Bufet Ramadan Harga Bawah RM100 di Trinidad Suites Johor|| Ramadan lagi beberapa Minggu sahaja. Semoga yang terbaik Ramadan kali ini. Tak sabarnya nak bertemu dengan Ramadan. Salah satu waktu yang dinanti Nantikan adalah time berbuka puasa. Ye, waktu ni kita manjakan perut dengan makanan. Ada hari kita masak, ada hari beli luar. Ada hari, try Bufet Ramadan murah! Betul tak?
So harini Nona nak ajak you all yang berada di sekitar Johor Bahru, Dan Pontian yang sedang mencari cari Bufet Ramadan murah, mengikut bajet dan berbaloi dengan hidangan buffetnya? Jom try ke Trininad Suites Conference Centre ni yang terletak berhampiran Puteri Harbour tu! Ha ah, sebelum berbuka puasa nanti, bolehlah jalan jalan naik kapal yang ada kat Puteri Harbour tu dulu 😄
Nasi Briyani Kambing Kuzi.
Pasti menambah nambah bagi kambing lover.
Fuhh...Menyala sajian ni ek!
Pelbagai lauk pauk yang ada. Aku suka lauk ni. Membangkit Selera namanya.
Excited bila Nampak haritu. Hehe..
👉🏻 HIGHLIGHTED MENU
💥 Nasi Briyani Kambing Kuzi
💥 Sup Gearbox Merah
💥 Laksa Johor
💥 Ayam Masak Bunga Kantan
💥 Daging Masak Kari Berkentang
💥 Ikan Tenggiri Gulai Nenas
💥 Asam Pedas Ikan Pari
💥Udang Goreng Lada Hitam
💥 Kailan Goreng Ikan Masin
💥 Sate Ayam & Daging
💥 Shawarma
💥 Mee Goreng Mamak
💥Aneka Kerabu dan Ulaman Ulaman
💥 Durian Goreng dan banyak lagi!
Aneka Kerabu berserta ulaman ulaman, Dan rojak pun ada. Apa yang buat aku lebih tertarik ialah kehadiran menu ubi kayu bersama sama sambal tumis atau sambal hijau dalam hidangan Bufet Ramadan kalini. Memang sesuai tekak orang kita...Orang Melayu..
Tidak ketinggalan. Laksa Johor..
Sambil ditemani bunyian angklung.
Aneka kuih muih Dan dessert semestinya kena ada! Aiskrim Dan ABC pun turut disediakan. Air minuman? Pelbagai jenis..Bukan setakat Dua atau tiga jenis aje..Huhu..
Alhamdulillah dengan Nikmat ini. Makan dengan kawan kawan atau ahli Keluarga, Barulah meriah waktu berbuka puasa Nanti. Jadi, mana mana company yang mencari Bufet Ramadan murah 2026, ayuh survey sini! Enjoy all the foods! Gambar menu lain kat
Facebook Nona ye..
INFO LANJUT HIMPUNAN SELERA DESA AT TRINIDAD SUITES JOHOR
📆 20 Feb - 18 Mac 2026
🕡 6.30PM - 10.00PM
Waze/ Maps
Trinidad Suites Conference Centre (Kembali Kitchen)
KEMUDAHAN
Surau dan parking
‼️ EARLY BIRD SPECIAL PRICE ✨
(20 Feb - 4 Mar 2026)
RM68 nett (Dewasa)
👉🏻 HARGA NORMAL
Dewasa - RM98 nett
Warga Emas - RM78 nett (60 tahun ke atas)
Kanak² - RM78 nett (6 - 12 tahun)
CONTACT NUMBER
📲 +6012 766 9427
📲 +6014 290 7926
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .