Selamat Hari Kebangsaan ke-69 Malaysiaku!

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 Malaysiaku!

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 Malaysiaku! || Alhamdulillah. Jumpa lagi 31 Ogos 2026. Merdeka!!! Al Fatihah buat semua perajurit Dan mereka yang telah meninggalkan Dunia ini. Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2026 kalini mengangkat tema rasmi “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati". Semoga Malaysia terus maju jaya, aman damai, bersatu pada Dan dilindungi Allah selalu. Aamin ya Rabb! 

Bukan mudah menjaga Dan membina sebuah negara yang aman makmur, "bersih" Dan maju jaya. Tapi kita kena sentiasa berdoa Dan berusaha sebaiknya sebagai rakyat Malaysia tak kira apa jua bangsa sama ada Melayu, Cina mahupun India. Kenal erti tanggungjawab sebagai rakyat Dan pemimpin. Usaha yang dilakukan para perajurit dalam mempertahankan tanah air harus terus dilaksanakan 💪 Sebak rasa. Zaman Sekarang ni, ramai suruh kita merdeka dari segi pemikiran pula. Jangan biar anasir luar atau jahat menguasai diri kita. Boleh??! Ok, Ayuh Semangat! Jom lah sama sama kita jaga negara Malaysia tercinta ni!

Merdeka

(Gambar Throwback)

I love you, Malaysiaku tersayang. InshaAllah, sama sama berjuang tau! Selamat bercuti bagi yang dapat bercuti harini. Jika bekerja, semoga tabah Dan kekal momentum bekerja tu ya!!


Notahati: Tahun ni tak tengok bunga api sebab mood kelaut bila terfikir ada audit kat tempat kerja minggu ni. Dua hari pulak tuh!!!


Post a Comment

0 Comments