Hukum Kakak dan Adik Berkahwin atau Bermadu dengan Suami yang Sama??

Hukum Kakak dan Adik Berkahwin atau Bermadu dengan Suami yang Sama?? || Hai, Assalamualaikum. Harini aku ternampak posting dekat group KRT tentang soalan seseorang pasal isu adik ipar berniat nak bermadu dengan suami si kakak. Bolehlah adik dan kakak kandung bermadu??

Haa, mungkin ada segelintir pihak yang tak tahu dan tak pernah terfikir soalan ni atau saja tak nak tahu. So harini bukan kita nak kecam terus tapi nak huraikan dan bagi sokongan kepada yang terlintas niat seperti itu agar sedar dan beringat akan hal demikian.

Hukum agama

Rumahtangga

Di sini masalah timbul....

So, apa komen netizen?

Perkahwinan

Jawapannya adalah TIDAK BOLEH MELAINKAN KAKAK ATAU ADIK YANG MENJADI ISTERI TU TELAH MENINGGAL DUNIA atau BERCERAI.

Berikut merupakan fakta yang benar tentang hal ini:

Saudara tidak boleh berkahwin dengan adik ipar saudara selagi mana saudara masih mempunyai ikatan perkahwinan dengan kakak kepada perempuan tersebut.Sebagaimana firman Allah swt dalam surah an-Nisa’ ayat 23 :


حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالاَتُكُمْ وَبَنَاتُ الأَخِ وَبَنَاتُ الأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاَّتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَآئِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللاَّتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَآئِكُمُ اللاَّتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُواْ دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلاَئِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلاَبِكُمْ وَأَن تَجْمَعُواْ بَيْنَ الأُخْتَيْنِ إَلاَّ مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا


“Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Info: https://soaljawab.wordpress.com/2008/02/18/bolehkah-kahwin-dengan-adik-ipar/


Okaylah, semoga bermanfaat dan jika ada yang berniat, sila batalkan hasrat tersebut. Tapi tuhlah..ada yang tahu hukum ni, mulalah buat hubungan belakang tabir, plan itu ini nak musnahkan hubungan..Banyak je drama camni.....Tettt... 

Ingat ya, hukum kakak dan adik berkahwin atau bermadu dengan suami yang sama adalah TIDAK BOLEH selagi masih ada ikatan sesama mereka. 

Tiberr Nona join group KRT ek..Haha..Member cakap buatpe join, aku belum kawen lagii..Haha..Saja jee suka suka...Kadang baca komen netizen pun menghiburkan...

Sekian perkongsian pada hari Jumaat 



Notakaki: Harap harap takda isu pelik pelik ni berlaku dalam kalangan keluarga kita

Post a Comment

10 Comments

  1. benda begini memang sepatutnya kita semua kena ambil tahu kan

    ReplyDelete
  2. sakit hati bila baca. dah la hidup ditanggung dengan ehsan kakak sendiri. boleh pulak jatuh cinta dengan suami kakak sendiri. memang rasa nak bagi selipar je. jenis orang yang tak reti bersyukur.

    ReplyDelete
  3. Cerita ni viral kat fb, ada baca jugak. Dah hidup ditanggung, ada hati nak kahwin dengan abang ipar.

    ReplyDelete
  4. Cerita ni viral kat fb, ada baca jugak. Dah hidup ditanggung, ada hati nak kahwin dengan abang ipar.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Sepatutnya kena ambil tahu supaya tidak jadi perkara yang melanggar batas agama...Kalau kakaknya tahu mesti sedih..macam2 je..

    ReplyDelete
  7. Adusss soklan dia emmm
    Sanggup jga tu kongsi suami
    kalau isteri(kakak) meninggal blh la si adik ambik tempat (arwah kakak) kawen dengan abg ipar. Penah jumpq kat kg dulu2 konon sbnya boleh jaga ank yg kecik. Si emak nak menantu yg seiras arwah kakak

    ReplyDelete
  8. Waaa engko pun amik tau KRT ni ek Non hahahaha..
    Sis ko tak join dan malas kdg nak amik tau, pening kepala... hahahahaha

    ReplyDelete
  9. Ya Allah..macam2 hal. Seram pulak rasanya kalau ada adik beradik yang ada keinginan dengan suami kita. Tercabar rasanya.

    Anak nabi Yaacob je ada berkahwin dengan wanita (adik dan kakak) kalau tak silap ammi. Haritu ada dengar Ustaz Auni Mohamed bagi ceramah kat YouTube.

    ReplyDelete

Thanks For Coming !
Please Leave Your Comment and Support Me Yeah!
Take Care Everyone ⭐