Throwback Percutian Hujung Minggu ke Selangor Dan Kuala Lumpur || Throwback kisah weekend beberapa bulan lepas, jalan jalan ke Kuala Lumpur Dan Selangor with my sisters. Alhamdulillah. Selamat pergi Dan pulang ke JB semula meskipun terasa mencabar perjalanan kawasan KL nun. Haha.. Memula rasa seram jugak ek nak drive area KL sebab tak pernah tapi demi menghadirkan diri ke jemputan kahwin member, harus bertabah yee.. Alang alang plan ke Shah Alam, jalan jalan KL sekali ler.. Healing dan tengok tengok tempat orang lain 😄
Gerak malam hari (Jumaat), adik ipar tolong drive kereta dulu sebab kami akan bermalam di rumah biras kami. So enjoy ada orang tolong drive. Memang tidur lah aku. He he...Kelenguhan balik kerja kan. Malam weekend yang jammed lagi. Phewww!
Keesokan Pagi. Jalan jalan sekitar.
Banyak facilities kat sini. Gym, pool, kedai runcit pun ada. Kalau aku duk sini, maybe boleh slim 😁 Oh ya! Harini aku cerita secara lump sump ye. Nanti kita buat entri asing untuk beberapa tempat dalam entri harini ye.
Siap Siap pagi tu terus ke tempat adik aku, Nabilah. Ambil dia untuk bersarapan kat Kedai Kopi Maneh. Not bad! Banyak betul pilihan! Harga standard la kat sana. Kan..Taklah murah sangat. Hehe..
Oh ya, kami Tak check in dulu rumah adik sebab nak kejar masa. Tentative telah disediakan by my sister, Akilah. So kita ikut aje timing yang disusun.
Next, main Zipline kat Zipline Adventure Shah Alam.
Baru lepas hujan ni. Masa sarapan tu dah start hujan. Sedih ler adik aku yang memang Teringin sangat main Zipline dengan baju dia yang cantik tu... So kami duduk lama sikit la bersarapan.. Lepastu saja drive slow slow pergi sana dan yes, ngam ngam hujan berhenti masa sampai sana. Hehe.. Actually kat Johor ada je tempat ni cuma takda perkhidmatan drone snap video time tu. Now bulan Ogos aku tengok dah ada perkhidmatan drone kat cawangan Johor ni.
Next, kami lunch kat Rembayung. Ye. Bisnes Khairul Aming tuh..
Hadir ✅ Okay cukup satu gambar. Aku buat entri lain ye nanti untuk Rembayung ini. Hehe.. Excited aku tau tapi tak jumpa pulak Khairul Aming nya..
Event utama adalah pada Malam hari tu.. Selamat Pengantin Baru Zariq dan pasangan! Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dilimpahi rahmat Allah dan dilindungiNya. Aamin!
Serious, cantiknya wedding dorang haritu. Suka betul aku tengok tempatnya. Makanan la Banyak pilihan. Kenyang dinner kat sini. Hehe.. Syukur!
Zariq one of my member tempat kerja tapi dulu beberapa tahun lepas lah. Now dia dah lama berhenti kerja. Aku pernah mintak tolong dia masa pergi event blogger kat Gambang, Pahang dulu sebab ada masalah sikit...
Alhamdulillah. Happy buatmu Zariq. Aku tahu ko pasti jadi seorang suami yang baik, setia dan bertanggungjawab! Arwah mak ayah ko kalau ada pun mesti happy sangat.
Ya, Di sebabkan dapat jemputan dari dia lah, aku terus plan dan ajak my sisters bercuti sama. Huhu..
After wedding event, singgah ke i-City Shah Alam. Sekali jalan sebelum pulang ke rumah. Wow.. Menarik! Meriah!! Lamanya tak datang. Last time aku Convo dulu.. Lepastu tak jejak dah.. Rupanya nak main game kat sana kena donlod apps dulu. Then topup apps tu.. Adik aku baru nak main satu game ni tapi dah full and dah sampai ke penghujung waktu operasi. So maybe next time jela if ada kesempatan lagik..
Keesokan pagi... Sarapan time! Kami singgah ke Roti Kitab. Area Shah Alam. Sambil Makan tengok orang lain tengah beriadah, briskwalk Dan bersenam 😂 Kita enjoy meniimati breakfast ye.. Macam Macam menu ada kat sini. Terliur bila ingat balik 🤤 Kami Makan puas puas sebelum pecahkan balik lemak kat Putrajaya Lakeside.
Pecahkan lemak dengan bermain basikal but then Makan aiskrim. Hahaa.. Last day ni takde lah plan apa sangat. Memula nak ke Pizza Mendonia tapi mikir naik KL time weekend, rasa seriau pulak lepas ke Rembayung hari sebelum tu 😂 Agak merbahaya jalan KL dengan tol yang sungguh Banyak bagiku... Errr...
Ok next, sejukkan badan ke CityWalk, i-City Shah Alam. Buat aktiviti indoor pulak. Hehe.. Kembali ke sini sebab sekali jalan nak balik ke rumah adik sebelum check out. Pergh... Ada Banyak benda boleh diterokai dalam satu pakej. Ikut lah nak pakej yang mana. Kami ambil yang sikit pilihan sebab kejar masa. Just buat rasa rasa. Aku ada bagitau kena download apps kan kalau nak main game kat sini. Haa..Sebab malamtu dah download so just bukak, topap kat situ and pay. Easy der!
Alhamdulillah, Percutian yang bermakna. Selesai Spend time with my siblings sebelum sambung busy dengan life masing masing. Bukan selalu dapat bercuti bertiga. Kadang berdua dengan sorang, sorang lagi tak join. Ahgitulah ek... Apa yang penting, Selamat perjalanan sepanjang ke mana mana. Itu pun melegakan ya bila mana aku tak pernah drive kereta sendiri jalan jalan KL. Ni lah first time ever! Wuuuu~
Later saya sambung cerita lagi untuk tempat tempat di atas. Saja buat entri khas biar Banyak sikit entri tahun ni untuk blog. Semoga saya terus rajin Dan bersemangat nak update blog tersayang ni 😂 Pray for Nona...
Notahati: Niat di hati nak buat scheduled post sebelum bercuti ni... Tengoklah caman ek..
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .