Nak rasa musim bunga ! Nah, 5 Tips Travel ke Melbourne, Australia

Nak rasa musim bunga ! Nah, 5 Tips Travel ke Melbourne, Australia


Melbourne, Australia yang cantik bentuk bangunannya.

Bestnya bercuti, walaupun cuti baru je habis, tapi tetap rasa nak bercuti lagi! Last year aku ke Singapore, maybe this year boleh ke sini! Melbourne, Australia. Syok! Actually, kalau kita nak travel luar negara, banyak pilihan yang boleh kita buat berdasarkan bajet yang kita ada. Yela, nak rasa syok gi travel, kena tengok jugak pada bajet, kan. Bajet untuk flight, makan minum, penginapan dan shopping. Penting tuh...

Dan

Benda yang lebih penting kalau nak travel oversea ni, you must alert dengan promo-promo yang akan diadakan daripada semasa ke semasa. Contoh promo yang memang orang tunggu-tunggu adalah promo Airasia free seat tu. So, kalau ada plan tu, bolehlahh standby awal-awal untuk beli tiket flight je dulu lepas tu baru kumpul duit lain pulak.

Tahu tak, selain tunggu promo tu, kita boleh tengok dekat Traveloka juga sebab dorang selalu je ada diskaun yang ditawarkan. Kalau nasib baik boleh jimat sehingga RM200 untuk flight ticket. Macam-macam jenis airline yang boleh korang pilih. Even Emirates online promo pun korang boleh dapat dekat Traveloka ni. Fuh, memang berbaloi-baloi lah... Kalau nak tahu, kebanyakan harga tiket dekat Traveloka ni dah include baggage dengan meal tau, so korang tak payah susah-susah fikir nak add on lagi ke atau apa apa lain. Mudah kan proses camni?

Wishlist, Melbourne, Australia!

Kenapa Melbourne eh? Sebab..... bagi aku Australia ni ada keunikannya yang tersendiri berbanding negara-negara yang lain. Aku tengok cousin aku time belajar kat sana beberapa tahun lepas, enjoy betul dia. Seronoknya dapat pengalaman melalui 4 musim kat Australia. Yup, Australia salah satu negara yang memiliki 4 musim. Namun 4 musimnya berbeza daripada 4 musim yang ada di negara-negara lain.

Aku just nak share a few simple tips yang kita boleh take note awal-awal untuk ke Melbourne. Ada 5 tips okayh.

So, tips pertama sebelum pergi, memang kena kenal pasti dulu musim yang kita nak pergi untuk mengelakkan kes tersalah bawa jenis baju. Tak pasal-pasal musim sejuk, tapi tak bawak baju sejuk. HAHA.

Kalau ikut negara lain selalunya hujung tahun adalah musim sejuk tetapi tidak bagi Australia ye. Nah, take note on musim kat sana : Aku teringin pergi musim bunga dengan musim sejuk tuh! 

Bulan Disember – Februari: Musim Panas
Bulan Mac – Mei: Musim Luruh
Bulan Jun – Ogos: Musim Sejuk
Bulan September – November: Musim Bunga


Cari Flight Ticket Dengan Harga yang Berpatutan.
Macam aku cakap tadi korang boleh beli cheap flights ticket to Melbourne promo dekat Traveloka. Harga yang sangat berpatutan.  Hal ni sangat sesuailah untuk korang yang jenis tak suka tunggu promo-promo yang selalu airlines buat tu tetapi masih nak dapatkan harga yang lebih murah. Yela, kadang nak tunggu tu lambat, kan. Tapi semangat nak bercuti tu dah berkobar-kobar.... jadi boleh ke Traveloka untuk dapatkan harga murahhh.

Kalau korang jenis yang suka planning awal tu lagi baik. Sebab korang dah tau bila Airasia terutamanya akan buat promo. Selalunya range harga promo tu around RM600+- tapi tak termasuk luggage dengan meal lagi. Kalau korang travel in group aku cadangkan luggage ni kongsi je. Contoh korang pergi berempat untuk pergi aku rasa dalam 30kg cukup je kalau share, balik beli lah 40kg just incase berat bertambah. Kenapa aku kata cukup? Sebab korang ada hand luggage 7 kg setiap sorang.
So sebenarnya total berat yang korang boleh bawa tu bukan 30kg dan 40kg tetapi 58kg dan 68kg.

Banyakkan? Dekat sini je korang dah boleh jimatkan belanja.

Check Visa Sebelum Masuk Negara Orang.
Cousin aku nasihatkan sebelum beli flight tiket, apply visa awal-awal just incase takut visa tak lulus since Australia ni ketat sikit terutama untuk lelaki yang bawah 30 tahun tu. Yelah diorang nak elakkan kes-kes pekerja tanpa izin ni. Sebab dah terlalu banyak kes orang kita pergi sana guna visa pelancong tetapi kerja. Tak patutlah macam tu kan. Sebab kita sendiri pun tak suka orang masuk negara kita tanpa permit yang sah, macam tulah juga diorang kat sana. Hormati negara masing-masing gituh.



Penginapan Yang Banyak Kemudahan.
Kalau travel mana-mana luar negara pun, aku prefer untuk stay di apartment atau homestay yang ada berbanding hotel. Hal ini kerana kemudahannya yang lengkap dan memudahkan urusan kita nanti. Kadan-kadang dah penat berjalan, terasa nak makan sambil berehat kat homestay je. Senang serta selesa.

Boleh cari apartment atau homestay yang menyediakan kemudahan mesin basuh, dapur, iron, hair dryer dan lain-lain. Jimat pun jimat sebab bila ada dapur nih, kita nak masak makanan segera atau meal yang ready to eat daripada Malaysia pun senang tau. Boleh lah jimatkan kos makanan. Yelah makanan kat sana agak mahal kerana currency yang berbeza.

Untuk jimatkan ruang luggage, mesti kena dapatkan penginapan yang ada mesin basuh ni. So, korang tak payah bawa baju banyak-banyak sebab boleh basuh. Sebab tu aku cakap untuk 4 orang baggage total 30kg pun cukup je even untuk balik pun. Sebab waktu balik beg kita yang ada makan-makanan tadi kan da kosong. Hehehehe



Berjimat Untuk Makanan dan Minuman
Selain penginapan, aku juga prefer untuk bawa makanan segera seperti maggi atau makanan dalam tin atau makanan jenis ready to eat tu. Hal ini bagi menjimatkan kos untuk makan. Kalau pergi negara orang, spend banyak untuk jalan je and shopping, bab makanan kena berjimat cermat seeloknya. Just dekat airport kena declare lah apa makanan yang kita bawa tu untuk mengelakkan kena saman atau apa-apa tindakan yang lain.

Tapi ingat, tengok jugak expired date pada makanan yang dibawa tuh, jangan sampai Australia, dah expired rupanya... Macam roti lah contohnya~



Ha, simpan ketat-ketat tips di atas. Nanti nak travel, tinggal refer semula je. Tak sabar nak plan percutian for this end of 2020! Apa yang penting, lari dari kesibukan kerja dan kesibukan otak! HAHA!


Post a Comment

9 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .