Ops, Terbeli Baju Tidur Lagi!

Tambah Koleksi Baju Tidur || Pelik ke kalau suka kumpul baju tidur? Kenapa Tak pakai je T-Shirt biasa tu...kan? Well, minat masing-masing. Actually aku bukanlah pakai baju tidur hari hari untuk tidur, ada masa, pakai je t-shirt biasa yang bertulisan Thailand, t-shirt lain lain pun ada untuk tidur.. Ikut mood. 

Tapi bila terjumpa yang comel Dan kainnya selesa, haih...boleh jadi terbeli.... Dan harini, aku terbeli baju tidur sebab ianya comel sangat... Aku kurang minat baju tidur jenis kain satin atau Lace. Lebih suka kain cotton..

Nahhhhh..tengok la apa aku dah terrbeli ni.. hahahaa...nafsu semata nok.. Tapi memang ada baju yang dah takleh pakai sebab dah koyak rabak, so ini dikira menggantikan baju tidur yang telah uzur......

Terbeli!!!! RM12.50.
Di Pasarayaku, Today's Market.

Lengan panjang tapi kainnya sedap dipakai serta selesa diguna.
Panjangnya sampai paras lutut aje.

First, sebab warnanya adalah PINK!
Kedua, sebab ada perkataan LOVE!
Ketiga, sebab kartun tu CUTE!

Ehh, the most important is, COMFORTABLE lah!

Memang kena jadi koleksi baju tidurkuu~ Ok, mari tengok antara koleksi lain yang aku simpan dan memang favourite lah. 

COMEL kan??
Ini untuk ibu menyusu pun sesuai. 
Sebab tengah tu memang dibuat untuk ibu yang menyusukan anak


Halah, halahhhhhhhhh....
Baju Kelawar Mestilah Ada Dalam List!!!!
Sungguh Selesa, tidur pun lenaaaaaaaaaaa!


Kesimpulannya, pakailah pakaian selesa untuk tidur. Ianya baik untuk kesihatan. Aku pernah tertidur dengan seluar jeans, adoiii. senak jugak perut, memang tak syok tapi disebabkan dah mengantuk sangat.... Terpakai buat tidur terus. Tak nak dah pakai jeans buat tidur malam.





So, korang ada minat yang sama macam aku takk................

5 ulasan:

  1. Tak pelik pun Nonaaa...Sis ko lagi banyak koleksi baju tidur, tapi jenis binatang tu hahahahaha (kelawar)

    BalasPadam
  2. ingatkan dikbee tadi yang bawah sekali..hahahahha!

    aku pun skang kumpul gak baju tido seluar cotton...beli kat shopee...hahahha

    BalasPadam
  3. comel.. dulu pun suka jugak beli baju tidur mcm nie..

    BalasPadam
  4. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    BalasPadam

Thanks For Coming !
Please Left a Comment and Support.
Take Care!