Makan Malam Hujung Minggu Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Makan Malam Hujung Minggu Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Makan Malam Hujung Minggu Di Renaissance Johor Bahru Hotel ||  Hujung Minggu Nona yang lepas, Nona, mak Dan beberapa kawan kawan lain Makan malam kat kat Cafe BLD, Renaissance JB, Hotel. Lama tak meet up each other. Seronok tengok semua sihat Dan Masih panjang umur. Ok, kalini Dapur BLD Cafe, Renaissance Johor Bahru, bring us pelbagai menu yang lebih Menarik Dan menawan kalbu! 

Ya, Masih teringat ingat lagi sampai sekarang keenakan juadah juadah di sini. Menu Melayu, Chinese, Indian Dan Japanese Cuisine ada disediakan. Jangan risau, western food pun ada. Awak on diet? Sayur sayuran seperti salads, ulam ulaman Dan menu Kerabu pun Banyak kat sini!  Tahu tak ianya special Hanya ada pada hari Jumaat Dan Sabtu sahaja Tau! Jom nengok apa ada!! Lepastu bolehlah korang book for your event seperti birthday ke, farewell, appreciation event Dan lain lain! Huhu.. Senang bila makanan yang disukai duduk setempat camni kan?!

Red Snapper

Red Snapper. 

Awal Awal Masuk sini, Terpampang dah ikan ni depan mata. Excited nak try! Maybe I am fish lover? Memang tak silap Makan ni, sebab isinya lembut! Sedap gitu!

Antara Menu Sedap kat Renaissance JB Hotel


Menu Nasi

Nasi Kandar Udang Galah
Nasi Kerabu Dan Nasi Dagang with all the Condiments

Steam of The Day
Nasi Beriani Buluh

Sup
Sup Tulang

Menu Western

Assam Pedas Risotto
Chicken Permigiano with Tomato Sauce

Chinese Cuisine
Nasi Ayam
Sczechuan ''Mala" Prawn

Indian Cuisine
Roti Naan
Fish Tikka
3 jenis Chutney

Japanese Counter
Gunakan Nasi Lemak
Onigiri Laksa Sushi
Nasi Lemak Ball
Kimchee

Desserts & Live Station
Durian Goreng
Cake Crumble with Custard ( I love this very much!)


Dinner

Oven Baked Beef Brisket with BBQ Sauce

Renaissance JB

Seafood on Ice pun ada! 
Nampak tak..Menu daging ada, seafood ada, bakar bakar ada, steam pun ada, sup sup pun ada.. 

Oh ya, Laksa Johor pun ada kat sini Tau. Simple cakap, memang sesuai bawak semua golongan anak muda sampai warga emas ke sini datang Makan sebab pilihan menu yang kena dengan tekak kebanyakan orang.  

Kerabu Sushi

Kerabu sushi. Perghh! Menu Sushi kat sini memang RARE gais! Walaupun RARE, tetap sedap! Aku lepas ngap sebijik, aku ngap lagi sebijik! Hahaa.. Nampak je aneh sebab flavour tekak Melayu tapi sedap dimakan! Cuba ler!

Nasi Kandar Udang Galah

Inilah rupa Nasi Kandaq Udang Galah! Credit gambar to Kak Suzie sebab masa tu, dia amek sepinggan camni. Aku bila perut dah full, udang Galah tu je aku amek. Hehe.. Mak aku pun suka udang Galah kat sini.. Rangup! Sedap rempahnya! MUST TRY 💜

Satay

Sate, one of my mom's favourite. Lepastu mak try pulak Makan Roti John kat sini. Fuhhh, bukan kaleng kaleng. Burger Ramly pun ada uii! Both sedap. If my mom suka means sedap la tu! Maybe kalau awak bawak mak awak, mesti dia puji jugak. Ehek! 

Pulut Panggang

Bermacam Macam jenis kuih muih, desserts Dan banyak lagi lah! Buah buahan Dan aiskrim jangan dilupakan.

Desserts

JDT BLOGGER

Love Purple Ladies semua! 💜

Ngam ngam pulak time ni Masih dalam minggu viral akak Purple 😂 Semua pakat pakai warna Purple la eh. HAHA.. Segan ada, kelakar pun ada.. Terima kasih korang yang support Dan bagi semangat. Terharu sayaaaaaaa!

Okaylah, bagi korang yang mencari cari bufet makan Malam Hujung Minggu, nak yang Banyak menu sedap, dan beraircond.. jom jejak kaki ke Renaissance JB Hotel ni. Makanan premium, harga premium. Layanan pun mantap! Jangan risau pasal makanan habis sebab memang tak habis habis pun aku tengok. Sebagai contoh, aku mintak buat lagi burger sebab ada yang nak makan lagi. Haa..terus dorang buat burger and roti John baru. Terbaiklah! Tepuk sikit untuk abang chef and the crews! Hehe.. Info lanjut seperti di bawah:

Price/Harga

Dewasa/Adult : RM188nett
Kanak Kanak / Kids (Usia 6-12 tahun): RM94 nett

Kalau korang ahli Club Renaissance JB, boleh dapat diskaun sebanyak 35% tau! 

Hubungi/ Contact: 


https://wa.me/60177713327
ATAU 
https://bit.ly/7RoomsCafeBLD
ATAU
Website: https://cafebld.com



Notakaki: Reward diri sendiri dengan Makan makanan premium pun satu Nikmat yang tak ternilai..Syukur!




Post a Comment

0 Comments