Pengalaman Join Pound Class

Pengalaman Join Pound Class

Pengalaman Join Pound Class  || Pernah try join pound class? Ya, sukan pound. Aktiviti ni buat beramai ramai lagi syok. Sukan pound sejenis sukan yang mempunyai peralatan dua batang ripstick bersamanya. Sambil mendengar lagu, sambil kita buat pergerakan bersama sama ripstick tersebut. Kebiasaannya dalam class ni, ripstick dibawa oleh para trainer aka teacher tu sendiri. Hehe..So kita just bawak tikar senaman dan air minuman sahaja. 

Actually ini kali kedua Nona join pound class. Sebelumni join pound class berbayar sebab nak tahu dan rasa sendiri sukan Pound ni macam mana. First time join haritu waktunya seawal pagi dalam Aeon Mall. So takda ramai manusia time tu. Kali kedua ni try join class FREE. Jam 9.30 pagi baru start so ada beberapa kedai yang dah start bukak dalam Kipmall tu..Segan pulak saya. Kikiki.. Tapi adik dah ajak, kan..Plus PERCUMA pulak tu, kita saja join la memeriahkan suasana.. Lagi nice sebab tempatnya tak jauh sangat dengan rumah.. 

Pound

RIPSTICK for Pound Class!

Ada level 1 sehingga 3 kategori pergerakannya. Cuma yang FREE Class ni, simple and tak terlalu banyak step. Boleh lagi nak kejar step nya. Energy pun masih ada di hujung hujung tu..Compare dengan yang berbayar punya. Fuhh lebih memenatkan! HAHA..

Sukan pound

Of course kena ada dua orang cikgu. Energy dorang memang bombastic! Aku suka join ni bukan sehaja sebab pergerakan sambil dengar lagu rancak tapi sebab suka tengok cikgu buat smooth mo#vement time bersukan ni. Ikut lenggok dan rentak lagu. I like to watch that lahh! Semangat!

Benda best lagi satu, dapat kawan baru dan at the end of the class, kita semua buat tepukan selamat tinggal guna ripstick. Huhu..Time tuhlah kita perhati semua muka yang join 😁

Kipmall

Alhamdulillah selesai pound class untuk kali kedua. Sesekali join jugak. Tidaklah selalu sebab ada kerja hakiki yang perlu diutamakan.. 








Post a Comment

0 Comments