Berbuka Puasa dengan Menu Buffet 'Gempita Ramadan' Renaissance Johor Bahru Hotel 2026 Ini

Berbuka Puasa dengan Menu Buffet 'Gempita Ramadan' Renaissance Johor Bahru Hotel 2026 Ini

Berbuka Puasa dengan Menu Buffet 'Gempita Ramadan' Renaissance Johor Bahru Hotel 2026 Ini || Bufet Ramadan 2026 Kini Kembali. Time berbuka merupakan Salah satu aktiviti yang meriah setelah seharian berpuasa. Gembira akhirnya dapat isi perut waktu dengan juadah yang memikat jiwa, Menyelerakan Dan mengenyangkan terutamanya bila nikmati semua tu bersama sama insan kesayangan. Bagi Ramadan kalini, Nona nak share satu hotel yang saban tahun meraikan waktu iftar dengan bermacam Macam jenis hidangan yang Menggiurkan. Pertama sekali.. BLD Cafe, Renaissance JB Hotel ni ada HALAL certified. You should know this. Lebih menarik lagi dengan adanya kehadiran penampilan khas Dan menu special daripada artis atau KOL seperti Sheila Rusly Dan Zam Akmal yang pastinya memeriahkan waktu Berbuka puasa kita! Tapi BUKAN SETIAP HARI, hanya pada Minggu Dan hari hari tertentu sahaja. 

Menu menu dalam 'Gempita Ramadan' Buffet Ramadan 2026 dsudah tentu bakal membangkit selera semua! Sebab apa? Sebab kepelbagaian makanan serta minuman yang sesuai dengan semua golongan anak muda, tua ataupun kanak kanak. Bermacam macam jenis Lauk pauk, menu raya, menu local, western, menu Mediterranean, Seafood on Ice Dan banyak lagi!! Serious lah.. Menu berat ada, menu ringan pun ada. Dengar dengar lebih daripada 300 menu kat hotel ni pada Ramadan nanti. Fuhh!! Sungguh bergempita🔥

Lamb

Baked Giant Fish

Baked Giant Fish
MUST TRY. 

Sheila Rusly

'Sate Lilit Janda Mengamuk' by retis Sheila Rusly.

Nama tu.. seram bunyiknya ek! Dimakan bersama sambal Mantah. Depends nak makan dengan sambal atau tidak. Inilah signature dish by Sheila Rusly yang exclusive hanya ada pada 20, 21 Dan 27, 28 February 2026. Next pada 6&7 March 2026. 

Zam Akmal

'Manja Manja Spicy Glass Noodle' by Chef Zam Akmal. Nampak tak banyak bahan bahan yang tersedia dalam hidangan khas oleh Chef Zam Akmal ni. I'm love it!

Highlighted 'Gempita Ramadan' Menu

  • Gulai Daging Tetel Nangka Mudah
  • Ayam Goreng Belado Hijau
  • Kambing Rendang Cili Padi
  • Kerutuk Daging
  • Udang Masak Tempoyak
  • Paru Garing Balado Merah
  • Nasi Briyani Ayam & Kambing
  • Roti John Ayam
  • Ayam Percik
  • Sup Berempah Dan Sup Merah

Dan banyak lagi menu yang bersesuaian dengan bulan Ramadan. Oh, By the way.. Menunya berubah ubah. Tidak semua sama setiap hari tau 📝

Soup

Aneka sup.

Sedap kan berbuka puasa makan sup panas panas. Terasa hangat je badan.. Pilih jangan tak pilih! Boleh pilih nak kuah Jenis apa, mee Jenis apa. Laksa ke atau mi sup? Oh, syok woo!

Ketupat

Makanan raya yang tidak dilupakan.

Barulah vibes raya! Kan? 

Western food

One of Western Food yang ada.

Nak Kambing? Ada! Nak ikan? Ada!
Nak Ayam? Ada! Nak Pasemboq Dan Gado Gado? Pun adaaa! Nak seafood yang lain?? Ehhh..Ada jugak! Senang cakap, dalam setempat ni, macam macam ada yang kita boleh rasa. Cuit semua baru puas hati bayar.. Haha... Saja la Sesekali menjakan tekak ek.. Mostly Nona try Menunya, masih ngam dengan tekakku ler...

Udang Sambal Petai

Menu dalam kawah perlu dicuba. (Hanya pada hari Isnin, Rabu Dan Jumaat)

Kerabu

Aneka Jeruk, ulam ulaman,.keranu Dan acar buat semua. Pasti menyelerakan!

Dessert

Aneka dessert, kuih muih traditional, buah buahan Dan minuman yang tersedia. ABC dan Aiskrim pun ada jugak! Ops, satu benda lagi, selain daripada Shawarma dan sate..Korang boleh try Kuih Ketayap Durian Dan Durian Goreng yang disediakan. Hehe.. Jangan skip makan segala yang terhidang. Slow slow Dan cuit je semuaaa okayh?! Alang alang dah bayar tu, try banyak sikit hidangan 😊 Dah takyah moreh lagi memalam sebab dah kekenyangan.. Huhu.. Gambar menu lain yang Lebih memikat hati ada kat Facebook Nona Qiyah ✅

Kemudahan Di Renaissance JB Hotel

✨ Parking disediakan
✨ Ruang makan beraircond
✨Surau di tingkat 3 (Standby telekung sendiri)

🌜 Gempita Ramadan Renaissance ✨

Tarikh Mula Buffet Ramadan

 19 Feb - 20 Mac 2026

Masa Operasi Bufet Ramadan

6.30pm - 10pm

Harga baucer

* RM198nett Dewasa
* RM99nett Kanak-Kanak

Promosi pembelian awal  

Sedang berlangsung SEKARANG sehingga 15 Februari 2026 (Beli 10 PERCUMA 1 baucer)

*Diskaun 15% untuk ahli Club Renaissance Johor Bahru
*Diskaun 10% untuk ahli Marriot Bonvoy
*Diskaun 10% untuk pemegang Maybank & Standard Chartered Bank Card 

Hubungi untuk Sebarang pertanyaan atau Tempahan 

📲 : +6017-7713327 (Whatsapp)
☎️ : +6073813322


Secara keseluruhan, Bufet Ramadan 2026 'Gempita Ramadan' Renaissance JB Hotel ini suggested ✅ Makan sorang tu best healing tapi makan beramai ramai Lebih enjoy! Kesedapan dinikmati bersama! Gituh!



Notahati: Semoga sampai diri kita ke bulan Ramadan 2026 Dan tahun seterusnya. Aamin!




Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .