Mendaki dan Bergambar di Puncak Beliung Batam || Alhamdulillah. Selamat mendaki Puncak Beliung Batam. Hari Kedua kami di Batam, planning ke Puncak Beliung. Katanya viral. So apa lagi.. Haruslah kita terjah! Hehe.. Ambil harga yang murah sikit. Tapi kena skip satu permainan lah. Kat sini pun ada slide cuma tak secantik slide kat Dino Batam Gate. Then ada jugak buaian tu. Kalau amek pakej Mahal sikit, buaian lebih cantik gituh! Siap dihias bunga.
Seawal lebih kurang jam 9.30 atau 10 pagi kot sampai ni. Kat sana kan Awal timingnya. Cuaca Dan start memanas. Fuh... Peluh tiak ek! Demi nak terokai Puncak Beliung. Ramai dah manusia time ni. Memasing Beratur nak bayar Dan main permainan yang ada.
Ini dah sampai ke puncaknya. Cantikk! Aku suka! Banyak sangat spot OOTD. Lama teringin bergambar dengan view atau seni bina camni ha... Posing sampai puas kalau tak ramai yang menunggu. Hehe.. Nanti boleh guna gambar yang ada.. Edit content letak Lagu galau...Gituhhh la ek 😄
Masa memula sampai, ada sorang pekerja kat sana offer nak ambilkan gambar Siap video secara FREE! Aaaa...Nice! Dia suruh buat posing Macam Macam..Senyin jagung lah, Shh, Tunjuk Camera lah.Haha..Ramah betullah! Ini Macam akak sukaaaa 😄
The Rainbow Slide. Kelihatan Nampak lebih tinggi Dan kena naik satu alatan tu (bentuk Macam sampan) sebelum turun ke bawah... Fuhhh, yang ni, saya tak join naik. Anak anak muda lain yang join..
Lepas main slide ni, kita kena mendaki lagi ke atas untuk permainan lain Dan view yang cantik... Angin sepoi sepoi kat atas..
Chak!!!! Heyyyoooo! Ini pun ada seorang pakcik tu ditugaskan untuk tolong ambil gambar pengunjung. So kita pass je handphone padanya Dan posing bebanyak..Cantik kan 🌷
Itu buaian. Cuma aku tak naik sebab ramainya manusia..Penat nak menunggu tuu.. So kita santai santai kat tepi nikmati angin sepoi sepoi Dan bergambar OOTD Banyak Banyak. Hehee..
Member saya..Dah ada tok laki! Ehek..
Kat bahagian atas ni ada kedai minuman. Pelbagai air dijual seperti air kelapa, air gas Dan lain lain. Kepanasan membuatkan tekak jadi haus betul. Mineral water memang dah bawak tapi tidaklah mencukupi. So aku pun beli gak air kat situ.. Basahkan tekak.
Combine beberapa kepingan gambar. Simpan sebagai kenangan travel 2026 sebelum jerebu melanda. Ya, seminggu lepas kitaorang pergi, keluar berita pasal jerebu kat sana. Pergh... Mujur dah lepas..
Semoga semua dalam gambar ni dilimpahkan rezeki, panjang usia, sihat Dan berbahagia selalu. Aamin ya Rabb!
Notakaki: Posting ini telah di draft sebelum isu oksigen keluar berleluasa😄 Semoga dipermudahkan urusan semua pihak..Aamin!
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .