupa, tapi tak bermakna jalan keluar kita harus sama. Kerana setiap hati punya cara menerima, dan setiap jiwa punya ukuran luka. Tak mengapa jika langkahnya tak searah, asalkan kau melangkah dengan yakin dan bermaruah. Kerana kekuatan bukan pada apa yang kau lepaskan, TAPI pada bagaimana kau berdiri walau dalam luka yang diam..
Sumber: Tik Tok
4. Langkah yang terus maju menjadi tanda ALLAH masih menyiapkan jalan untuk perjalanan yang masih panjang dan kita tidak boleh berhenti hanya kerana melewati pemandangan yang buruk.
5. Semua manusia pernah dilanda kecewa. Cuma bezanya sama ada taufan yang bencana, atau gerimis pagi sahaja. Biarlah menimpa itu taufan, asalkan kembali kepada Tuhan, bukan insan.
6. Tidak ada manusia yang baik baik saja di dunia ini, semua sedang berjuang dengan ujian masing-masing. Difficult situations will reveal your strength.
Notahati: Semoga Nona terus bersemangat!
1 Comments
Salam Maal Hijrah... Kata kata yang baik utk panduan diri sendiri bila setiap kali kita baca di mana medsos.. thanks atas perkongsian..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .